BAYI ANDA

CARA MENJAGA BAYI BARU LAHIR, BEBERAPA TIPS DAN PANDUAN MUDAH

 

baby

 

Assalamualaikum dan Hi semua 🙂

Selamat datang kepada pengunjung entry kali ini. Kali ini Hana akan bawakan satu info kepada anda yang bakal melahirkan dan akan menghadapi detik-detik menguruskan anak yang baru lahir 🙂

 

Bagi ibu yang baru melahirkan bayi, yang masih merasakan kesakitan melahirkan, anda perlu menjaga diri supaya cepat sembuh dan berada di dalam kondisi yang baik kerana anak anda memerlukan perhatian anda. Dapatkan sokongan keluarga untuk menempuhi detik-detik berpantang dan menjaga si comel anda 🙂

Jadi jom baca bersama-sama apa tips dan panduan yang perlu anda jalani sepanjang menjaga anak yang baru di lahirkan.

 

URI BAYI

Tentang uri ini, Hana nak cerita sedikit 🙂 . Uri merupakan placenta yang memberi makan dan membuang segala toksin dan najis yang dihasilkan oleh bayi. Uri merupakan salah satu organ di dalam tubuh manusia. Ketika melahirkan , uri bayi hendaklah dibersihkan dengan sempurna sebelum ditanam, mengikut landasan syariat Islam. Hal ini kerana ia merupakan organ tubuh dan ia di anggap najis selepas keluar dari tubuh.

Anda boleh meminta uri dari jururawat yang menguruskan anda ketika bersalin. Uri  perlu di tanam dan bukan dibakar. Jika anda tidak menuntut uri, ia akan menjadi “medical waste” yang akan di hantar kepada pihak kontraktor yang menguruskan bahan buangan hospital yang akhirnya akan di bakar.

 

MANDIAN BAYI

mandian-bayi

 

Masa mandi kan bayi merupakan moment-moment yang menyeronokkan kerana masa ini merupakan masa ibu bersama bayi. Jadi, sebelum memandikan bayi, sediakan dahulu kelengkapan pakaian bayi seperti baju, stokin, barut, minyak bayi dan sebagainya supaya anda tidak kelam kabut untuk mencari semua barang ini selepas mandikan bayi. Kesian bayi menangis kesejukan.

Mandikan bayi anda dengan air suam agar bayi anda merasa tenang dan nyaman. Elakkan mandi dengan air sejuk untuk mengelakkan bayi anda kembung perut. Siram bayi anda bermula dari kaki ke  atas agar badan anak anda tidak terkejut. Berikan tumpuan kepada anak anda dan belai lembut anak anda agar anak anda berasa selamat berada dengan anda.

 

LAP DAN KERINGKAN BADAN BAYI

 

Anda digalakkan menyediakan tuala khas untuk bayi semasa memandikan bayi. Lebih sesuai tuala yang tebal dan bersih. Selepas selesai memandikan bayi, lapkan bayi anda sehingga betul-betul kering untuk mengelakkan anak anda kesejukkan. Seterusnya, gunakan “alkohol swab” yang dibekalkan oleh doktor dan sapukan ke bahagian tali pusat bayi agar jangkitan kuman dapat di elakkan

 

GUNAKAN MINYAK BAYI

 

Sapukan minyak bayi di kawasan sekitar perut, belakang badan, belakang betis dan bahagian tapak kaki bayi anda agar bayi anda merasa selesa. Minyak bayi sangat disyorkan kerana ia mampu menghilangkan kembung perut pada bayi.

 

PAKAIAN

kelengkapan-bayi

 

Pastikan anda mengenakan barut kepada bayi dan kemaskan ikatan barut. Elakkan ia terlalu ketat kerana dikhuatiri ia akan menyukarkan pergerakkan bayi. Sediakan pakaian yang lembut, tidak panas, sesuai dan selesa untuk bayi anda.

Bagi anda yang mengenakan lampin pakai buang kepada bayi anda, anda perlu sentiada peka dengan kesihatan kulit bayi. Elakkan bayi dari memakai lampin yang basah terlalu lama untuk mengelakkan sebarang jangkitan dan ruam di bahagian punggung bayi.

 

Kebanyakkan ibu bapa masa kini sangat sibuk di rumah mahupun di mana sahaja. Tetapi, anda juga diharapkan agar dapat menyibukkan diri anda dengan bayi anda. Lakukan pemeriksaan pada lampin pakai buang bayi. Elakkan bayi memakai lampin yang kotor terlalu lama. Bayi yang baru lahir lebih kerap membuang air berbanding bayi yang berusia 6 bulan dan ke atas.

