DOKTOR ANDA

PETUA DEMAM CAMPAK

 

Assalamualaikum, semua follower.

.

entry sebelum ini Hana dah sharekan tentang demam campakkan. jadi sekarang, Hana akan sharekan tentang petua untuk sesiapa yang sedang mengalami campak.

.

1# BANYAK MINUM

Untuk mengelakkan dehidrasi tubuh, maka diperlukan pengambilan lebih terhadap cecair. Tujuan lain dari banyak minum air juga untuk melegakan tekak yang gatal akibat batuk. Hal ini tidak boleh dilupakan sebab ketika campak maka biasanya disertai demam. Oleh kerana itu, keperluan cecair pun bertambah.

 

2# MINUM AIR KELAPA MUDA

Minum air putih terus menerus memang bosan, sebab rasanya tawar. Anda boleh mengganti ke minuman berperisa seperti air kelapa muda yang memang telah dijadikan petua rawatan demam campak kanak-kanak sejak dulu lagi. Anda boleh menambah kesan  penyembuhan dengan memberi satu sudu makan madu pada air kelapa muda yang hendak diminum.

 

3# MENURUNKAN DEMAM DAN MENGURANGKAN RASA SAKIT

Kerana tidak ada ubat yang seratus peratus mampu menyembuhkan demam campak. Maka secara umumnya setiap doktor menyarankan ibu untuk memberikan paracetamol atau ibuprofen dalam bentuk cair kepada anak agar membantu menghilangkan rasa sakit dan mengurangkan demam.

 

4# MENGATASI SAKIT MATA YANG BERLAKU

Jangkitan virus penyebab campak selain membuat kulit menimbulkan tompok merah, ia juga akan membuatkan mata menjadi sensitif kepada cahaya. Untuk meringankan gejala ini, anda boleh cuba petua ini.

Bersihkan kotoran mata semasa jangkitan demam campak dengan memakai kain kapas yang direndam ke dalam air suam. Selain itu, buat ruangan untuk sementara minimum cahaya matahari dengan memasang tirai tingkap atau menukar  lampu yang lebih malap ketika malam hari.

 

5# REHAT

Pada bayi dan kanak-kanak, jangkitan campak boleh menjadi tanda untuk tubuh melakukan peningkatan sistem imun. Untuk menyokong proses penyembuhan ini, maka orang tua harus memperbanyakkan waktu rehat anak.

Demam campak merupakan virus yang serius yang memerlukan banyak tenaga tubuh untuk melawan virus. Tidak kira bayi, kanak-kanak, ataupun orang dewasa, apabila terkena demam campak, maka hadkan aktiviti fizikal yang memerlukan tenaga serta perbanyakkan tidur.

 

6# MEREDAKAN TANDA LAIN

Tanda yang hadir ketika tubuh diserang jangkitan campak adalah berair atau batuk, mirip seperti gejala selsema. Untuk kanak-kanak, anda boleh memberikan minuman panas dengan madu dan air lemon. Ingat, untuk kanak-kanak di bawah 1 tahun sebaiknya tidak diberi madu. Juga lebih baik dimandikan dengan air panas.

 

CARA ELAK DEMAM CAMPAK

 

VAKSINASI

Vaksin khusus campak seharusnya diterima sejak kecil, ketika usia 15 bulan dan antara umur 5-6 tahun, ini adalah langkah pencegahan terbaik. Namun, tidak masalah apabila diberikan masa umru 9 bulan, 2 tahun dan 6 tahun. Vaksin MMR adalah vaksin gabungan untuk campak, gondongan dan campak jerman yang dapat mencegah jangkitan seumur hidup.

 

JAGA JARAK DARI PESAKIT

Campak boleh menular dengan sangat mudah, terutama bagi orang yang semasa kanak-kanaknya belum pernah mengalami. Untuk itu, sebaiknya anda mengelak sementara apabila ada ahli keluarga yang terkena campak. Atau bila anda yang dijangkiti, jangan sebarkan virus kepada orang lain, elakkan berada di kawasan yang ramai orang sekurang-kurangnya empat hari selepas kemunculan ruam demam campak.

 

MENGGUNAKAN MASK

Dalam keadaan tertentu, mungkin anda perlu berinteraksi dengan orang yang terkena campak, sesiapa pesakitnya. Untuk mengurangkan kemungkinan terkena jangkitan dari pesakit demam campak, gunalah mask. Minta mereka untuk pakai mask juga.

 

JUMPA DOKTOR SEGERA

 

Anda boleh menganggap campak tidak terlalu mengancam kesihatan orang dengan sistem imun yang kuat. Akan tetapi, bagi orang yang lemah sistem imunnya, pada kes tertentu, penyakit ini boleh menjadi lebih serius bahkan kadang-kadang membawa maut. Seperti pada tahun 2013, lebih daripada 140000 orang meninggal akibat demam campak..

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s