BAYI ANDA

BELAJAR MENGENAI KELAHIRAN BARU BAGI PASANGAN BARU :)

 

Assalamualaikum dan Hi semua :), selamat datang kepada pengunjung Arroushd 🙂

Hana nak share sedikit sebanyak pengalaman dan perkara-perkara yang baru, yang sedang dalam proses dan yang telah Hana belajar dalam kehidupan dan mempunyai keluarga baru ini 🙂

be78b6a6f3a45dac8a81cef02de9999d

Hana nak ucapkan syukur-syukur sangat ke hadrat Illahi dan Alhamdulillah serta tahniah kepada anda yang telah mendapat berita gembira tentang kelahiran keluarga baru dalam keluarga anda :). Pasti ada di antara anda yang akan teruja dengan kelahiran baru ini. Ada juga yang rasa takut, resah memikirkan kehadiran keluarga baru ini :).

Mungkin juga anda akan melakukan pelbagai persiapan untuk menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga anda :). Anda juga perlu bersedia untuk perubahan besar dan tanggungjawab baru sebagai ibu bapa 🙂

PENERAPAN BEBERAPA PERKARA

Masa dapat baby pertama kan, rasa teruja dalam kesakitan tu memang ada…tapi ada kalanya kan sebab mungkin Hana tak sedia, ada beberapa perkara yang Hana hadapi dalam keadaan tidak tahu. Masa tu rasa macam nak nangis, rasa stress dan sebagainya. Tapi alhamdulillah, sebab Hana mendapat keluarga yang memahami kondisi Hana dan memberi support sepenuhnya kepada Hana.

Semestinya dalam menyambut kelahiran baru, terutamanya kepada ibu bapa yang baru sahaja mendapatkan anak pertama seperti Hana ni akan mula merasa sedikit perubahan dan agak penat untuk beberapa waktu. Ramai di kalangan ibu bapa yang baru termasuk lah Hana ni  merasa sedikit tekanan terutamanya ibu, yang masih dalam keadaan sakit melahirkan anak tapi kene kuatkan diri, tak boleh layan sangat sakit badan ni sebab melayan kerenah si comel yang baru di lahirkan.

Jadi, sedikit inifo untuk mereka yang bakal menerima cahaya mata pertama,  Hal pertama yang perlu di perhatikan adalah bagaimana orang tua yang menguruskan tekanan yang ada. Beberapa hal berikut boleh diterapkan untuk menguruskan tekanan dan emosi ketika menjaga bayi baru lahir.

MENJAGA KEADAAN FIZIKAL

Masa melahirkan baby kan, Hana dah rasa cepat penat…rasa nak tidur sahaja sebab keadaan diri yang tidak mengizinkan. Tapi…pada masa yang sama, Hana perlu memberi sepenuh perhatian kepada baby. Ini menyebabkan Hana kurang tidur. Yela, siang hari perlu uruskan rumah, malam hari pula, tidak dapat tidur dengan selesa sebab badan masih sakit-sakit. Selain itu, baby pun kerap terjaga…kesian baby..

Mak Hana selalu pesan, walaupun kurang tidur kerana keadaan kita yang baru melahirkan ini, jangan mengambil kafein atau makanan yang mengelakkan rasa mengantuk. Sebab mak cakap, masa pantang, jaga makan. Ambil makanan yang sehat, minum air secukupnya dan pastikan kita selalu menghirup udara segar. Memang orang cakap senang, tapi kita yang menghadapi keadaan itu, kita yang tahu kan..bertabahlah anda semua wahai kaum ibu huhu :). Hana ikut apa yang dipesan mak dan alhamdulillah, ia sangat membantu.

Tips untuk mendapatkan badan yang segar, anda perlu tidur huhu :).

“tidur yang bagaimana?”

Tidurlah seketika dan dapatkan waktu rehat yang secukupnya bersama si comel anda.Maksudnya, kebiasaankan baby akan tidur lapan hingga sembilan jam kan. Jadi, tidak salah untuk ibu, tidur bersama baby :). In shaa Allah, anda akan merasa selesa dan kesakitan anda juga akan beransur pulih. Tapi anda jangan abaikan kerja-kerja rutin anda. Anda hanya perlu kurangkan aktiviti di rumah sahaja.

8a1db2097b2c90948e3301e8e711386c

Tentang berjaga malam sebab baby menangis, ibu-ibu, jangan segan meminta bantuan daripada suami anda untuk menggantikan posisi anda menjaga bayi ketika anda kepenatan di waktu malam. Selain itu, pastikan anda mengajak si kecil anda untuk menerokai sesuatu yang menjadi minat anda. Kebiasaan sehari-hari yang baik bila diterapkan dapat membuatkan anda lebih bertenaga ketika menjaga bayi anda. Contohnya seperti berehat di ruang tamu, menonton TV, bersiar-siar di keliling rumah. Selain ia membantu anda mengelakkan kebosanan, ia juga membantu anda untuk menghirup udara segar dan mengeluarkan peluh.

JANGAN TAKUT

Tidak di nafikan, masa beberapa hari lepas baby duduk di rumah dan kerap menangis, timbul rasa risau di hati Hana. Macam-macam perasaan timbul.

