BAYI ANDA

TIPS MENJAGA KEBERSIHAN BAYI BARU LAHIR AGAR SENTIASA BERSIH

penjagaan bayi baru lahir menjadi pengalaman yang sangat menggembirakan bagi pasangan baru. Peranan baru sebagai seorang ibu dan bapa kadang-kadang menimbulkan kekuatiran. Tapi, momoy-mommy semua jangan risau…Selama mommy-mommy mengikuti nasihat bidan atau doktor, mommy tidak perlu merasa risau. Satu hal yang perlu diperhatikan ketika menguruskan bayi adalah hati-hati, cermat dan tidak mudah panik.

 

Ada beberapa perkara penting yang perlu diketahui berhubung dengan pengurusan dan penjagaan bayi baru lahir di rumah. Kebiasaan-kebiasaan yang perlu diketahui agar dapat memberikan penjagaan terbaik bagi bayi iaitu berkaitan dengan kebersihan bayi. Jika bayi anda dalam keadaan bersih, bayi anda akan membesar dengan sihat dan ceria. Antara penjagaan khusus yang perlu diberi perhatian adalah :

 

  1. MEMBERSIHKAN TALI PUSAT BAYI

524-300x200

Bagi mama yang baru, anda pasti merasa sedikit kekok terutamanya ketika membersihkan bahagian pusat bayi. Salah pegang sedikit sahaja, bayi boleh menangis kesakitan. Jadi, bagaimana? Benda ini adalah baki tali pusat yang akan mengering dan akan tertanggal dengan sendirinya antara seminggu hingga sebulan selepas kelahiran.

 

Tali pusat harus dijaga kebersihannya supaya tidak menimbulkan masalah jangkitan bakteria. Jadi, di sini, Hana akan sharekan tips penjagaan tali pusat dan cara membersihkan tali pusat bayi.

 

  • Pastikan tali pusat dan kawasan di sekitarnya selalu dalam keadaan kering dan bersih. Tali pusat yang lembab boleh menyebabkan kulat dan jangkitan. Ia juga akan membuatkan tali pusat lambat tertanggal.

 

  • Ketika bayi membuang air besar, tanggalkan lampinnya ke arah belakang supaya tali pusatnya terhindar daripada sebarang kotoran najis.

 

 

  • Setiap kali mandi, keringkan badan bayi, terutamanya tali pusat dengan menggunakan kain yang lembut. Bersihkan kawasan tali pusat dengan kapas yang telah dicelup alkohol sebanyak 70%. Lakukan dengan lembut dari pangkal tali pusat sehingga ke hujungnya.

 

  • Sentiasa pantau keadaan tali pusat. Bila terlihat tanda-tanda keradangan, kemerahan, berdarah atau berbau tidak sedap, segera dapatkan rawatan doktor.

 

 

  • Jangan sesekali menarik atau menolak lebihan tali pusat.

 

  1. MEMOTONG KUKU BAYI

merawat-kuku-bayi

Kuku bayi memang kelihatan mugil, nipis dan lembut. Jadi, ramai pasangan yang takut untuk memotong kuku bayinya, kerana takut jari bayi akan terluka.

 

Sebenarnya, kuku lebih tahan serangan kuman. Tetapi, kalau kuku selalu dalam keadaan lembab, kulat dan kuman berpotensi tinggi untuk bersarang di dalam kuku. Belum lagi kalau kebersihannya kurang terjaga.

 

Selain itu,  bayi gemar memasukkan jarinya ke mulut yang membuatkan kukunya menjadi lembap. Jadi, di sebabkan perkara-perkara ini, kuku bayi perlu sentiasa dalam keadaan kering. Perhatikan beberapa hal berikut ketika menggunting kuku bayi :

 

  • Perhatikan kepanjangan kuku bayi, kerana, kuku bayi tumbuh lebih cepat berbanding orang dewasa.

 

  • Potong atau gunting kuku bayi anda jika ia panjang dan tajam. Walaupun kukunya nipis dan lembut, kuku bayi yang panjang boleh memberi luka kepada muka bayi kerana biasanya bayi akan menggaru mukanya.