 

Pemeriksaan pada lampin ini juga membantu mengelakkan jangkitan kuman dan ruam yang akan memberi kesan terhadap keselesaan bayi anda. Jika lampin telah kotor, terus tukar lampin yang baru. Jika bayi anda dalam keadaan selesa, bayi anda juga akan tidur dengan lena dan ini akan membantu perkembangan tumbesaran bayi anda. Kebiasaanya ini telah menjadi nasihat dari nenek moyang kita lagi. Bukan setakan bayi yang perlu bersih, malah ibu bapa bayi juga perlu lah bersih.

 

ELAKKAN MENGUBAH SUASANA RUMAH

 

Bayi memang memerlukan banyak perhatian tetapi tidak perlu sampai mengubah suasana rumah seperti langsung tidak buka tivi, sentiada menutup pintu dan langsir kerana takut suasana yang bising akan mengganggu bayi tidur. Suasana yang sedikit bising tidak akan memberi masalah. Biarkan bayi anda terbiasa dengan suasana tersebut supaya sampai satu masa nanti bayi anda akan mudah tidur pada bila-bila masa

 

JANGAN LAMBAT DAPATKAN RAWATAN DOKTOR

 

Pediatrician conducting a medical examination of a little baby boy

 

Jika bayi kalian demam, dapatkan rawatan di klinik berdekatan dengan segera. Jangan bertangguh dan jangan anggap demam itu perkara kecil pada bayi kerana demam yang terlalu tinggi akan membahayakan bayi dan boleh mengakibatkan sawan pada bayi. Elakkan juga untuk diselimut tebal bayi anda ketika demam kerana ia akan menyebabkan suhu badan anak anda meningkat. Sebaiknya, dapatkan rawatan di klinik dan minta nasihat doktor untuk menguruskan anak yang demam.

 

ELAKKAN BERI SEBARANGAN ORANG CIUM BAYI ANDA

cium-bayi

Memang nampak macam over kan? Hihi J tapi pada minggu pertama kehidupan seorang bayi, pendedahan kepada bakteria dan kuman boleh memberikan masalah yang serius kepada anak anda. Hal ini kerana sistem imunisasi badan bayi masih belum berfungsi sepenuhnya. Vuba anda bayangkan, jika anak anda sentiasa dipegang dan dicium oleh ramai orang. Terutamanya mereka yang berada di dalam kondisi kurang sihat dan tidak menjaga kebersihan. Ini aka mengakibatkan risiko yang besar untuk anak anda terdedah kepada sebarang jangkitan kuman dan bakteria. Bukan orang lain yang tanggung, kita sendiri yang tanggung dik oi T.T

 

Jadi, sebagai ibu bapa yang perihatin, tidak salah untuk anda menerima pelawat, tetapi, sebaiknya, jelaskan dengan baik kepada pelawat agar tidak mencium bayi anda pada minggu pertama kelahirannya. Jika pelawat tersebut berada dalam keadaan tidak sihat, nasihatkan mereka supaya pastikan mereka betul-betul sihat, baru datang melawat. Tidakramai yang boleh ikut pantang larang ini kerana takut merasa serba salah pada orang yang datang melawat.

 

SUSU IBU

 

Sendawakan bayi setiap kali selepas menyusukan bayi untuk mengelakkan bayi dari mengalami kembung perut. Pakar menasihatkan ibu-ibu supaya menyusukan bayi secara penuh selama enam bulan agar bayi mendapatkan nutrient penting dan khasiat dari susu ibu dengan sempurna selama enam bulan.

 

Bagi ibu yang khuatir anak mereka tidak mendapat susu yang mencukupi, jangan risau, ibu boleh ikhtiar untuk minum Arroushd Susu Kambing. Ia diperkaya dengan pelbagai khasiat yang memenuhi keperluan ibu dan anak. In Shaa Allah, nutrisi dari ibu akan mengalir kepada bayi melalui susu badan ibu. Minum 2 gelas sehari untuk meningkatkan dan memekatkan susu badan ibu.

3dbox2

Sampai di sini sahaja dulu. Dapatkan lagi pelbagai jenis info dari blog ini.

 

Sehingga berjumpa lagi di entry yang akan datang. Assalamualaikum J

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s