BAYI ANDA · KANAK KANAK

LANGKAH PERTAMA SI KECIL TATIH..TATIH!

d48b1366242af5ceb34ad56adf5650eb

Assalamualaikum dan salam sejahtera pengunjung-pengunjung blog Journey of Arroushd 🙂

Hari ini Hana nak bercerita tentang pengalaman Hana masa nak ajar anak Hana bertatih 🙂

Pagi itu, Hana terkejut melihat si kecil boboy tiba-tiba melangkah dua, tiga tapak dan terjatuh! Kemudian, si kecil boboy itu bangun kembali. “Eh, Anak mama dah boleh berjalan ke? (terjerit pula Hana dengan nada teruja).Iyelah…. Tidak disangka-sangka anak sulung Hana yang baru sehari dua  boleh berjalan sambil “meniti” (berpaut kepada sesuatu seperti meja, kerusi dan lain-lain) kini sudah mampu melepaskan kedua-dua tangannya! Sebagai ibu, sudah pasti inilah antara saat-saat yang mengujakan untuk Hana. Sampai da rasa macam nak bagitahu semua orang anak saya dah boleh berjalan! Terujanya huhu…

Berjalan sangat penting untuk perkembangan dalam kehidupan anak kita kan :). Ia adalah petanda anak kita ini akan meninggalkan dunia bayinya. Kebanyakkan bayi pada usia 8 bulan akan mula merangkak, bergolek dan secara beransur akan mendapatkan kekuatan otot dan koordinasi badan untuk memudahkan ia berjalan. Selalunya anak kecil akan melakukan langkah pertama pada usia antara 9 dan 12 bulan. Kemudian akan mula berjalan dengan baik pada 14 atau 15 bulan. Moment-moment ini merupakan antara moment yang paling excited sekali dalam kehidupan bergelar ibu kan 🙂

Ingat lagi, masa mula-mula nak ajar si boby ni..mula-mula tu memang susah…sebab dia dengan teruja nak jalan, tapi kaki tak kuat nak jalan haha…jadi selalu lah terjatuh..dan paling kesiannya bila tengok dia menangis….macam orang dah berputus asa dah.

Sentiasalah INGAT dalam kepala bahawa anak kita belajar bagaimana untuk berjalan sebelum mereka belajar mendengar. Jadi, jangan memaksa anak kecil anda untuk memahami apa yang anda ingin ajarkan kepadanya kerana mereka masih belum mengerti apa-apa lagi. Apa yang perlu dilakukan ialah sentiasa POSITIF dan yakin anak kita ini MAMPU BERJALAN satu hari nanti.  Selain itu, Hana  pilih beberapa cara untuk mengajar anak untuk berjalan.

Biasanya sebabkan saya ni kerja kan. Jadi Hana banyak luangkan masa dengan anak di hujung minggu sahaja. Jadi, bila anak saya sedah bersedia untuk berlatih berjalan, saya setkan matlamat, dan niat, hari ini saya nak ajar anak saya berjalan. Tak nak marah-marah anak, pastikan saya sentiasa memberi kata-kata perangsang seperti “Yeay!! Pandainya anak mama berjalan..” Yeay!!…kejap je anak mama dah boleh bertatih”

Jadi, pagi itu, selepas solat subuh, saya sedah siap-siap kemas kan rumah, mop lantai, kemaskan ruang tamu terutamanya sebab saya nak cuba latih anak say berjalan di kawasan ruang tamu rumah. Jadi saya susun meja tamu dan kerusi dalam keadaan jarak sedikit agat anak saya boleh explore lagi kawasan ruang tamu rumah saya.

Tak lupa juga, kawasan beranda dan balkoni rumah saya bersihkan sebab saya berniat nak bawa dia jalan-jalan di keliling luar rumah agar dia lebih explore banyak lagi benda baru di luar rumah dan kakinya juga boleh merasa lembut,keras,kasar dan berpasir.

Jadi bermula lah operasi explorasi si manja mama mengelilingi rumah. Seronok sangat dapat bawa dia keliling rumah. Mula-mula saya tegakkan badannya. Walaupun macam lembik je kaki dia menggigil-gigil nam menapak, tapi dia suka buat riak muka tergelak. Cuma bila setapak,dua, dia akan berhenti seketika. Pandang saya. Saya senyum saja sambil sebut “tatih…tatih” kemudian dengan gelak si comel, dia melangkah setapak lagi.

Bila sampai di muka pintu, laju betul dia melangkah walaupun perlu dipegang tangannya. Kadang-kadang saya terangkat dia sebab laju sangat jalannya. Jenuh juga membongkok pegang tangan si kecil ini huhu 🙂

Saya beri dia rasa yakin dan seronok untuk berjalan. Dari atas lantai mar-mar, ke atas karpet ruang tamu yang sedikit lembut dan berbulu. Kemudian, berjalan di atas simen ruang beranda luar. Terus memijak pasir-pasir. Masa pijak pasir tu, terjungkit-jungkit dan dia cuba untuk kesat kakinya di atas kaki lagi satu. Haha tergelak tak sengaja tengok keletahnya 🙂

Lama juga ambil masa untuk ajar si kenit ni berjalan sebab saya hanya luang masa hujung minggu sahaja untuk dia kan. Selebihnya pengasuhnya. Jadi, bila dia dah mula tegap otot dan dah boleh berjalan laju, saya cuba tidak pegang dia masa berjalan.

Mula-mula saya pegang dulu tangannya dan duduk melutut di hadapannya. Kemudian, perlahan-lahan saya lepaskan tangan saya dari genggam tangan anak saya. Dia macam tergamam kejap. Muka macam dah takut. Nak nangis pun ada riak mukanya. Saya hanya senyum dan sebut “tatih…tatih..” sambil tepuk tangan. Tiba-tiba, bukk! Jatuh…nangis pula….kesian dia. Terus saya usap-usap kepalanya dan peluk dia. Saya sebut perlahan-lahan, takda apa-apa.

