BAYI ANDA

URUTAN BAYI

 

urutan-bayi

APA ITU URUTAN BAYI

Urutan bayi ialah mengurut dengan lembut secara beritma badan bayi anda dengan tangan anda sendiri. Sebagai sebahagian daripada rutin urutan, anda juga boleh mengurut lembut buku lali, pergelangan tangan dan jari-jari bayi anda

 

Urutan tangan yang lembut merangsang penghasilan hormon oksitosin dalam badan anda, bayi anda dan suami jika dia sedang memerhati. Oksitoksin ialah hormon yang memberi anda perasaan sayang dan kasih apabila anda memeluk erat bayi anda atau ketika anda menyusukan bayi anda

 

APAKAH FAEDAH URUTAN BAYI?

 

Ada banyak cara di mana urutan bayi dapat memberi faedah bukan hanya kepada bayi anda tetapi juga kepada anda dan suami. Urutan begitu bagus terutamanya untuk bayi pramatang. Ia membantu mereka untuk membesar dan berkembang dengan baik. Tetapi, urutan juga baik untuk bayi yang dilahirkan cukup bulan. Malah, semua kanak-kanak kecil boleh mendapat faedah daripada urutan.

 

Urutan boleh membantu bayi anda untuk :

  • Menguatkan ikatannya dengan anda
  • Merasa relaks dan tidak merengek
  • Kurang menangis
  • Tidur dengan lebih baik

Satu kajian menunjukkan bahawa urutan boleh mengurangkan jumlah penyakit yang dihidapi bayi, mengurangkan keperluan untuk berjumpa doktor. Namun begitu, kita perlukan lebih banyak kajian untuk memastikan perkara tersebut.

 

Ada juga teori yang mengatakan bahawa sentuhan ke kulit membantu merangsang perkembangan otak bayi.

 

Anda juga mungkin mendapati mengurut bayi anda meningkatkan mood anda dan membantu anda merasa lebih berwibawa sebagai seorang ibu. Masa yang anda luankan untuk mengurut boleh menjadi masa yang istimewa untuk anda berdua

 

 

KEBAIKAN URUTAN BAYI :

  • Membantu pembesaran fizikal bayi
  • Menguatkan ketahanan tubuh badan
  • Membina keyakinan diri
  • Memperbaiki perjalanan darah dan memperbaiki sistem penghadaman
  • Membantu memudahkan bayi tidur
  • Merangsang aliran oksigen dalam bagan
  • Membantu perkembangan fungsi otot
  • Meredakan kesakitan apabila demam
  • Memudahkan penyingkiran toksin
  • Merangsang perkembangan fizikal dan psikologi
  • Membuatkan bayi rasa tenang dan selesa
  • Mengeratkan ikatan kasih sayang ibu dan bayi

 

BILAKAN MASA YANG PALING BAIK UNTUK MENGURUT BAYI SAYA?

 

Cuba pilih masa di antara waku menyusu bayi. Dengan cara ini dia tidak begitu lapar atau begitu kenyang. Bagus juga jika anda mulakan sejurus sebelum waktu dia tidur siang. Masa yang baik untuk mengurut bayi ialah apabila dia sedang jaga, tetapi sudah letih sedikit.

 

Jika bayi anda banyak tidur dan sering menyusu, anda mungkin tertanya-tanya bilakah masa yang baik ini akan muncul? Anda akan dapat tahu bila bayi anda dalam keadaan paling tenang untuk diberi urutan. Anda mungkin mahu menjadikannya sebahagian daripada rutin tidur bayi, mungkin selepas mandi dan sebelum sesi menyusu sebelum tidur.

 

Urutan sebelum tidur akan membantu bayi anda untuk menenangkan diri, relaks dan seterusnya bersedia untuk tidur.

 

APAKAH YANG SAYA PERLUKAN SEBELUM MEMULAKAN URUTAN?

