BAYI ANDA · KANAK KANAK

CARA PALING MUDAH UNTUK ANAK ANDA TIDUR LENA

 

bayi_tidur

 

Assalamualaikum dan selamat datang kepada semua pengunjung-pengunjung Journey Of Arroushd 🙂

.

.

Hari ini, Hana akan sharekan sedikit berdasarkan pembacaan Hana mengenai anak sukar tidur waktu malam.

.

Hal ini biasa terjadi kepada pasangan yang baru mendapat anak kan.selain itu, ada juga masalah ini berlarutan sehingga anak itu berusia hampir 1 tahun. Jadi di sini sedikit perkongsian mengenai mengapa perkara seperti ini boleh berlaku.

.

Ada pelbagai sebab mengapa bayi terjaga pada waktu malam. Bukan anda seorang sahaja yang mendapati sukar untuk memastikan bayi anda tidur sepanjang malam. Ramai kanak-kanak mempunyai masalah tidur, terutamanya enggan untuk tidur atau bangun pada waktu malam, dan kedua-duanya berlaku secara kerap.

.

Hana akui jika anak Hana selalu terjaga di waktu malam, ia akan mengganggu emosi dan fizikal hana sendiri. Ini baru seorang anak, belum dua atau tiga orang lagi. Mengapa Hana katakan mengganggu emosi dan fizikal? Kerana, jika kita kerap terjaga pada waktu malam, pola tidur kita akan terjejas. Ini menjadikan jam tidur kita yang sepatutnya 5 jam, kini hanya tinggal 2 jam.

.

Jika tidur kita hanya 2 jam sahaja sehari, keesokkan harinya, kita akan menjadi cepat lesu, emosi tidak stabil, rasa stres dan tidak dapat menumpukan perhatian kepada perkara yang perlu dilakukan sebagai rutin harian setiap hari. Hana pernah mengalami kemurungan kerana keadaan diri yang sangat penat.

 

Anak yang semakin membesar, perlu dipupuk untuk memahami tidur pada satu masa yang telah ditetapkan. Ia adalah satu perkara yang penting kerana, jika tidak diatasi, ia akan menjadi satu tekanan kepada diri kita dan pasangan, atau diri kita dengan anak kita sendiri.

 

 

APAKAH STRATERGI TIDUR YANG SAYA BOLEH CUBA?

 

Jadi, disini, Hana akan sharekan beberapa cara untuk anda membantu anak anda tidur. Teknik ini sebaiknya boleh dipupuk seawal usia enam minggu. Tetapi ingat, mana-mana sahaja pendekatan yang diambil, anda mestilah konsisten :

 

BUATLAH SESI PENYUSUAN PADA WAKTU SIANG

 

Penyusuan pada waktu malam tenang dan sunyi. Dengan cara ini, anda akan membantu bayi anda mengatur jam badannya supaya dia dapat membezakan antara siang dan malam.

 

BERI DIA PELUANG UNTUK TERLENA DENGAN SENDIRI

 

Anda boleh mulakan ini dari kira-kira enam hingga lapan minggu. Letakkan bayi di atas katilnya ketika dia mengantuk, tetapi masih belum terlelap. Sesetengah pakar menasihatkan supaya jangan membuaikan atau menyusukan bayi sehingga tidur, walaupun pada usia ini kerana dia akan menjadi biasa dengan amalan ini. Terpulanglah kepada anda untuk menentukan cara yang terbaik dan sesui untuk anak anda 🙂

 

TETAPKAN SATU RUTIN TIDUR

 

Pastikan ianya ringkas dan mudah. Biasanya Hana akan mandi, tukar lampin dan baju tidur, serta bercerita atau nyanyian. Habiskan ritual tidur dalam bilik bayi anda. Adalah penting baginya mempelajari bahawa biliknya adalah suatu tempat yang selesa untuk dia berada.

 

BERIKANNNYA OBJEK KESAYANGAN

 

Objek kesayangan boleh jadi selimut, bantal busuk atau patung haiwan lembut. Cara yang baik untuk membuat bayi sukakan selimut atau beruang teddynya ialah dengan anda berkepit dengan objek itu buat sementara waktu sehingga bau anda melekat padanya. Bayi mempunyai deria bau yang kuat dan apabila dia terjaga secara mengejut nanti, bau ibunya akan menenangkannya.

 

PELUKAN

 

Jika anda bercadang untuk tidur bersama bayi di katil anda, tenangkan dan buai-buaikannya dahulu sebagai sebahagian daripada rutin waktu tidurnya supaya dia bersedia untuk tidur. Baringlah bersama-sama dan peluklah dia, buat pura-pura tidur, dengan tegas memberitahunya bahawa itu waktu tidur.

 

KONGSI PERANAN PENENANG

 

Suami anda boleh jadi rakan yang penting dalam hal ini, supaya anda berdua boleh membantu bayi tidur kembali. Sebaik saja bayi anda cukup besar untuk tidak diberi susu pada waktu malam, dia boleh membiasakan diri untuk ditenangkan oleh suami anda. Dia mungkin berhenti daripada memerlukan sesiapa pun apabila dia sedar bahawa dia tidak akan diberi susu.

 

PEKA KEPADA KEPERLUAN BAYI ANDA

 

Pada siang hari, biar bayi merasa selamat dengan mendukungnya dalam kain anduh. Jika dia bangun malam, cuba pastikan apakah sebabnya. Adakah lampinnya basah kuyup, adakah pakaian malamnya selesa, adakah dia mendapat selsema?

Jika bayi anda masih bangun selepas anda meletakkannya tidur, ingatlah bahawa peringkat umurnya berkait rapat dengan berapa mudah dia berehat dengan selesa. Oleh itu, anda mungkin perlu menyesuaikan diri mengikut peringkat pertumbuhannya.

 

 

Setakat ini sahaja perkongsian untuk kali ini ya. Hana akan kongsikan lagi info yang berkaitan dengan anak-anak untuk manfaat bersama 🙂

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s