Uncategorized

KENALI DEMAM CAMPAK

ubat-demam-campak

Assalamualaikum dan selamat datang kepada semua pengunjung Journey Of Arroushd.

Memandangkan sekarang cuaca tidak menentu, pagi panas petang dah hujan. Kadang-kadang tengah malam pun hujan.

Perubahan suhu ini memberi kesan kepada diri kita kan kalau anda perasan kan?

.

Hana mula perasan bila anak Hana dah mula demam. Risau juga ni kalau anak yang demam. Kalau boleh biar kita yang demam. Sebab kesian budak kecil merengek sakit.

Oke, hari ini Hana bukan nak cerita tentang demam biasa, tetapi, Hana nak cerita tentang demam campak.

“ Penyakit demam campak bukanlah sakit biasa yang kita boleh pandang remeh, jika tak dirawat sebaiknya, boleh bertukar serius. Dalam minoriti kes, ia boleh pergi ke dalam hati dan otak.”

 

Ia juga boleh masuk ke dalam otak dan menyebabkan penyakit yang sangat serius dan juga kematian. Jadi, jom saya kongsikan serba sedikit maklumat mengenai campak.

Jom baca 🙂

 

APA ITU DEMAM CAMPAK?

 

Mula-mula sebelum kita bercerita lebih lanjut mengenai demam campak, terlebih dahulu, jom kita fahami apa itu demam campak.

 

Demam campak (Rubeola) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak yang disebabkan oleh virus measles. Kebiasaannya pesakit demam campak akan  mengalami gejala jangkitan pernafasan dan disertai ruam pada kulit.

 

Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui udara dengan titisan (droplet) cecair daripada mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin. Walau bagaimanapun, kebanyakkan kanak-kanak di malaysia telah kebal (imun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan.

 

Akan tetapi, kebelakangan ini terdapat pertambahan dalam kes-kes demam campak di bandar utama dengan kemasukan orang asing. Oleh itu, jika seorang kanak-kanak tidak lagi mendapat vaksin dan terdedah kepada individu yang menghidap penyakit ini, maka, kemungkinan besar kanak-kanak ini akan dijangkiti virus ini.

 

TANDA-TANDA DEMAM CAMPAK PADA ANAK

 

Tanda-tanda demam campak ialah antara 7 hingga 10 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkan tanda dan gejala demam campak seperti :

  • Ruam yang sangat gatal yang merebak dari batang tubuh ke leher, muka dan anggota badan.
  • Berlangsung dari lebam merah berisi cecair lepuh. Cecair lepuh ini juga boleh muncul dalam mulut, pada kulit kepala, di sekitar mata atau pada alat kelamin yang boleh menjadi sangat menyakitkan
  • Batuk, selsema dan sakit tekak
  • Mata berair dan sensitif kepada cahaya
  • Sakit otot

 

Dua atau tiga hari kemudian pesakit yang dijangkiti demam campak akan  timbul ruam-ruam,kemerah-merahan bermula dibahagian muka dan kepala, kemudian merebak ke bahagian badan, tangan dan kaki.

Ruam merah ini akan kekal selama 4-7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi. Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.

 

ADAKAH SETIAP DEMAM YANG DISERTAI RUAM MERUPAKAN DEMAM CAMPAK?

 

Tidak semua demam yang disertai dengan ruam adalah demam campak. Demam campak sering dikelirukan dengan penyakit Rosela Infantum yang disebabkan oleh virus lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama dengan demam campak melainkan selepas 2-3 hari ruam timbul, demam biasanya akan kebah. Satu lagi penyakit yang menyerupai campak adalah rubeola. Rubeola ini akan Hana ceritakan kemudian 🙂

 

APAKAH KESAN DEMAM CAMPAK KEPADA KANAK-KANAK?

 

Untuk anak anda yang sedang mengalami demam campak, anda jangan risau. Kebanyakkan kanak-kanak yang menghidapi demam campak akan sembuh dengan sempurna. Walau bagaimanapun,tidak mustahil terjadinya komplikasi yang serius terutama golongan yang menghadapi kekurangan zat makanan dan mempunyai imun sistem yang rendah.

 

Antara komplikasi lain yang sering terjadi adalah :

  • Jangkitan pada telinga
  • Jangkitan paru-paru (Pneumonia)
  • Jangkitan pada otak (encephalitis)
  • Cirit-birit

 

Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian. Bagi wanita hamil pula, boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.

 

BAGAIMANA CARA MERAWAT MERAWAT DEMAM CAMPAK?

Tiada rawatan yang specifik tetapi hal-hal berikut dapat mengurangkan gejala :

  • Panedol untuk mengurangkan demam
  • Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata
  • Berehat dan minum air yang cukup

 

Ruam tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang sendiri. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah supaya tidak menjangkiti orang lain (sehingga 4 hari selepas ruam timbul).

selain itu, pesakit juga dilarang untuk menggaru ruam yang timbul kerana dikhuatiri akan meninggalkan bekas parut kekal. Nanti kulit jadi banyak parut campak.

 

BOLEHKAH DEMAM CAMPAK DICEGAH?

 

Boleh. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan imunisasi MMR (Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun.

Adalah tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan anak mereka mendapat imunisasi.

MMR adalah vaksin yang selamat.

 

Jika anak anda terdedah kepada individu dijangkiti campak dan belum lagi menerima imunisasi, bawa anak anda segera untuk berjumpa doktor. Pemberian vaksin dalam jangka masa tertentu boleh mengelakkan anak anda daripada dijangkiti virus ini.

