DOKTOR ANDA

JANGKITAN ROTAVIRUS BOLEH MEMBAWA MAUT JIKA TIDAK DIRAWAT

 

photolibrary_rm_photo_of_rotavirus

Assalamualaikum dan selamat datang kepada semua pengunjung Journey Of Arroushd 🙂

Oke, nak tahu, haritu, Hana bertandang ke rumah jiran. Kebetulan, masa tu anaknya kurang sihat. Asyik muntah-muntah dan cirit – birit. Kesian tengok. Bila ditanya kepada jiran, dy kene keracunan makanan ke? Tuan rumah jawab, dia terkena jangkitan rotavirus….

.

Kesian tengok anaknya…rasa macam anak sendiri pula yang kena. Jadi untuk mengelakkan ianya terjadi kepada anak sendiri, saya ingin kongsikan perkara ini kepada anda semua dan saya akan cuba usahakan untuk mencegah rotavirus ini dari menjangkiti anak saya.

.

Sedikit info mengenai rotavirus.

images

Rotavirus ini sebenarnya adalah sejenis  jangkitan virus yang paling kerap menyebabkan cirit-birit dan muntah dikalangan kanak-kanak. Jangkitan ini sering menjangkiti kanak-kanak berusia 5 tahun ke bawah.

Sistem pertahanan badan akan meningkat setiap kali dijangkiti rotavirus. Oleh itu, jangkitan pertama adalah lebih teruk daripada jangkitan kedua dan seterusnya.

 

BAGAIMANA JANGKITAN INI MEREBAK?

Rotavirus merebak melalui pemakanan, contohnya : najis yang mempunyai virus rotavirus dibersihkan dengan tidak sempurna. Rotavirus ini boleh merebak ke kawasan tangan jika tangan anda atau tangan si kecil menyentuh makanan atau tempat yang dijangkiti rotavirus.

Apabila tangan ini digunakan untuk makan, rotavirus masuk ke dalam usus kecil dan menyerang sel-sel di situ, sel-sel ini menyebabkan berlakunya cirit-birit dan muntah-muntah.

Rotavirus boleh berada selama 2 hari dalam usus kecil, sebelum tanda-tanda muntah dan cirit-birit semula.

baby dukung ayah

BERAPA LAMAKAH JANGKITAN ROTAVIRUS INI DIALAMI OLEH PESAKIT?

Selalunya, muntah dan cirit-birit akan berlarutan selama 4 ke 8 hari. Oleh kerana Rotavirus menyebabkan kekurangan enzim “lactase” yang memproses susu, jika pesakit minum susu, mungkin mereka akan muntah atau cirit-birit lagi. Jadi anda sangat-sangat di sarankan untuk memberi anak anda minum Arroushd Susu Kambing kerana ia sangat membantu anak-anak terutamanya yang mengalami masalah alahan lektosa.

 

APAKAH RAWATAN YANG BAGI JANGKITAN ROTAVIRUS?

Perlu diingatkan, tiada ubat bagi mengubati Rotavirus kerana antibiotik tidak memberi kesan kepada virus. Tetapi ada beberapa kaedah yang dapat dilakukan bagi mengurangkan simptom Rotavirus.

Apa yang boleh anda lakukan:

 

Pastikan kandungan air dalam badan mencukupi.

  • Amat penting sekali untuk ibubapa memastikan anak mempunyai kandungan air yang cukup, kerana kekurangan air dalam badan bayi/ kanak-kanak boleh menyebabkan KEMATIAN
  • Oleh itu, jika anak mengalami muntah/cirit-birit, pastikan anak-anak diberi ORS (garam hidrasi) yang dibancuh dengan air. Jangan campurkan benda lain seperti gula / ribena / jus dalam bancuhan ini.
  • Berikan air minuman secara sedikit-sedikit dan kerap seperti 50 ml setiap 15 minit. Ataupun suapkan 3-4 sudu air setiap 15 minit. Ianya memang sedikit meletihkan, tetapi percayalah, anak-anak akan terasa disayangi dan akan berusaha minum apabila ibubapa memberi perhatian yang kerap kepada mereka.
  • Berikan makanan yang mudah dihadam seperti bubur nasi dan biskut jika anak mahu. Pakar mendapati bahawa, pemberian makanan pejal awal dapat memepercepatkan kesembuhan cirit-birit
  • Teruskan dan tambahkan kekerapan penyusuan ibu. Susu ibu mempunyai antibodi serta kandungan air yang banyak bagi menggantikan kehilangan dalam badan. Pelukan ibu juga dapat meningkatkan rasa selesa anak-anak dan mempercepatkan penyembuhan.
  • Jika anak menyusu susu formula, boleh dihentikan untuk beberapa jam, dan berikan semula dalam jumlah yang sedikit demi sedikit.

 

BUATLAH REKOD TENTANG BERAPA BANYAK DAN BERAPA KALI ANAK MUNTAH/ BUANG AIR BESAR/ BUANG AIR KECIL

Catatkan juga berapa banyak makanan dan minuman yang diberi serta keadaan anak. Ini boleh membantu doktor dan ibubapa menilai tahap kesihatan anak.

 

SEKIRANYA MEMPUNYAI MESIN TIMBANG DI RUMAH, IBUBAPA BOLEH MENIMBANG ANAK-ANAK DALAM KEADAAN TANPA PAKAIAN SETIAP HARI

Berat badan yang berkurang melebihi 5 peratus dari berat badan asal menunjukkan kehilangan banyak air.

 

PASTIKAN PENJAGA MEMBASUH TANGAN DENGAN SEMPURNA MENGGUNAKAN SABUN DAN AIR SETIAP KALI SELEPAS MENUKAR LAMPIN

Pastikan juga tangan dibasuh dengan baik sebelum menyediakan makanan bagi mengelakkan terjangkit kepada ahli keluarga yang lain.

 

BAGAIMANA MENGETAHUI SAMA ADA ANAK SAYA CUKUP KANDUNGAN AIR?

Boleh lihat dari keadaan anak-anak:

 

Tiada Dehidrasi

Aktif, jumlah air kencing dan kekerapan macam biasa, air mata ada ketika menangis. Jika diberikan air, anak minum seperti biasa. Jika tapak tangan ditekan lembut, kulit kembali tegang dan merah seperti keadaan biasa.

 

Dehidrasi Sederhana

Merengek, bibir merekah, mulut kering, air kencing kurang banyak, 1-2 kali sehari, berwarna kuning pekat, mata cengkung ke dalam dari biasa, tiada atau sedikit air mata ketika menangis. Apabila diberikan air, anak minum segera seperti kehausan dan jika dicubit lembut, kulit kembali dalam keadaan asal dalam 2 saat.

 

Dehidrasi Teruk

Lembik, tidak mampu membuka mata atau melihat kembali, tidak kencing langsung dalam tempoh 24 jam, terbaring sepanjang masa dan tidak bermain, kaki dan tangan sangat sejuk, bernafas dengan laju, nadi lemah dan cepat, kulit kering dan berkedut, jika dicubit, kulit kembali ke keadaan asal lebih 2 saat.

 

BILAKAH ANAK PATUT DIBAWA KE HOSPITAL?

vaksin

 

Jika anak masih boleh makan/minum, tahap dehidrasi sedikit/sederhana, ada penjaga yang boleh memerhatikan keadaannya bolehlah diberi rawatan ORS dan pantauan di rumah.

Jumlah cecair ORS yang perlu diberikan : (Gunakan sudu atau picagari kecil)

  • Umur bayi 6 bulan ke bawah (30 hingga 90 ml setiap jam)
  • Umur 6 bulan hingga 1 tahun (90 hingga 120ml setiap jam)
  • Umur 1 tahun ke atas (120 hingga 240 ml setiap jam)

 

Bawa anak ke hospital jika :

  • Anak berumur 6 bulan ke bawah
  • Tahap dehidrasi teruk
  • Tidak dapat makan/minum langsung
  • Tiada penjaga yang dapat memantau keadaan di rumah
  • Terdapat darah dalam najis
  • Sakit perut bertambah kuat

 

Doktor perlu memastikan anak tersebut tidak mengalami intussusception (usus tersumbat) dan penyakit-penyakit lain yang lebih serius.

 

5 Makanan yang patut dielakkan semasa anak mengalami cirit-birit

 

1# Ubat-ubatan penahan muntah atau penahan cirit-birit

Kebanyakkan ubat penahan muntah atau cirit – birit mempunyai kesan sampingan yang teruk ke atas kanak-kanak.

Ubat metoclopramide (maxolon) misalnya ialah ubat penahan muntah yang boleh memberi kesan yang dipanggil “oculogyric crisis” di mana mata kanak-kanak memandang ke atas dan otot leher/muka menjadi tegang dan tidak boleh berpusing ke kiri atau ke kanan.

Ubatan seperti “phenergan” (promethazine) mempunyai risiko melemahkan pernafasan terutamanya untuk bayi berumur 2 tahun ke bawah. Oleh itu, elakkan mengambil ubat-ubatan begini dan teruskan dengan air dan ORS

 

2# Makanan berasaskan susu, kecuali yogurt

Oleh kerana enzim lactase yang memproses susu tidak dihasilkan oleh usus yang sakit, maka makanan berasaskan susu akan menyebabkan anak-anak lebih kerap muntah dan cirit-birit. Yogurt pula, walaupun berasal dari susu, mengandungi probiotic, bahan yang didapati dapat menyembuhkan cirit-birit dengan segera. Minuman seperti Vitagent / bliss dan sebagainya boleh diberikan sekiranya anak-anak mahu.

 

3# Jus Buah-buahan

Jus buah-buahan yang terlalu manis boleh menyebabkan cirit-birit menjadi teruk,makanan manis yang mengandungi sorbitol seperti gula-gula boleh  menyebabkan cirit birit bertambah teruk. Cairkan dahulu jus ini atau elakkan dari memberi anak-anak jus untuk sementara waktu

 

4# Minuman tinggi kafein seperti kopi atau nescafe

Minuman sebegini menggalakkan kehilangan air dari badan anak-anak, jadi berikanlah minuman lain

 

5# Vitamin C berkepekatan tinggi

Terdapat ibubapa yang memberikan anak-anak vitamin C apabila mereka sakit, dengan harapan agar cepat sembuh. Vitamin C jika diberi pada dos yang tinggi seperti 2000mg boleh menyebabkan cirit-birit. Justeru itu, berhati-hatilah apabila memberikan anak – anak vitamin C

 

CARA MENGELAKKAN JANGKITAN ROTAVIRUS

Oleh kerana Rotabirus merupakan jangkitan virus, tiada antibiotik dapat menyembuhkan jangkitan ini. Tetapi syukur alhamdulillah, terdapat vaksin bagi mengelakkan jangkitan rotavirus.

Ianya tidak perlu dicucuk, vaksin ini boleh dimakan dan digalakkan diberi ketika berusia 6 bulan ke bawah. Tetapi bagi anak yang berumur 6 bulan ke atas dan pernah dijangkiti rotavirus, sebenarnya anak tersebut telah menerima caksin semulajadi semasa dijangkiti rotavirus. Daya tahan tubuh badannya akan meningkat terhadap jangkitan rotavirus.

.

Sekarang sedang offer SAMPEL PERCUMA TAU 🙂

.

Apa lagi? jom dapatkan sampel percuma.

 

whatsapp “sampel Percuam” ke 019 633 1455

whatsapp “sampel Percuam” ke 019 633 1455

whatsapp “sampel Percuam” ke 019 633 1455

whatsapp-image-2017-01-26-at-15-10-19

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s