BAYI ANDA · KANAK KANAK

PENYEBAB ANAK TERJAGA TENGAH MALAM

Assalamualaikum dan selamat datang pengunjung-pengunjung Journey of Arroushd :).

.

.

Sebelum ini, hana ada ceritakan tentang tips untuk beri anak kita tidur lena kan…lupa la nak share tentang mengapa atau faktor yang menyebabkan anak kita cepat terjaga. Jadi Hana dengan rendah hati memohon maaf ya pada semua yang memang sedang mencari-cari faktor-faktor anak terjaga malam.

.

.

So, untuk tebus kesalahan Hana ini, Hana nak kongsikan pengalaman Hana dan pemerhatian Hana terhadap anak Hana sendiri, jom baca sama-sama. Harap info ini berguna ya 🙂

.

.

7 SEBAB KENAPA BABY SUKA BANGUN TENGAH MALAM

.

SEBAB #1 : KELAPARAN

Keadaan ini, memang selalu terjadi kepada boboy. Bila tengah malam, dia terjaga, dia akan merengek dan buka mata, cari mama dia :). Ini memang perkara biasa ya mommy-mommy. Sepanjang malam, boboy akan terjaga paling minimum 3 kali akibat kelaparan. Jadi untuk pastikan boboy ni sebenarnya lapar ke, lampin basah ke, Hana akan try cek, tengok gerak mulutnya. Kalau kita usik pipi dia, dia buka mulut macam cari susu, sah, memang sah boboy lapar. Jadi, mommy walau ngantuk macam mana pun, beri lah anak kita susu.

 

SEBAB #2 : LAMPIN BASAH

Kejadian ini juga kerap terjadi pada boboy waktu tengah malam. Bila lampin basah sikit jer, boby memang akan terjaga. Sebab, lumrah bayi, tidak selesa jika lampin basah dan bernajis. Jadi, tugas Hana lah untuk tolong bersihkan baby, tukar lampinnya. Kalau penat sangat, kejut husband tolong. Nasib baik husband oke 🙂 boleh tidur dengan senang hati.

 

SEBAB #3 : TERLALU PANAS ATAU SEJUK

Boboy memang sangat sensitif terhadap suhu. Kalau panas sangat pun tak boleh, kalau sejuk pun tak boleh. Jadi Hana akan pastikan dan selalu pesan pada Husband ingatkan Hana kalau terlupa nak cek suhu bilik sesuai tak untuk baby kami. Selain itu, pakaikan baju yang sesuai untuk baby tidur. In shaa allah, baby akan tidur dengan lena bila selesa.

 

baby-tidur

SEBAB #4 : TIDUR SIANG TERLALU LAMA

Tidur siang bagi baby sangat bagus. Tapi, jika tidurnya terlalu lama, ia boleh mengganggu jam tidur baby pada waktu malam. Jadi, tipsnya ialah, masa dah nak petang tu, biarkan baby main puas-puas. Tak kesah lah dia nak main permainan dia, nak menjerit ke, bawak dia bersiar-siar dekat keliling rumah ke. Biarkan dia aktif waktu siang. Agar, waktu malam, dia akan cepat penat dan terus terlena. Senang hati tau 🙂

 

download-1

SEBAB #5 : KEADAAN BILIK YANG TERANG

Bilik yang terang boleh mengganggu waktu tidur baby. Kita sebagai seorang dewasa pun tak suka kan tidur pasang lampu. Tak selesa. Jadi, sebaiknya, tidur dalam keadaan lampu yang malap. Agar baby boleh tidur denganlena tanpa gangguan.

 

SEBAB #6 : BABY SAKIT

Ini paling-paling perlu kerjasama Inchee suami. Sebab,bila baby demam ke, selsema ke, baby akan kerap sangat terjaga malam. Oleh itu, mommy and daddy perlu bersiap sedia untuk berjaga malam. Biasanya Hana akan bergilir-gilir dengan suami jaga boboy.  Kadang-kadang bila boby demam dia nak sama ada dengan mamanya atau papanya sahaja. Jadi ikut nasib badan sapa yang boboy pilih :).

sendiri

SEBAB #7 : MIMPI/ MENGIGAU

Kadang-kadang, boby ni dia tiba-tiba senyum masa tidur, kadang-kadang menangis. Tak kira lah siang ke malam. Tapi senang je nak cam kalau baby Hana ni betul-betul nangis atau sebab mengigau hihi…kalau tengok matanya tertutup rapat, tapi menangis, kadang-kadang kejap, kadang-kadang lama, tu tandanya dia mengigau. Tapi, jangan dibiarkan. Biasanya Hana akan kendong dia supaya dia cepat-cepat tertidur.

Jadi, pastikan anak anda mudah untuk tidur sebab, jika baby terlalu kerap terjaga malam, ia boleh mengganggu kesihatan bayi. Nanti baby pun cepat letih sebab tak cukup tidur. untuk bayi yang dah besar sikit, yang dah boleh minum susu botol, biasanya Hana berikan boboy Arroushd Susu Kambing sebab ia membantu boboy dan mamanya ni tidur dengan lena sampai ke pagi 🙂

.

.Nak tahu info lanjut, boleh KLIK di BAWAH

https://www.facebook.com/susu.kambing.arroushd/

.

Sekian dahulu dari Hana dalam diari Journey of Arroushd

.

DIARY JOURNEY OF ARROUSHD
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s