BAYI ANDA

URUTAN BAYI

  APA ITU URUTAN BAYI Urutan bayi ialah mengurut dengan lembut secara beritma badan bayi anda dengan tangan anda sendiri. Sebagai sebahagian daripada rutin urutan, anda juga boleh mengurut lembut buku lali, pergelangan tangan dan jari-jari bayi anda   Urutan tangan yang lembut merangsang penghasilan hormon oksitosin dalam badan anda, bayi anda dan suami jika… Continue reading URUTAN BAYI

Rate this:

BAYI ANDA · KANAK KANAK

PENYEBAB ANAK TERJAGA TENGAH MALAM

Assalamualaikum dan selamat datang pengunjung-pengunjung Journey of Arroushd :). . . Sebelum ini, hana ada ceritakan tentang tips untuk beri anak kita tidur lena kan…lupa la nak share tentang mengapa atau faktor yang menyebabkan anak kita cepat terjaga. Jadi Hana dengan rendah hati memohon maaf ya pada semua yang memang sedang mencari-cari faktor-faktor anak terjaga… Continue reading PENYEBAB ANAK TERJAGA TENGAH MALAM

Rate this:

BAYI ANDA · KANAK KANAK

CARA PALING MUDAH UNTUK ANAK ANDA TIDUR LENA

    Assalamualaikum dan selamat datang kepada semua pengunjung-pengunjung Journey Of Arroushd 🙂 . . Hari ini, Hana akan sharekan sedikit berdasarkan pembacaan Hana mengenai anak sukar tidur waktu malam. . Hal ini biasa terjadi kepada pasangan yang baru mendapat anak kan.selain itu, ada juga masalah ini berlarutan sehingga anak itu berusia hampir 1 tahun.… Continue reading CARA PALING MUDAH UNTUK ANAK ANDA TIDUR LENA

Rate this:

BAYI ANDA · KANAK KANAK

LANGKAH PERTAMA SI KECIL TATIH..TATIH!

Assalamualaikum dan salam sejahtera pengunjung-pengunjung blog Journey of Arroushd 🙂 Hari ini Hana nak bercerita tentang pengalaman Hana masa nak ajar anak Hana bertatih 🙂 Pagi itu, Hana terkejut melihat si kecil boboy tiba-tiba melangkah dua, tiga tapak dan terjatuh! Kemudian, si kecil boboy itu bangun kembali. “Eh, Anak mama dah boleh berjalan ke? (terjerit… Continue reading LANGKAH PERTAMA SI KECIL TATIH..TATIH!

Rate this:

BAYI ANDA

TIPS MENJAGA KEBERSIHAN BAYI BARU LAHIR AGAR SENTIASA BERSIH

penjagaan bayi baru lahir menjadi pengalaman yang sangat menggembirakan bagi pasangan baru. Peranan baru sebagai seorang ibu dan bapa kadang-kadang menimbulkan kekuatiran. Tapi, momoy-mommy semua jangan risau…Selama mommy-mommy mengikuti nasihat bidan atau doktor, mommy tidak perlu merasa risau. Satu hal yang perlu diperhatikan ketika menguruskan bayi adalah hati-hati, cermat dan tidak mudah panik.   Ada… Continue reading TIPS MENJAGA KEBERSIHAN BAYI BARU LAHIR AGAR SENTIASA BERSIH

Rate this:

BAYI ANDA

BELAJAR MENGENAI KELAHIRAN BARU BAGI PASANGAN BARU :)

  Assalamualaikum dan Hi semua :), selamat datang kepada pengunjung Arroushd 🙂 Hana nak share sedikit sebanyak pengalaman dan perkara-perkara yang baru, yang sedang dalam proses dan yang telah Hana belajar dalam kehidupan dan mempunyai keluarga baru ini 🙂 Hana nak ucapkan syukur-syukur sangat ke hadrat Illahi dan Alhamdulillah serta tahniah kepada anda yang telah… Continue reading BELAJAR MENGENAI KELAHIRAN BARU BAGI PASANGAN BARU 🙂

Rate this:

BAYI ANDA

CARA MENJAGA BAYI BARU LAHIR, BEBERAPA TIPS DAN PANDUAN MUDAH

    Assalamualaikum dan Hi semua 🙂 Selamat datang kepada pengunjung entry kali ini. Kali ini Hana akan bawakan satu info kepada anda yang bakal melahirkan dan akan menghadapi detik-detik menguruskan anak yang baru lahir 🙂   Bagi ibu yang baru melahirkan bayi, yang masih merasakan kesakitan melahirkan, anda perlu menjaga diri supaya cepat sembuh… Continue reading CARA MENJAGA BAYI BARU LAHIR, BEBERAPA TIPS DAN PANDUAN MUDAH

Rate this:

BAYI ANDA

KENALI TINGKAHLAKU SI COMEL ANDA 

13730777_633551226801128_4674599141168870307_o

Assalamualaikum dan Hai semua pengunjung entry Life Journey Arroushd 😆

Harini Hana nak kongsikan serba sedikit mengenai tingkah laku si kecil. Memandangkan sekarang ramai di antara kita ibu-ibu yang berkerja dan tidak lupa juga dengan ibu yang duduk di rumah sepanjang masa 😀

PERKEMBANGAN SI KECIL SAYA! 