“baby tak sehat ke?”

“Kenapa baby cepat nangis?”

“Baby tak cukup susu ke?”

Sampai Hana rasa macam  jadi ibu yang tak pandai jaga anak T.T

Memang, terkadang akan menimbulkan sedikit kerisauan kerana tidak dapat menjaga si kecil ini dengan baik. Hal- hal yang tidak dijangka mungkin akan berlaku tetapi ia akan dapat di atasi melalui perbincangan. Melalui perbincangan bersama suami dan ahli keluarga lah yang banyak membantu dan mengajar Hana menguruskan si comel ni 🙂

Selain itu, tertawa ceria bersama bayi dan pasangan anda juga dapat mengurangkan ketakutan yang ada. Jangan takut dan tidak percaya pada diri terhadap rutin baru anda untuk si kecil, seperti menggantikan lampin atau ketika menenangkan bayi yang meragam. Pada awalnya, mungkin anda merasa kaku, tapi, pada akhirnya anda akan terbiasa dan akan menjadi mudah menjalankan tugas sebagai seorang ibu 🙂

m4

TUNDA DAHULU PEKERJAAN LAIN

Kebiasaannya kita sebagai seorang isteri dah terbiasa memastikan rumah bersih, kemas kan. Setiap hari kita akan lakukan rutin tersebut. Jadi selepas Hana balik dari wad bersalin tu kan, Hana mesti nak terus ke dapur, kemas apa yang patut dan rutin-rutin yang biasa Hana buat. Jadi bila ana start nak buat kerja kan, mak mertua Hana tegur

“Hana, jangan lasak sangat, nanti bentan”

Jadi, Hana pun akur saja, terus naik ke bilik tengok baby. Sebenarnya, bertuah sangat Hana ada mak mertua yang sangat prihatin dengan menantunya ni hihi 🙂

Bila mak mentua yang tegur kita ikut je kan. Memang tak berani nak cakap apa-apa. Sebenarnya, untuk ibu yang sedang berpantang, jangan terlalu memaksa diri untuk menjaga hal-hal yang biasa dilakukan sebelum kelahiran si kecil. Bersihkan rumah dan mencuci pakaian boleh di tangguhkan dahulu agar anda sendiri tidak penat ketika menjaga bayi yang baru lahir.

Anda  juga boleh mengurangkan kegiatan yang biasanya memerlukan waktu yang lama seperti memasak. Jika sebelum si kecil ada, anda terbiasa menyiapkan makan malam yang mencukupi, maka kini cukup menyajikan makanan yang mudah disediakan tetapi, bukan bermakna anda tidak mengendahkan nilai gizi didalamnya. Anda juga akan dibantu oleh ahli keluarga sendiri. Biasanya ibu anda sendiri atau ibu mertua anda sendiri akan menghulurkan bantuan. Macam mak mertua Hana tolong Hana 🙂

JANGAN MENGURUNG DIRI

Ketika menjaga bayi yang baru lahir, jangan ragu untuk keluar rumah. Bayi yang muram ketika dirumah mungkin akan menjadi ceria jika sekali sekala anda membawa ia keluar rumah untuk sekadar berjalan-jalan menghirup udara segar

Ketika anda sudah mempunyai anak, anda harus mempertimbangkan pergaulan anda bersama raka-rakan anda dan keluarga anda. Anda harus pandai membahagikan masa bersama keluarga, rakan-rakan dan bayi anda. Jika rakan anda berkunjung kerumah, tidak salah untuk berjumpa dan berbual dengan mereka. Elakkan mengurung diri kerana ia akan mengakibatkan anda mudah mendapat kemurungan. Sesekali anda boleh biarkan rakan anda membantu anda menjaga dan meraikan anak anda. Jangan menolak jika rakan anda ingin mengendong bayi atau kegiatan lain yang memerlukan tenaga anda.

 

TAHU BILA PERLU MEMINTA BANTUAN

Ingat, masa kecil si kecil anda tidak akan berulang lagi. Oleh kerana itu, nikmatilah masa-masa tersebut. Walau bagaimanapun, anda harus mengetahui batas anda sendiri. Jika memang tekanan yang ada terasa berat, mintalah bantuan dan sokongan dari ahli keluarga anda.Jangan lalui hari-hari anda semasa berpantang seorang diri.

Anda juga boleh meminta bantuan daripada orang tua atau doktor untuk mendapatkan tips mengurus dan menjaga kesihatan anak anda. Jangan lupa, amalkan pemakanan yang berkhasiat yang membantu menambahkan tenaga dan meningkatkan produksi susu badan anda. Ia untuk kebaikan anak anda juga :). Sentiasa sediakan segelas Arroushd Susu Kambing di dalam sajian anda walaupun anda sedang berpantang kerana nutrisi tersebut akan dibekalkan kepada anak anda melalui penyusuan badan.

jika ingin mengetahui lebih melanjut mengenai Arroushd susu Kambing, KLIK LINK DI BAWAH

https://www.facebook.com/susu.kambing.arroushd/

 

 

Arroushd Susu Kambing
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s