Minggu depannya, saya tak putus asa lagi. Saya bawa dia bertatih atas kaki saya. Itu dia sangat seronok. Selain itu, saya ajar dia untuk berpaut pada dinding atau bahagian-bahagian bendul seperti meja, kerusi. Bila dia rasa nak jatuh dia dah cepat-cepat berpaut pada kerusi atau meja. Masa tu dia dah tak menangis. Dia banyak ketawa je. Seronok je tengok si kecil ceria begitu.

Bila dah biasa berdiri dan berjalan, boboy akan ajak saya untuk bawa dia jalan. Cuma bila dah selalu jalan, dia tak tahu nak duduk macam mana. Jadi untuk hal seperti ini, saya ajar dia untuk membengkokkan lutut. Senang je dia buat 🙂

Selesai fasa bertatih ini dan berjaya, kini sampai pada fasa untuk melihat dia berjalan sendiri tanpa bantuan sesiapa. Bagaimana saya buat? Saya agah dia untuk datang kepada saya atau saya ajak dia datang kepada saya untuk ambil permainan yang dia suka.

bagaimana-membantu-anak-cepat-berjalan1

Boboy suka dengan permainan berwarna-warni. Jadi, saya suka ajak dia bermain baling dan sambut bola atau ambil bola jika terjatuh. Alhamdulillah, responnya sangat-sangat positif.

Jadi pada anda semua di sini saya sharekan beberapa tips yang mungkin boleh ditekankan kepada anak anda.

  1. Walaupun anak kecil anda mula berdiri sendiri tanpa bantuan anda, dia tetap memerlukan bantuan anda untuk kembali duduk. Mungkin dia akan menangis. Jangan hanya memujuknya untuk meredakan tangisannya tetapi ajarlah dia cara yang betul untuk duduk. Ajarlah dia bagaimana untuk membengkokkan lutut supaya dia boleh duduk tanpa jatuh. Berilah dia masa untuk mencuba sendiri.
  1. Pastikan ada perabot untuk dia memegang supaya dapat bergerak sendiri dengan mudah.
  1. Pegang tangannya kerana dia belajar untuk mengimbangi dirinya. Anda boleh menggalakkan bayi anda berjalan sambil memegang ke dua-dua tangannya. Anda boleh memegang tangannya sama ada anda sendiri atau melutut di hadapannya dan kemudian biarkan dia berjalan ke arah anda seterusnya anda boleh melepaskan dia berjalan tanpa bantuan daripada anda lagi.
  1. Berada berdekatan dengannya. Dia mungkin akan berjalan satu atau dua langkah sebelum mencari sokongan. Selepas mencuba sahaja, dia akan lebih yakin untuk berjalan banyak lagi untuk melangkah demi langkah. Sebelum anak anda tahu berjalan dengan sempurna, anda pastinya akan ‘mengangkap’ dia beberapa kali untuk mengelak dia jatuh.
  1. Apabila anda mengajar anak kecil anda untuk berjalan, jangan menggunakan walker. Ia boleh mengundang risiko bahaya yang boleh menyebabkan kemalangan dan kecederaan.
  1. Elakkan membeli kasut sehinggalah anak anda boleh berjalan. Biarkan dia belajar berjalan di permukaan kasar, sejuk, berpasir atau berumput. Juga kerap berjalan berkaki ayam

membantu mereka memperbaiki keseimbangan dan penyelarasan. Pastikan kakinya di basuh segera untuk mengelakkan sebarang jangkitan kuman.

  1. Salah satu perkara yang paling penting yang anda boleh lakukan untuk mengajar anak kecil anda berjalan ialah menggalakkan dia untuk mendapatkan banyak senaman. Bantu dia untuk meningkatkan koordinasi badannya dengan bermain permainan fizikal dan permainan kanak-kanak yang menggalakkan ketangkasan.
  1. Permainan jenis tolak dan tarik sangat baik untuk mengajar bayi anda berjalan. Anda juga boleh bermain dengan menendang dan membaling bole. Aktiviti-aktiviti ini sedikit akan menggalakkan koordinasi mata tangan dan keseimbangan badan. Bagaimana pun, jangan memaksa anak kecil anda untuk berjalan terlalu awal jika dia tidak menunjukkan tanda-tanda boleh berjalan lagi. Ini kerana kakinya masih belum bersedia untuk menyokong badannya. Jangan bimbang, dia akan berjalan dalam tempoh masa terdekat.
  1. Bagaimanapun, jangan memaksa anak kecil anda untuk berjalan terlalu awal jika dia tidak menunjukkan tanda-tanda boleh berjalan lagi. Ini kerana kakinya masih belum bersedia untuk menyokong badannya. Jangan bimbang, dia akan berjalan dalam tempoh masa terdekat.
  1. Cuba ajak anak kecil untuk berjalan bersama dengan anda tetapi pastikan anda tidak bergerak terlalu laju supaya dia tidak mudah jatuh. Mulakan dengan berjalan di hadapan rumah anda, atau laman rumah.
  1. Jangan sekali-kali tinggalkan anak kecil sendirian. Dia mungkin akan jatuhatau memerlukan bantuan anda.Jangan lupa ya berikan anak anda segelas arroushd susu kambing setiap hari. ia membantu menguatkan tulang dan gigi anak anda agar lebih kuat dan sihat 🙂

.

untuk info lanjut, KLIK DI BAWAH

https://www.facebook.com/susu.kambing.arroushd/

DIARI MAMA ARROUSHD
 

Leave a comment