Pastikan bilik itu hangat. Kemudian, baringkan bayi anda di atas tuala atau lipatan kain, dengan tikar menukar lampin di bawahnya. Anda mungkin lebih suka bayi memakai vest jika keadaan agak sejuk. Atau, biarkan dia bebas tanpa pakaian sekali-sekala

 

Memandangkan ia adalah waktu yang istimewa bagi anda dan bayi anda, pastikan tiada sebarang gangguan dalam bilik itu. Jika anda mempunyai haiwan peliharaan, letakkannya di kawasan lain dan padamkan telefon bimbit anda. Anda juga mungkin mahu memainkan muzik yang menenangkan, tidak terlalu kuat supaya bayi anda boleh mendengar anda bercakap dengannya

 

Letakkan segala-gala yang anda perlukan berhampiran, termasuk :

  • Minyak untuk mengurut
  • Tuala atau kain muslin untuk mengelap sebarang “Kemalangan”
  • Baju untuk dipakaikan kepada bayi anda selepas itu
  • Peralatan menukar lampin yang biasa anda gunakan.

 

Menggunakan minyak atau krim akan memudahkan tangan anda bergerak di atas kulit bayi dan mungkin lebih merelakskan bagi bayi atau minyak sayuran atau minyak mineral bayi untuk mengurut.

 

Apa sahaja minyak atau krim yang anda guna, baik juga jika anda sapu sedikit pada kulit bayi sebelum bermula untuk melihat jika ada tindak balas alahan.

 

Walau bagaimanapun, ada beberapa jenis minyak atau krim yang lebih jika tidak digunakan kerana ada kemungkinan ia boleh merengsakan kulit bayi. Ini termasuk :

  • Minyak biji sawi, kerana cara ia diproses mungkin ia tercemar dengan biji-bijian lain.
  • Minyak kacang tanah, kerana kecuali ianya ditapis, protein dalam kacang tanah mungkin mencetuskan reaksi alergi pada kulit bayi anda. Namun agak sukar untuk mencari minyak tanah yang ditapis.
  • Krim aqueous, kerana ia mengandungi bahan pencuci yang boleh merengsakan kulit bayi anda

 

Jika bayi anda menghidap ekzema, anda boleh gunakan krim berubat yang dipreskripsikan semasa mengurut

 

BAGAIMANA CARA UNTUK MENGURUT BAYI SAYA?

 

Anda mungkin mahu mengikuti satu corak rutin, mungkin mengurut kaki bayi anda dahulu sebelum lengan dan badannya. Bayi anda juga akan suka rutin, dia akan mendapati ianya menenangkan jika tahu aoa yang akan berlaku kemudian. Beberapa kali pertama anda mungkin hanya mahu mengurut kaki bayi anda sehingga dia sudah biasa dengan sensasi urutan.

 

Disini disertakan sedikit tips urutan bayi yang sesuai untuk semua :

  • Panaskan sedikit minyak atau krim pada tangan anda dengan menggosok-gosoknya di antara tapak tangan anda
  • Perlahan-lahan, sapukannya pada kulit bayi, mulakan dengan kakinya dahulu. Kaki ialah tempat yang baik untuk bermula kerana bayi anda sudah biasa merasa kakinya disentuh semasa menukar lampin.
  • Beransur-ansur bergerak ke atas, sambil memicit betis dan pehanya dengan lembut.
  • Untuk dada dan perut bayi, perlahan-lahan letakkan tangan anda rata pada bahagian tengan badan bayi. Sebarkan tangan anda ke tepi seolah-olah anda sedang meratakan helaian buku.
  • Dengan tangan yang masih lagi rata, gunakan hujung jari anda untuk mengusap ke luar dalam bulatan-bulatan kecil
  • Teruskan selagi bayi anda kelihatan menikmatinya

Membaca isyarat daripada bayi ialah aspek yang paling penting dalam mengurut bayi. Bayi anda akan memberitahu bila urutan itu perlu habis dan usapan mana yang dia suka atau tidak suka. Jika bayi anda mula menangis semasa diurut, dia sebenarnya memberitahu anda dia tidak mahu diurut lagi.

 

Sekadar ini sahaja buat masa ini ya. in shaa Allah di lain masa Hana akan kongsikan lagi pelbagai tips kepada anda semua.

.

sekarang, Arroush Susu Kambing ada sediakan sampel free 🙂

whatsapp-image-2017-01-26-at-15-10-19

siapa yang berminat, boleh whatsapp ke 019 633 1455 atau boleh pm fb di

https://www.facebook.com/susu.kambing.arroushd/

 

 

 

Advertisements

One thought on “URUTAN BAYI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s