 

 

 

LANGKAH-LANGKAH MERAWAT DAN PENJAGAAN

 

1# PANTAU SUHU BADAN ANAK

 

Sebagai ibu, memang  Hana akan sentiasa cek kesihatan anak. Adakah dia demam? Suhu badan mungkin boleh mencapai 40 darjah celcius jika mengalami demam campak. Pada peringkat awal suhu badan kanak-kanak tinggi, batuk teruk dan kadangkala kanak-kanak ini juga mengalami cirit-birit, muntah ataupun susah buang air kecil.

Jika suhu badan terlalu tinggi, ini akan disertai demam sawan. jadi, untuk mengelakkan anak dari terkena sawan, sebolehnya kita sentiasa lap badan anak untuk menyejukkan badannya. Sebaiknya anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. walaupun mungkin anak akan mengelak kerana tidak selesa, cuba tuamkan sahaja badannya untuk mengurangkan suhu badan anak anda.

 

Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi.

 

Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. Maka buat ibu baru…jangan panik. anda boleh teruskan penyusuan untuk membantu anak anda cepat sembuh.

 

2# PEMAKANAN SI MANJA

Berikan dia minum air banyak supaya demam cepat turun dan air serta zat besi yang hilang akibat muntah dan cirit-birit dapat di gantikan dengan segera.

Elakkan dari apa-apa yang boleh membuatkan anak sakit mulut, seperti makanan masin, sup mudah untuk menelan selagi ia tidak terlalu panas.

 

3# POTONG KUKU SI ANAK

Memotong kuku itu sangat perlu untuk memastikan anak anda bersih dan terjaga. sebab, kalau tidak dipotong, terutamanya bagi bayi bawah 1 tahun, ia akan mencakar muka dan terus  menggaru kawasan yang gatal. Menggaru mungkin meredakan gatal-gatal buat sementara waktu, tapi ia boleh membuat luka pada kulit yang boleh dijangkiti.Pastikan bayi anda atau kuku kanak-kanak dipotong untuk mengelakkan dia dari mengganggu kulit jika dia cuba untuk menggaru. (Jika anda mempunyai bayi, meletakkan stokin atau sarung tangan atas tangan beliau).

 

4# PAKAI PAKAIAN YANG NIPIS

Jika anak anda demam, atau jika kulit mereka sakit dan teruk, beri mereka pakaian yang sesuai. Tidak terlalu panas atau terlalu sejuk, atau licin. Kain kapas adalah yang terbaik dan akan membantu menghentikan kulit daripada menjadi sakit dan gatal-gatal.

 

PANTANG LARANG DAN PETUA TRADISI UNTUK DEMAM CAMPAK

petua demam

Selain dari kaedah moden, pastikan kita juga berikhtiar melalui cara tradisional yang dipercayai membantu meredakan demam campak dan beberapa pantang larang yang perlu diikuti untuk mengelakkan campak lebih teruk.

 

1# Jangan bagi anak kita yang kena campak makan makanan bergoreng. Kerana dikhuatiri parut kekal pada muka dan badan.

 

2# Kalau boleh, elakkan tumis menumis dalam rumah yang ada penyakit demam campak. Sebab dikhuatiri rasa gatal dan miang pada badan semakin menjadi-jadi.

 

3# alaskan tempat tidur anak anda yang terkena demam campak dengan daun semambu. Lagi bagus kalau anak terus baring atas daun. Kalau anak taknak, boleh alaskan kain batik atas daun semambu yang dah letak atas tilam tu. Mandi air daun semambu juga.

 

4# Ada yang tumbuk daun semambu bersama kunyit hidup dan campurkan dengan bedak sejuk. Sapu serta lumurkan ke seluruh badan anak. Ini boleh mengelakkan miang gatal dan elakkan parut.

 

5# Minum dan mandi air kelapa yang fresh. air kelapa sangat berkesan untuk membuang bisa-bisa badan dan menyejukkan badan.

 

Kelapa Muda Ubat Demam Campak

 

BILA DEMAM KEBAH?

 

Pada hari keempat demam mula turun dan kira-kira pada hari kelima ruam mula timbul dari kepala turun ke tangan, badan dan kaki.

 

Enam atau tujuh hari selepas ruam campak keluar barulah ruam canpak yang halus dan bertompok-tompok merah mula menghilang.

 

 

KENAPA PERLU RAWATAN SEGERA?

  • Jika tiada sebarang rawatan diberikan ia boleh membawa maut. Maut boleh berlaku tiga atau empat hari selepas jangkitan paru-paru dan jangkitan ini boleh berlaku selepas ruam campak hilang.
  • Jika seminggu atau dua selepas campak sembuh, tiba-tiba si pesakit menunjukkan tanda-tanda sistem urat saraf terganggu. Malah ada juga kanak-kanak tidak sedarkan diri buat beberapa minggu atau kadangkala mengakibatkan lumpuh. Bagaimana 60 hingga 70 peratus daripada kanak-kanak yang diserang campak sembuh sementara 10 peratus lagi diserang komplikasi di samping demam campak.

 

BOLEHKAH DEMAM CAMPAK DICEGAH?

 

Boleh. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan imunisasi MMR (measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun. MMR adalah vaksin yang selamat. Sekiranya anda terdedah kepada pesakit demam campak, sila dapatkan nasihat doktor atau petugas kesihatan.

 

Di samping itu, dinasihatkan juga ibu bapa untuk memantau kesihatan anak-anak.

 

  • Beri anak minum susu 2 gelas sehari kerana ia akan membantu meningkatkan imunisasi badan dari penyakit dan virus. In shaa Alla, demam campak akan cepat sembuh dan kering

 

whatsapp-image-2017-01-26-at-15-10-19

 

dapatkan sampel percuma dari Arroushd Susu Kambing.

KLIK BAWAH

 

http://www.wasap.my/60196331455

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s