 

 

  • Potong atau gunting kuku bayi selepas mandi, kerana selepas mandi, kuku masih lembut dan ia mudah dipotong. Tetapi, jika bayi anda jenis yang sukar duduk diam, anda boleh memilih untuk memotong kuku bayi ketika bayi sedang tidur. Caranya :
    • guna pemotong kuku atau gunting yang khusus untuk bayi.
    • Sebelum gunakan pemotong kuku tersebut, anda digalakkan untuk melakukan alkohol swab pada pemotong kuku.
    • Pegang salah satu telapak tangan bayi dengan tangan anda. Lebarkan jarak antara jari-jarinya. Gunting kuku bayi secara perlahan-lahan.
    • Bersihkan kotoran yang ada di sebalik kuku dengan kapas yang dibasahi air suam.

 

  • Jangan terlalu kerap memotong kuku bayi. Sebab ia akan menyebabkan kerosakkan pada kulit di sekitar kuku bayi.

 

  • Walaupun anda super duper berhati-hati, tapi kadang-kadang, malang tidak berbau. Boleh juga terjadi sedikit luka di kulit bayi. Jika terluka, jangan panik. Anda boleh bersihkan darah dengan kapas dan berikan ubat antiseptik. Jika perlu, gunakan sarung tangan bayi untuk mengelakkan jangkitan pada kuku bayi.

 

 

 

  1. MEMEBERSIHKAN TELINGA BAYI

 

telinga

Membersihkan telinga bayi tidaklah sukar seperti yang anda duga. Yang penting, anda tetap tenang walaupun sikecil selalu menggerak-gerakkan kepalanya. Anda tidak perlu memasukkan bola kapas atau kapas bertangkai ke dalam lubang telinganya. Cukup bersihkan bahagian luar serta daun telinga bayi. Telinga bayi sebaiknya dibersihkan dengan cara berikut :

 

Lakukan ketika waktu mandi

 

  • Basahkan swab dengan air suam dan sabun.
  • Angkat sedikit kepala bayi, lalu usap daun telinga serta bahagian belakang telinganya.
  • Bilas sampai bersih.
  • Gunakan kapas bulat atau kapas bertangkai yang dicelup air suam, kemudian bersihkan bahagian luar hingga :pintu lubang telinga bayi, termasuk ceruk-ceruk (lekukan) pada daun telinganya
  • Keringkan dengan kain lap yang kecil dan lembut.

 

Perlu diingatkan bahawa cairan kuning di telinga atau dikenali sebagai wax adalah normal. Bahkan berguna sebagai penghalang masuknya kotoran dari luar. Jadi, tidak perlu terlalu dirisaukan, kecuali kotoran itu sampai mengeras dan menutupi lubang telinga bayi.

 

 

  1. MEMBERSIHKAN MATA BAYI

matabayi

Adakalanya, mata bayi kelihatan redup dan terdapat kotoran yang melekat di kelopak matanya. Jangan risau. Ia mudah untuk dibersihkan 🙂

 

Cara-cara membersihkan mata bayi :

 

  • Bersihkan mata bayi semasa mandi atau setiap pagi dan petang setiap hari.
  • Sebelum membersihkannya, bersihkan dulu tangan anda agar tida jangkitan kuman berlaku pada mata bayi anda.
  • Gunakan kapas bulat yang sudah dicelup air suam.
  • Usap perlahan mata bayi (lakukan dari arah tengah ke luar). Jangan bolak balik.
  • Gantikan kapas setiap kali usap. Selain agar kotoran mata yang menempel di kapas tak mengenai matanya lagi, mata bayi tidak tercemar oleh kuman dari satu mata, ke mata yang lain.

Perlu ambil perhatian,  jika kotoran mata bayi tidak juga hilang, walaupun selalu dibersihkan, segera dapatkan nasihat doktor kerana boleh jadi, matanya mengalami jangkitan kuman.

 

 

5.MEMANDIKAN BAYI

bayi_baru_lahir

Memandikan bayi boleh jadi merupakan salah satu rutin yang baru bagi ibu yang baru melahirkan anak pertama. Sebahagian ibu muda, masih takut-takut masa mandikan bayi. Jika ibu bertanya, berapa lama memandikan bayi usia 1-2 bulan? Makan, konsepnya yang perlu difahami dalam hal memandikan anak adalah konsep membersihkan, semakin cepat selesai mandi, semakin baik. Kalau waktu yang boleh dikira kurang lebih 3 minit.