Kebiasaannya, ibu yang sepenuh masa menjadi suri rumah mungkin boleh melihat perubahan ketara dan melihat perkembangan si manja anda. Dari tidak boleh berguling, jadi boleh berguling. Dari meniarap, jadi merangkak dan dari merangkak, dah boleh berjalan

baby

PERKEMBANGAN FIZIKAL

Bila anak kita dah mula mendapat kaki istilah orang lama cakap, si comel ini akan menjadi sangat aktif, suka berlari dan melompat.  Sukar untuk duduk diam dalam jangka masa yang lama disebabkan mereka belum dapat mengawal otot-otot badan. Sebab itu, si kecil anda tidak melakukan sesuati aktiviti dalam tempoh yang lama.

.

.

Keadaan ini menyebabkan anda akan mula risau untuk tidak melihat mereka. Teralih sedikit pandangan, pasti akan ada sesuatu yang dibuat. Perasaan risau si ibu memang tidak dapat di elakkan 🙂 kerana si kecil anda masih kecil.

Solusinya ialah bawa mereka ke taman permainan selalu bagi melatih fizikal mereka di bawah pengawasan ibu bapa.

PERKEMBANGAN MENTAL

Dari segi perkembangan mental pula, si kecil ini mempunyai daya konsentrasi sangat rendah dan mudah jemu. Ini boleh di lihat jika permainan yang di berikan tidak menarik perhatian mereka, pasti panggilan kita tidak di balas, malah mereka akan cepat beralih dari satu permainan kepada permainan yang lain.

.

Peralihan dari satu permainan kepada satu permainan yang lain adalah di sebabkan perkembangan otak si manja anda. Di mana, si manja anda mempunyai sifat rasa ingin tahu yang sangat tinggi dan mempunyai pemikiran dan imaginasi yang cepat berkembang. Tetapi, di waktu ini, kosakata mereka juga masih terbatas.

perkembangan-bayi-usia-4-bulan-keatas

Solusinya ibu bapa perlu menjadi pendengar yang setia ke atas bebelan si comel anda. Anda boleh meningkatkan fungsi penggunaan 5 pancaindera mereka setiap hari supaya setiap deria terangsang dengan seimbang. Berikan mereka permainan yang melatih diri mereka seperti binaan blok atau permainan puzzle.

PERKEMBANGAN EMOSI

Si comel anda akan selalui merasai  dan menyukai suasana yang sudah dikenali dan takut jika dalam suasana asing. Sebagai contoh, kebiasaannya jika anak anda jarang bertemu dengan orang luar seperti rakan sekerja ayahnya atau saudara mara, pasti sukar untuk si kecil anda berenggang dengan anda. Tetapi, jika mereka sudah biasa dengan orang sekelilingnya, tiada masalah untuk si kecil anda untuk bermain bersama mereka.

Bagi memudahkan mereka menghilangkan perasaan takut dan curiga, bawalah mereka bergaul dengan orang lain dengan lebih kerap dan lama-kelamaan rasa takut itu akan hilang dengan sendiri.

PERKEMBANGAN SOSIAL

tahap-perkembangan-bayi-0-3-bulan

Si manja anda di usia awal 2 tahun hingga 4 tahun mula mempunyai sikap berdikari dan ingin berkawan yang tinggi. Sifat ego mula wujud dalam diri mereka yang sangat banyak ‘menentang’ dalam setiap arahan ibu bapa dan seringkali mengatakan tidak. Sikap mereka ketika ini merupakan satu tindak balas bagi mereka mengetahui perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan.

Bagi menangani hal ini, ibu bapa perlu mengingatkan mereka berulang kali dan menegur mereka dengan penuh kasih sayang. Pelukan dan hubungan baik melalui rakan sosial mampu melembutkan sikap egoistik dalam diri mereka. Selain itu, ajarkan si manja anda untuk bersikap saling berkongsi dan mesra bersama rakan sekeliling mereka. Sifat ini akan membantu anak anda menjadi lebih mesra dan menjadi lembut hati terhadap rakan sekeliling mereka.

.

.

sekian dulu buat masa ini, in shaa Allah Hana akan share lagi beberapa info berkaitan ibu dan anak in shaa Allah 🙂

.

Assalamualaikum 🙂

.

BAYI ANDA

TANDA BAYI ANDA AKAN TUMBUH GIGI PERTAMA

    Assalamualaikum semua…..lama rasanya tak mencoret di entry blog ini. jadi harini, masa admin tengah memikir-mikirkan idea, tiba-tiba dapat ilham tentang gigi bayi. Jika anak anda mengalami tanda-tanda berikut, mungkin anak anda sedang mengalamai pertumbuhan gigi yang pertama. . . Di sini kami nak sharekan tentang tanda-tanda gigi pertama akan tumbuh dan gambar rajah… Continue reading TANDA BAYI ANDA AKAN TUMBUH GIGI PERTAMA

Rate this: