KANAK KANAK

RANGSANG LIMA DERIA SI KECIL

legoi

Assalamualaikum dan salam sejahtera serta selamat datang kepada pengunjung-pengunjung The Journey Of Arroushd 🙂

.

Oke, topik hari ini, berkaitan deria rasa sebab Hana telah berjaya mempraktikkannya dengan anak saya huhu.

.

Oke, sebelum Hana menceritakan mengenai pengalaman, rasanya elok Hana sharekan apa itu Deria rangsangan yang perlu anda tahu.

Sebenarnya, merangsang perkembangan anak-anak bukan sahaja tertumpu kepada fizikalnya sahaja. Kita sebagai mommy and daddy perlu sedar bahawa kanak-kanak sangat cepat belaja dan menyerap setiap perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Banyak yang ingin diterokai termasuk keindahan alam semulajadi.

Walaupun tidak pandai bercakap lagi, tapi bayi juga ada rasa bosan asyik duduk di dalam rumah sahaja. Apa kata mama dan papanya bawa si kecil meneroka perkara baru. Pasti seronok.

.

Dan inilah yang Hana teroka bersama anak Hana 🙂

.

Hana cuba bawa anak Hana menerokai dunia derianya sendiri iaitu 5 deria yang cuba Hana rangsangkan dan Alhamdulillah, berjaya 🙂

Oke, di sini Hana akan sharekan tentang deria-deria yang dirangsangkan itu.

DERIA SENTUHAN

touching-1

Terlalu banyak  yang boleh Hana explore bersama anak Hana rupanya dalam membantu rangsangan terhadap deria sentuhannya. Dimana, organ badan yang terlibat secara penuh adalah kulitnya. Kulit merupakan organ yang paling banyak dan paling luas meliputi seluruh tubuh badan kita.

Secara asasnya, kulit kita ada lima reseptor iaitu sakit, panas, sejuk, sentuh dan tekanan. Jadi, rangsangan yang baik adalah apabila melibatkan kelima-lima reseptor kulit tadi.

Bagaimana nak rangsang kulit ya?

.

Senang je. Hana cuba rangsang deria kulit anak Hana dengan mendedahkan kulitnya kepada pelbagai teksture di sekeliling rumah. Biar dia rasa semua jenis permukaan seperti :-

Keras dan lembut

Kering dan basah

Tajam dan tumpul

Panas dan sejuk

Halus dan kasar

Licin dan kesat

Anda di luar sana juga boleh mencubanya di rumah. Berikan anak anda sentuh dan rasa sendiri perbezaan tekstur benda-benda itu. Dan anda sebagai ibu, janganla asyik duduk skroll Facebook sahaja. Terangkan kepada anak anda apakah jenis permukaan yang dirasai oleh anak anda

“oh, ini halus…ini kasar…ini pula lembut…ini tajam”

.

Biar mereka rasa dan mengalami rasa tersebut. Biar mereka sendiri rasa melalui sentuhan di kulit mereka. Lihat riaksi mereka dan jika mereka memandang anda, beri respon senyuman dan beritahu permukaan itu apa.

Anda juga boleh guna bahan di dapur seperti beras. Jangan risau, beras ni, anda boleh basuh, jemur dan masak seperti biasa. Kalau anda sayang nak guna barang di dapur, anda boleh guna apa-apa sahaj di sekeliling yang anda rasa boleh membantu deria sentuh anak anda seperti :

[=] Cermin

[=] Kayu

[=] Daun

[=] kerusi

[=] Teddy bear

Untuk rangsang reseptor panas dan sejuk, Hana guna wap air dan ice cube.

Mula-mula, Hana akan kumpul 2 atau 3 ketul ais, masuk dalam mangkuk plastik. Kemudian letak di hadapan anak Hana. Memang lucu kalau tengok dia terkebil-kebil mata pandang kita, kemudian pandang objek depan matanya. Tangannya laju sahaja capai ice cube tu, tapi cepat-cepat tarik semula tangannya sejukkkk! Huhu….

.

Tapi, benar, sifat ingin tahu kanak-kanak sangat kuat. Bukan sekali dicuba pegang. Malah berkali-kali J jenuh jugak nak halang dia bila ice dah mula cair dan dia dah mula nak bawa ais masuk mulut huhu..

Yang panas ini, hana buat macamni, mula-mula hana pegang anak hana, bawa tangannya lalu di atas cawan yang berisi air panas. Air panas yang berwap tu J

.

Yang pasti, jangan biarkan anak anda celupkan tangannya ke dalam air yang panas tu. Aniaya namanya. Nanti dia nangis satu hal pula. Pegang tangan anak anda dan lalukan sahaja di kawasan berwap. Supaya dia boleh rasa panas tu. Dan kita juga sebutkan “ penas ni…panas..”

.

Jika anak anda tarik semula tangannya dari rasa panas dan sejuk tu, maksudnya rangsangan telah berlaku dengan baik. Anda juga boleh lakukan aktiviti lain untuk meningkatkan kecekapan deria sentuhan anak anda.

Antaranya :-

Cari beads dan furball dalam beras

Pijak rumput tanpa kasut/selipar

Golek-golek atas pasir pantai

Kejar dan tangkap bubbles

DERIA BAU

little child smelling spring flowers isolated on white

Oke, sekarang kita beralih pula kepada deria bau. Deria bau ni senang je. Gunakan apa sahaja benda yang ada bau seperti bunga, rempah ratus, buah-buahan,makanan dan sebagainya. Lilin yang beraroma juga sesuai digunakan. Tetapi, nerjati-hati jika anak anda mempunyai allergic terhadap debu. Elakkan dari bunga kerana takut berlaku masalah alahan. Kebiasaannya Hana menggunakan barang dapur.