 

Cara dan tahap memandikan bayi di usia bawah 2 minggu (tali pusat belum tertanggal) :

 

  • Siapkan air suam-suam kuku untuk air mandian bayi
  • Tanggalkan pakaian bayi dengan hati-hati
  • Letakkan bayi di atas alas plastik yang lembut
  • Celupkan kain basahan atau sarung tangan yang lembut ke dalam air suam yang telah di sediakan tadi.
  • Usapkan kain basah tadi ke bahagian muka dan kepala secara mebut
  • Seterusnya, usapkan pada badan. Perlu di berikan perhatian bagi bayi yang belum tertanggal tali pusarnya, sebaiknya ketika mengusapkan di bahagian perut, angkat tali pusat tersebut supaya tidak basah,
  • Titiskan sabun ke atas kain tadi dan usap kain tersebut ke seluruh badan bayi anda.
  • Bersihkan sabun dengan menyiramkan air atau mencelupkan punggung bayi ke dalam tab mandinya. Hati-hati jangan sampai air masuk ke telinga.

 

Cara mandi bayi yang berusia 1-2 bulan (selepas tali pusat tertanggal)

 

  • Siapkan air mandi
  • Setelah semua pakaian ditanggalkan, masukkan bayi kedalam tab mandi secara perlahan-lahan. Pastikan posisi kepala bayi tidak terkena air.
  • Angkat bayi, dan sabunkan bayi anda seluruh badan bayi bermula dari kepala sehingga kaki.
  • Bersihkan sabun dari badan anak dengan cara menyiram badan di bahagian depan terlebih dahulu. Setelah bahagian depan bersih, telangkupkan dan siram bahagian punggung.
  • Cara lain membersihkan sabun pada bahagian punggung adalah dengan mencelupkan bahagian punggung bayi ke dalam kolam mandi.

 

Catatan :

 

Setelah selesai memandikan, segera bawa anak ke tempat kering, dan keringkan seluruh badannya dengan kain tuala yang halus, lalu segera sisir rambut bayi sesuai dengan model rambut yang diinginkan, setelah itu, minyak kaki dan tangannya dengan baby oil dan beri sedikit urutan. Setelah memberi baby oil oleskan minyak telon atau minyak kayu putih ke bahagian perut , dada, leher dan punggung juga telapak kaki. Pakaikan lampin, baju, sarung tangan dan kaki.

 

 

  1. MENGGANTIKAN LAMPIN BAYI

masalah-penyakit-diare

Cara merawat bayi berkaitan dengan menggantikan lampin ini diperlukan kesabaran sebab anak baru lahir sering sekali membuang air. Setiap kali anak buang air biasanya mereka pasti menangis. Hal ini wajar sahaja, oleh kerana itu, setiap kali dia menangis, kita harus memeriksa apakah mereka buang air atau tidak. Jika tidak, biasanya tangisan itu kerana haus atau lapar. Pada masa  bayi baru lahir kita sabagai ibubapa harus bersabar, dan bersiap sedia dengan rutin harian selama 3 bulan. Pada umur bayi 1 hingga 3 bulan biasanya pasti akan terbangun di tengah malam kerana buang air besar atau haus.

 

Meskipun ia mudah, namun, ada caranya yang tersendiri ketika anda harus menggantikan lampin.

 

Berikut adalah tipsnya :

 

  • Gantikan lampin secara berkala agar kulit bayi tetap kering. Cek keadaan lampin secara rutin, lebih-lebih lagi ketika bayi anda tidur nyenyak kerana khuatir lampinnya dipenuhi dengan najis. Gantikan lampin bayi paling minimum 2-3 jam sekali, sebelum atau sesudah bayi diberi susu agar bayi terhindar dari ruam lampin.
  • Sediakan semua bahan-bahan berdekatan anda kerana bayi anda sangat mudah berguling dari tempat asalnya.
  • Letakkan bayi secara telentang di atas permukaan datar. Tanggalkan seluar bayi dan gulungkan bajunya hingga ke aras dada agartidak terkena kotoran. Jika terkena, segera lepaskan dan letakkan di dalam tempat pakaian kotor. Tanggalkan lampin ke arah belakang hingga terlepas dengan sendirinya dengan demikian kotoran yang berada di bahagian dalam lampin tidak akan mengotori kain lain yang berada di sekitar.
  • Jika kotoran terjatuh ke bahagian tubuh bayi, segera bersihkan dengan menggunakan bahagian dalam depan lampin. Pegang kedua-dua pergelangan kaki bayi dengan satu tangan lalu angkat punggungnya dan gulungkan lampin dari arah depan ke arah belakang

 

Sampai di sini dahulu tips yang boleh diberikan. in shaa Allah, jika ada lagi info-info lain, hana akan sharekan lagi untuk rujukan mommy-mommy 🙂

.

.

stay tune bersama Hana ya 🙂

assalamualaikum.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s