DOKTOR ANDA

ANDA SAKIT PERUK MELAMPAU? BACA NI

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung-pengunjung Journey of Arroushd.

.

Oke topik hari ini mengenai Gastrik sebab sejak dua menjak ini, Hana banyak betul mendengar mengenai orang mengalami gastrik.

.

Tapi memang serius lah, kalau gastrik memang mak datuk, memang tak terdaya sangat. Lesu je badan. Kadang-kadang angin satu badan tu sampai naik kat kepala boleh jadi migrain akak ni.

.

Oke jom Hana sharekan ape sebenarnya Gastrik ni.

 

Gastrik ni sebenarnya adalah penyakit atau gejala perut yang menyebabkan anda tidak selesa. Pernahkah anda tersalah makan lalu sakit perut dan cirit-birit?. Pastinya ianya membuatkan anda tidak selesa dan kadangkala tidak mahu bergerak ke mana-mana.

 

Selalunya, ramai yang menampakkan simptom gastrik menjelang bulan Ramadhan. Disebabkan gastrik, ada yang tidak boleh berpuasa.

 

Terdapat 3 jenis gastrik iaitu :

 

  1. GASTRITIS RINGAN

Inflamasi (pembengkakan) pada bahagian lapisan perut bersentuhan dengan makanan

  1. GASTRITIS BERAT

Berlaku kecederaan (luka) berpanjangan pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.

 

  1. ULSER GASTRIK (PEPTIC ULCER)

Merujuk kepada ulser perut. Ulser memberi maksud sejenis luka terbuka. Darah boleh dikesan dalam muntah atau najis.

 

Secara semulajadi, sel perut kita ni akan menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH1 hingga pH2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis.Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.

 

Penghasilan atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampei ke sel dan menyebabkan keradangan.

 

TANDA GASTRIK

 

Tanda-tanda gastrik ni kadang-kadang kita pun tak sedar. Kita mungkin rasa ia biasa sahaja. Tapi jika ia berlaku berulang kali maka anda perlu mengambil perhatian. Antara tanda-tanda yang boleh dikenal pasti adalah seperti berikut :-

 

  1. Sakit perut pada bahagian atas perut atau abdomen
  2. Rasa senak, berangin atau pedih
  3. Rasa tidak selesa dan kembung
  4. Sendawa berulang kali
  5. Kerap kentut selepas makan
  6. Rasa mual atau loya dan muntah
  7. Berat badan turun (peringkat kronik)
  8. Najis berwarna hitam seperti tar dan muntah yang mengandungi darah (peringkat kronik)
  9. Hilang selera makan
  10. Berat badan turun (pada peringkat teruk)

 

 

Mari Hana kongsikan beberapa kisah dari kawan-kawan dan pelanggan Hana yang mengalami gastrik ini.

 

Saya memang mengalami gastrik yang semakin kronik (memang dari kecik lagi dah dapat gastrik yang teruk ni). Setiap hari saya akan ke poliklinik untuk ambil drip iv, buscopan, ranitadine, dan pain killer paling common adalah voren. Memang teruk. Sampai doktor suruh buat breath test. Tapi result negatif untuk kuman gastrik.

 

Sampai lah satu hari ni, suami cakap bil perubatan untuk 6 bulan pertama dah mencecah

 

  1. KAEDAH RAWATAN GASTRIK SECARA MODEN ATAU KLINIKAL

 

  1. Antasid – bertindak memperbaiki dan memberi lapisan tambahan kepada lapisan pertahanan (mukosa) yang diambil 3 kali sehari.
  2. Antagonis H2 – Berfungsi mengurangkan rembesan asid. Ubat antasid dan antagonis H2 diberi untuk gastritis
  3. Perencat pam proton (PPI) – bertujuan mengurangkan rembesan asid dengan lebih berkesan; biasanya diberi kepada pesakit yang mengalami gastrik teruk atau ulser perut.

 

  1. KAEDAH RAWATAN GASTRIK SECARA TRADISIONAL

 

  1. Titikkan tiga titik getak betik muda ke dalam segelas air panas. Suamkan air tersebut dan kemudian minum selepas sarapan pagi.
  2. Bersihkan kunyit. Setelah itu, parut atau kisar kunyit tersebut. Campurkan dengan sedikit air masak lalu ditapis. Tambahkan sedikit madu dan sebaiknya masukkan sebiji kuning telur. Minum campuran ini dan inshaa Allah gastrik anda akan beransur hilang.
  3. Campurkan sedikit buah tamar dengan sedikit susu kambing atau susu lembu asli yang segar. Kemudian minumlah dua kali sehari.
  4. Minum teh pekat sebelum tidur. Amalkan sekali sehari, Inshaa Allah, gastrik akan beransur hilang
  5. Hiriskan hempedu atau pedal ayam secara halus-halus dan jemur sehingga kering. Selepas itu, tumbuk hingga hancur dan campurkan dengan air suam. Minum ramuan tersebut, tiga kali pada sebelah pagi, tengah hari dan sekali lagi pada sebelah petang atau malam.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s