DERIA RASA

deria rasa

Deria rasa pastinya menggunakan lidah. Lidah kita ada beribu-ribu taste buds yang mempunyai fungsi tersendiri yang membezakan rasa manis,masam,masin,pahit,tawar,pedas dan lain-lain. Untuk deria rasa ni, anda kena bijak sedikit. Anda boleh bermain dengan pelbagai jenis rasa. Tetapi untuk permulaan, anda berikan anak anda rasa yang mild-mild dan semulajadi. Contohnya :-

Rasa masam, anda boleh beri anak anda merasa sedikit buah limau kasturi atau oren, biar dia rasa sedikit dan lihat reaksinya. Kemudian sebutkan jenis rasa tersebut.

Rasa manis, anda boleh sediakan jus yang manis seperti honey due, jus laici, dan sebagainya

Rasa pahit, anda boleh cuba berikan mereka pucuk pegaga

Rasa masin, anda bancuhkan sedikit air garam.

Rasa pedas, anda boleh berikan sedikit wasabi untuk anak anda merasa pedas. Jangan lupa sediakan air untuk mengelakkan anak anda menangis secara berterusan.

DERIA PENDENGARAN

hearing_impaired

Bagi merangsang deria pendengaran, anda boleh memilih untuk beri anak anda explore instrument muzik seperti gitar, drum, piano dan wisel.

Selain itu, anda juga boleh melakukan secara semula jadi dengan cara, ajar mereka mendengar bunyi haiwan seperti cengkerik, kucing, katak. Bunyi alam seperti angin yang kuat, guruh, hujan, ombak, air terjun, sungai.

Selain itu, untuk aktiviti di rumah, anda juga boleh ajak anak anda bermain game. Game telinga karat.

Caranya begini jika anda tidak ingat.

Cuba bisikkan sesuatu ke telinga anak, dan suruh dia ulang balik apa yang anda bisikkan. Anda juga boleh buat game telinga karat ini.

Orang pertama bisik “mak masak ikan sembilang salai masak lemak cili api”

Nanti dah sampai orang yang ke lapan, :mak masak ikan salai, bapak makan mulut berapi

Selain itu, anda juga boleh ajak anak anda bercakap di balik pintu. Berbual tanpa nampak pergerakan mulut. Seorang duduk di dalam bilik dan seorang lagi duduk di luar bilik. Kalau anak anda boleh respon perbualan dengan baik, tiptoplah pendengaran anak anda tu J

Oke, Beralih pula kepada pengelihatan

DERIA PENGELIHATAN

124601448

Ok, untuk deria pengelihatan, tiada benda sangat nak diceritakan sebenarnya. Sebab, semua yang telah diceritakan sebelum ini memerlukan rangsangan mata untuk memberi tindakbalas riaksi bagi si kecil anda. Rangsangan pengelihatan tidak akan berlaku bila seseorang itu buta sahaja. Sebab itu mata sangat penting. Dan kita sebagai ibubapa, perlu bijak dalam “menjaga dan memelihara” mata anak-anak anda. Dedahkan kepada perkara-perkara elok sahaja.

Bila tengok drama-drama atau filem-filem sekarang, Ya Allah, bayangkan kalau anak kita tengok macam mana? Seks bebas, gangsterism, tumbuk-menumbuk, bunuh-membunuh. Sedar atau tidak, sebenarnya setiap apa yang anak anda lihat, dalam masa yang sama, mata mereka keep on sending message to their brain. Adakah mesej seperti itu yang kita nak mereka terapkan dalam otak mereka?

Walau kita tiada kuasa untuk stopkan “violance” melalui media elektronik ini, tidak semestinya kita tak mampu untuk mencegahnya dalam keluarga sendiri. At least, kita cuba dahulu elakkan. Selain itu, cuba tarik perhatian anak kita untuk minat terhadap sesuatu yang lebih berfaedah dan yang boleh mendorong anak kita ke syurga kelak. Ingat, deria mata adalah sangat berhubung kait dengan otak. Negatif yang dilihat, negatiflah otaknya nanti.

Untuk pengetahuan juga, deria pengelihatan berlaku dengan lebih baik terutamanya bila melibatkan warna, perbezaan bentuk dan jarak. Thats why, ramai yang beli TV besar, HD, 3D dan sebagainya untuk anak-anak mereka tengok cartoon kerana secara saintifiknya memang bagus. Mata terangsang dengan baik. Tapi, mesti control apa yang di tonton di TV. Pencahayaan, warna dan  teknologi yang baik tidak semestinya membawa mesej dan efek yang baik terhadap anak. Ibu bapa seperti kita yang perlu memantau anak-anak.

Setakat ini sahaj untuk entry kali ini. Hopefully ia dapat memberi manfaat terutama kepada ibubapa yang ada anak kecil seperti Hana. Ingat, usaha ke arah kebaikan takkan merugikan kita dan pasti akan dipermudahkan oleh Allah in shaa Allah.

Jangan lupa ya beri anak anda segelas Arroushd Susu Kambing sebagai minuman harian anak anda. Ia membantu merangsang perkembangan otak anak anda.

Sekarang masih dibuka OFFER FREE SAMPEL untuk semua.

Berminat?

KLIK BAWAH

www.wasap.my/60196331455

www.wasap.my/60196331455

www.wasap.my/60196331455

whatsapp-image-2017-01-26-at-15-10-19

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s