KANAK KANAK

PERKONGSIAN PENGALAMAN MENGENAI DIDIK ANAK MENDENGAR KATA

keluarga

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat datang juga kepada pengunjung baru blog Journey Of Arroushd Ini.

.

Oke sambil-sambil menaip di ruangan blog ini, Hana juga tak lupa nak wish Tahniah kepada semua pemegang sijil SPM 2016 tahun ini. Alhamdulillah, Hana dengar memang meningkat peratusan pelajar yang mendapat sijil SPM dengan jaya nya iaitu sebanyak 85% telah berjaya menamatkan SPM dan mendapat sijil SPM…

.

Bermakna hanya 15% lagi yang tidak bernasib baik mendapatkan sijil SPM. Jangan bersedih dik, perjalanan hidup adik-adik semua masih panjang. Dan Hana harap supaya adik-adik SPM di luar sana yang kurang bernasib baik, tidak berputus asa..malah terus memikirkan masa depan dan rancang masa depan dengan baik. Ok? 🙂

.

WhatsApp Image 2017-03-17 at 11.11.31

 

Oke, hari ini, Hana nak kongsikan satu perkongsian terbaiklah dari kawan Hana. Ni semua gara-gara bertandang ke rumah kawan lama, habis panjang diboraknya huhu… sampailah satu topik ni iaitu mengenai didikan anak untuk mendengar kata.

 

“Pergi mandi sekarang, kalau tak nanti mama buang semua mainan adik!”

.

Kawan Hana cakap, ni lah antara kesilapan paling besar ibubapa di Malaysia ni…perggghhh sentap Hana huhu….mana tak nya, memang ni lah yang selalu Hana buat kalau dah geram sangat dengan si kecil tu. Yelah, buat sepah lagi, tak nak mandi lagi…mula buat perangai lagi…pening kadang-kadang…

.

Bila difikir-fikirkan, dan tengok anak-anaknya sangat mendengar kata. Tak melawan cakap, sejuk je hati tengok. Tetamu datang, tak kacau mama dia berbual..duduk elok je main dengan anak-anak yang lain. Si kakak walaupun kecil lagi tapi pandai kawal si adik dari menangis dan kacau maknya. Bila Hana tengok kawan Hana ni, nak kata garang, tak juga. Memang tak pernah Hana tengok dia menjerit pada anak dia.

.

Jadi, apa lagi haha…Hana pun cuba korek rahsia dia. Sebab Hana tengok anak-anak orang lain, menjerit, menangis, melawan tu perkara biasa. Tapi anak dia tak. Mula-mula kawan Hana ni boleh dia buat lawak..katanya  “Ni semua sebab baka dia baik”. Memang tergelak terus masa tu juga. Sebab kita sendiri kenal kan kawan kita ni jenis macam mana dan serius, saya jarang ada kawan yang jenis tak bising dan jenis tak kacau orang. Semua jenis masuk air sahaja haha…

.

Kemudian dia mula kongsikan sesuatu yang Hana tak pernah terfikir pun selama ni.

“Orang kita ni….kerap sangat ugut anak perkara yang dia takkan buat pun” . Hana dengar sahaja apa yang dia cuba nak sampaikan. Dia sambung

 

“Ko selalu dengar tak, mak ayah yang ugut anak dia, tak pun dulu kita selalu kene ugut nak letak dalam hutan la, nak letak dalam tandas lah, nak buang semua mainan lah, nak bagi kene kejar anjinglah..” Hana angguk kan sahaja..terkenang zaman kecil-kecil dahulu, lambat balik sebab pergi main dengan kawan-kawan, terus kene marah. Berdesing telinga woo…

.

“Zaman kita dulu..kita kena marah, memang betul-betul kene sebat, kene tampar, pastu kita dah jarang nak buat kan..”…berdekah-dekah ketawa part ‘jarang nak buat balik’…macam tipu jerr kan…

.

“Tapi budak zaman sekarang dan ibu zaman sekarang lain…budak zaman sekarang, panjang akal bila didik oleh ibu yang bawa cara mak-mak dia dulu…”

“pernah ko tengok mak ayah yang ugut-ugut anak tu, betul-betul buang semua mainan lah, nak letak luar malam-malam lah, nak bagi anjing kejar lah?”

 

Hana terus geleng kepala. Sebab, pada Hana, memang takkan ada ibu bapa yang nak buat macamtu. Hana sendiri takkan sanggu nak bagi anak duduk luar kejap. Nanti menangis satu hal nak pujuk. Aduh…pening la nanti kan. Habis viral nanti masuk surat khabar “Ibu sanggup biar anak menangis sorang-sorang diluar rumah…” femes sekejap kah..kah..

