KANAK KANAK

“MASA CIKGU AJAR SAYA FAHAM…TAPI BILA BUAT LATIHAN, TERUS TAK FAHAM…”

anak_mudah_lupa

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia JOURNEY OF ARROUSHD. 🙂

.

.

Hana nak share sesuatu mengenai Masalah mudah “lupa” sering dialami oleh semua orang terutama pelajar. Mesti ada dikalangan kita, menghadapi anak yang macam ni…

“Alamak!!!…Adik lupa buat kerja sekolah! Habislah!..”

“Mak!!!…adik lupa bawa buku sekolah..”

“Mak!…abang pergi main bola dulu..nanti malam abang buat kerja sekolah ya..”

.

Malam, terus anak ni tidur, lupa buat kerja sekolah

tak fokus

Macam-macam kerenah anak kita yang akan kita lihat kan. Bukan seorang, kalau ada lima anak? Uishhh pening haha o.O

.

Kita sering mendengar masalah anak yang  cepat lupa apa yang diajar oleh guru. Jika tidak, mengapa ada lagi rungutan seperti ini :-

.

“Saya memang tak faham langsung apa cikgu ajar…”

.

“Masa cikgu ajar saya faham…tapi bila buat latihan, terus tak faham…”

.

“Result anak puan tidak meberangsangkan..”

.

Justeru itu, masalah ini menjadi kebimbangan dikalangan pelajar dan ibu bapa,  apatah lagi apabila masalah lupa ini menghantui mereka apabila peperiksaan semakin hampir atau semasa perjumpaan “tiga penjuru” di antara ibubapa, pelajar dan guru.

.

Ni memang betul-betul terjadi kepada Hana sendiri masa Hana berada di zaman sekolah-sekolah dulu hihi… jadi Hana faham sangat perasaan tu. Dan sekarang Hana mula faham perasaan seorang ibu, bimbangkan prestasi persekolahan anaknya.

Untuk atasi masalah ini, anda sebagai mommy yang berjaya  perlu tanya kepada diri anak anda sendiri, kenapa anak anda mudah lupa? Apakah punca yang menyebabkan anak anda mudah lupa? Dan bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini? Pasti anda akan mendapat jawapannya.

KENAPA MUDAH LUPA?

[=] Mempunyai sikap sambil lewa

[=] Tidak berminat  terhadap suatu mata pelajaran

[=] Tidak ambil perhatian ketika guru mengajar

[=] Tidak mengulangkaji pelajaran secara sistematik.

blogger-image-1363126532


PERKARA-PERKARA YANG MENYEBABKAN MUDAH LUPA

MENGABAIKAN SOLAT LIMA WAKTU : Solat adalah tuntutan agama. Ia wajib dilakukan 5 waktu sehari semalam. Solat juga merupakan tiang agama. Pelajar yang sering mengabaikan tanggungjawab menunaikan solat seperti mereka mengabaikan keperluan hidupnya. Jika diabaikan bermakna mereka telah lupa kewajiban dan tanggungjawab yang paling penting dalam kehidupan sebagai seorang muslim. Kalaulah aspek paling penting ini dilupakan apatah lagi aspek kehidupan yang lain.

SERING BERCAKAP BOHONG : Pelajar yang sering berbohong sukar untuk memebzakan perkara yang benar dan sebaliknya. Mereka yang suka berbohong bukan sahaja mewarisi penyakit lupa malah akan hilang jati diri.

SELALU MUNGKIR JANJI : Alasan yang diberikan pelajar yang selalu mungkir janji adalah lupa. Jadi pelajar yang tidak menepati janji secara tidak langsung membawa dirinya ke arah penyakit lupa.

MAKANAN YANG SHUBHAHA (MERAGUKAN) STATUS HALAL : Kita digalakkan memakan makanan yang bersih, suci dan halal. Seseorang pelajar itu hendaklah mengelakkan diri daripada memakan makanan yang kotor dan meragukan status kehalalannya. Kerana ia akan mempengaruhi sikap dan minda seseorang pelajar itu.

CARA UNTUK MENGATASI MASALAH LUPA

[=] Jangan abaikan solat lima waktu

[=] Perbanyakkan solat sunat

[=] Selalu membaca ayat-ayat suci al-quran

[=] Selalu berdoa kepada Allah

[=] Jangan melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT seperti berbohong, mungkir janji, melakukan maksiat, berzina dan sebagainya

[=] Makan makanan yang berkhasiat, bersih, suci, seimbang dan halal.

Doa untuk mengelak lupa

MANAKALA TERDAPAT BEBERAPA CARA AGAR INGATAN LEBIH KUAT DAN DAPAT BERTAHAN LAMA DALAM ASPEK PELAJARAN

.

  • MENGULANGKAJI PELAJARAN : Lebih kerap pelajar mengulangkaji, lebih kekal lama ingatan tentang apa yang dipelajari dalam minda.
  • GUNAKAN PELBAGAI CARA UNTUK MENYALIN NOTA : Jika nota ditulis menggunakan teks sahaja, maka pelajar akan cepat merasa bosan untuk mengulangkaji. Nota yang dicatat perlu dilakar dalam bentuk peta minda supaya pelajar senang ingat dan menarik minat untuk melihatnya. Pelajar perlu menulis nota secara kreatif, gunakan pelbagai jenis warna pen, penggunaan gambar atau grafik.
  • GUNAKAN PELBAGAI JENIS CARTA : Termasuklah carta aliran, gambar rajah, venn, lukisan, singkatan, nemoniks dan lakaran, akronim.
  • KAEDAH BAYANGAN : Pelajar boleh membayangkan isi kandungan yang dibaca. Bayangkan dalam gambar, gambar rajah, peta konsep, carta aliran, jadual serta pemandangan.
  • MENGULANG DAN MENGINGAT KEMBALI : Mengulang dan mengingat kembali bayangan itu dengan lebih kerap dan menyebut berulang kali.
  • KURANGKAN TEKS : Jadikan ia gambar dan kata kunci.
  • SELALU RUJUK KAMUS : Bagi pelajar yang mengambil aliran bahasa arab, hendaklah selalu berkawan dengan kamus dan menghafaz sekurang-kurangnya 5 patah perkataan sehari.
  • MAKAN MAKANAN UNTUK KUATKAN INGATAN : Makanan untuk kesihatan otak, kuatkan IQ dan macam-macam yang seumpamanya memang bagus untuk perkembangan otak kita. Makan makanan sunnah seperti kismis dan kurma juga bagus untuk menguatkan daya ingatan kita. Amalan pemakanan dan minum Arroushd Susu Kambing untuk menguatkan daya ingatan dapat membantu mengatasi gejala mudah lupa.

Oke, semoga perkongsian kali ini membawa manfaat kepada anda semua. dan Arroushd Susu Kambing ini, bukan sahaja untuk bayi umur satu tahun ke atas, malah, untuk anak-anak yang sedang membesar, pelajar dan kepada semua.

ARROUSDH SUSU KAMBING

Leave a comment