Kawan Hana sambung lagi…

 

“Ko rasa, apa yang anak ko akan rasa, bila ko kerap ugut-ugut perkara yang ko takkan buat pun? Mak ayah sebenarnya selalu merasakan anak ni terlalu kecil untuk faham. Inilah sebenarnya silap besar kita.. Anak kita ni eh jap…istilahnya ‘anak zaman sekarang’  ni sangat bijak sebenarnya. Bila kita kerap ugut macam tu, lepas tu tak buat satu pun ugutan tu, dari hari ke hari, anak-anak akan anggap kita ni cakap tak serupa bikin”

Anak-MARAH-angry-child

“Setiap kali mak ayah buat macamtu, sedikit demi sedikit, anak akan hilang rasa hormat dan kurang takut pada apa yang kita cakap. Dalam fikiran mereka, buat apa takut, mak ayah dia bukan buat pun. Gertak je lebih, tapi habuk pun tarak!”

Hana terus nampak sesuatu yang selama ni, Hana tak terfikir part ni. Patut ramai anak-anak yang suka lawan ibu bapa bila disuruh buat sesuatu.

 

Kita duk sibuk kata menteri tu cakap tak serupa bikin, lepas tu kita pun jadi hilang hormatkan pada menteri tu kan?…huhu…macamtu juga lah anak-anak. Bila kita cakap tak serupa bikin, anak-anak pun mula hilang rasa hormat pada percakapan kita. Terus Hana insofff haha…

.

Sebelum Hana balik dari berkunjung rumah rakan Hana ni, sempat lagi Hana dapatkan sedikit tips ringkas dan nasihat dia untuk Hana. Jadi Hana kongsikan di sini nasihat-nasihat untuk ibubapa.

 

1# TAK PERLU JADI PEMARAH, CUKUP JADI TEGAS

 

Ada beza antara marah dan tegas. Ibubapa sekarang ramai suka marah-marah tapi tak tegas. Bab menjerit no 1 tapi cakap selalu tak serupa bikin.

 

2# JANGAN SUKA UGUT ANAK DENGAN PERKARA YANG KITA TAHU KITA TAKKAN BUAT

 

Kalau nak ajar anak tentang consequences pun, pastikan cakap apa yang kita akan buat saja

 

Contohnya, “pergi mandi sayang, kalau tak nanti mama tak bawak pergi taman petang ni”. Kalau dia tak buat, tak perlu marah, tak perlu jerit. Tapi, bila sampai petang, jangan bawa pergi taman. Walaupun dia menangis menjerit masa tu.

 

Biar anak tahu, kita bukan pemarah, tapi kita tegas. Setiap apa kita cakap, kita buat. Dia akan mula hormat dengan apa yang kita cakapkan. Walaupun tanpa jeritan.

 

3# KATAKAN ANAK KITA CUBA MERAYU MINTA MAAF DAN TAK BUAT LAGI. DIA JANJI, LEPAS TU DIA MINTA BAWA PERGI TAMAN HARI YANG SAMA DIA BUAT SALAH, JANGAN BAWA. WALAUPUN DIA SUDAH MINTA MAAF.

 

Kata pada dia, “Hari ni sayang dah buat salah, jadi mama tak bawa pergi taman. Kita tengok esok kalau sayang dengar kata, kita pergi esok”.

Esoknya bila kita suruh mandi, dia akan mula teringat, semalam mama papa dia betul-betul tak bawa dia pergi taman. Hari ni kena dengar cakp.

 

4# BILA ANAK DENGAR KATA, BERIKAN REWARD

Jangan hanya tahu nak ugut bila dia tak dengar kata, tapi tak beri reward bila dia dengar kata.

Blog_Bingung-Memilih-Hadiah-untuk-Pasangan-Baca-Dulu-5-Tips-Ini-Biar-Nggak-Bingung-Lagi_825x355px

 

5# JANGAN LUPA BERDOA PADA ALLAH SWT

Usaha kita ni asbab saja, yang beri rezeki anak dengar kata tu, ALLAH SWT. Bukan kita sendiri.

1383404_638689959504208_864327459_n   doa untuk anak yang degil

6# SUAMI ISTER KENA SALING BEKERJASAMA USAHA TEGAS BEGINI. TAK BOLEH SALAH SEORANG SAHAJA.

 

Katakan isteri tegas, suami tak tegas. Anak-anak akan pandang ibunya tak best, ayahnya best. Anak-anak akan lebih rapat dengan ayah sebagai jalan dia lepaskan diri dari ketegasan si ibu. Kata kuncinya adalah bersama-sama. Ia takkan menjadi jika hanya salah seorang saja yang berusaha.

.

 

Oke sampai di sini sahaj dahulu perkongsian Hana kali ini ya… semoga perkongsian kali ini membantu anda menguruskan anak-anak. Okelah Hana kene masak dulu, sebelum tu Hana nak share nie,, kepada semua adik-adik yang dah berjaya mendapat sijil SPM 2016, boleh dapatkan hadiah percuma “SAMPEL FREE” dari Arroushd Susu Kambing. jangan lepaskan peluang ya 🙂 Wassap 019 633 1455

whatsapp-image-2017-01-26-at-15-10-19

.

 

Assalamualaikum 🙂

 

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s