KANAK KANAK

BAGAIMANA SAYA BANGUNKAN ANAK SAYA AWAL TANPA PERLU DENGAR RENGEKAN DAN TAK PERLU STRESS??

Assalamualaikum dan selamat datang kepada semua pengunjung-pengunjung Journey Of Arroushd 🙂

.

Semoga anda semua sihat dan sejahtera.

.

Oke, topik pada kali ini, suka Hana nak sharekan kerana topik ini sangat penting terutamanya kepada ibubapa. Lagi-lagi ibubapa yang anaknya ada masalah bangunlewat. Jadi, harini Hana nak kongsikan sedikit teknik yang boleh kita sama-sama praktikkan untuk kebaikan bersama 🙂

.

Jom baca sama-sama 🙂

.

Dalam mendidik, prinsip yang saya pegang mudah sahaja. Manusia tidak boleh berubah secara mendadak. Tetapi, manusia senang berubah apabila perubahan itu kecil atau sedikit demi sedikit. betul tak? 🙂

.

Perubahan yang besar bukan sahaja sukar bahkan menyiksa jiwa. Oleh itu, jika nak bantu orang berubah, jangan harapkan perubahan yang mendadak. Kita juga yang penat. Kita hanya perlu susun stratergi, kemudian pastikan ada perubahan, dorong perubahan tersebut dan pastikan perubahan itu semakin berkembang.

.

Bagaimana dengan situasi mengejut anak bangun pagi? Apa yang saya buat dalam membantu anak saya umur 3 tahun dan seorang lagi 2 tahun untuk bangun pagi ceria dan tersenyum? Saya gunakan prinsip di atas. Saya percaya, tidak bolek kejut mereka sekaligus. Kalau saya kejutkan mereka sekaligus, pasti mereka akan mengamuk dan akhirnya saya juga yang stress. pasti anda juga begitu kan? biasalah nak kejut anak sedang membesar ini bukan seperti kejut orang dewasa kan 🙂

 

Saya tahu saya boleh bantu mereka untuk bangun. Tapi bukan sekaligus.saya perlu lakukan secara perlahan-lahan. Sehingga mereka juga tak sedar mereka sedang dikejutkan bangun pagi. Berdasarkan prinsip tersebut, saya laksanakan LAPAN STRATERGI seperti di bawah. Alhamdulillah berkesan pada anak saya. Saya juga sudah kurang stress di pagi hari.

 

Jom ikuti stratergi-stratergi berikut 🙂

1# MULA KEJUT MEREKA LEBIH AWAL

 

Dahulu, jika saya mahu mereka bangun pada pukul 7.30 pagi, saya akan kejutkan mereka lewat sama ada jam 7.28 atau 7.29 pagi. Kesannya, padan muka sendiri. Mengamuklah mereka.

.

Namun, saya lakukan sedikit perubahan dala teknik mengejut anak ini. Jika saya mahu mereka bangun 7.30 pagi, maka 1 jam atau 30 minit sebelum itu saya sudah mula menyebut-nyebut nama mereka. Tidak mengapa saya mengorbankan 1 jam atau 30 minit awal, berbanding saya terpaksa mengorbankan 1 jam selepas itu hanya untuk memujuk mereka. Masa saya habis. Hati pun stress.

 

Jadi baik saya mulakan awal dengan menyebut-nyebut nama mereka. Sambil sebut, kita tetap boleh jalankan kerja lain. Gosok baju ke, lipat baju ke, sidai kain ke, masak cekodok ke…macam-macam lagi. Jadi, perbuatan mengejut mereka menjadi acara sambilan. Sambil menyanyi pun boleh. Kita tak perlu risau pun sebab kita bukan nak kejut mereka sekarang. Kita nak dia bangun lagi 30 min.maka ini permulaan sebelum bangun

 

2# PENCAHAYAAN DALAM BILIK DINAIKKAN SEDIKIT DEMI SEDIKIT

 

Anak kami tidur di master bedroom. Mereka belum di ajar untuk tidur di bilik sendiri. Jadi kami menyalakan lampu bermula dari lampu dapur. Dapur paling jauh, jadi cahayanya malap bila masuk ke bilik kami. Kemudian nyalakan lampu ruang tamu. Ini menjadikan master bedroom semakin terang. Kemudian akhir sekali barulah dinyalakan lampu bilik tersebut. Lampu bilik dinyalakan hanya apabila mata anak kami telah terbuka agak lama. Dalam 5-10 minit selepas mereka terjaga. Selagi matanya tertutup, selagi itu, guna pencahayaan dari luar.

 

3# TIDAK MENGGUNAKAN PERKATAAN BANGUN

 

Perkataan bangun sudah lali dalam telinga kita buka? Saya sendiri pun tak suka dengar perkataan bangun semasa dikejutkan. Contoh “umar bangun…umar bangun…: Kalau saya tak guna perkataan ini, saya gunakan apa?

 

Saya akan pilih perkataan aktif yang lain seperti gerakkan, goyangkan buka dan tutup, angkat dan turun, duduk dan sandar.

Jadi daya bermula dengan ayat begini… “umar…oo umar…pusingkan badan tu” ini jika saya dapati si kecil tidur menelangkup. Sambil sebut sambil bantu pusingkan badannya sekali. Jangan harapkan dia bergerak sendiri. Bahkan saya mesti membantu dia bergerak.

Contoh lagi “umar goyangkan kaki kanak”. Sambil sebut sambil saya goyangkan kaki kanannya. Saya juga suka buat kiraan. Sambil goyang kaki, kiralah satu, dua ,tiga empat…sepuluh. ala… macam senaman aerobik tu. Bukan susah pun. Sambil kira sambil nyanyi. Oke tukar kaki kiri pula. Satu, dua, tiga…sepuluh

 

 

4# Selepas gerakan kaki, saya beralih ke tangan pula

 

Saya minta mereka berdua genggam tangan pula. “sofea, genggam tangan macam ni. Oke, buka, tutup, buka tutup. Jom kira satu, dua tiga…sepuluh. oke tangan kiri pula”   setiap pergerakan mereka tidak dibuat sendiri. Saya sendiri akan bantu. Mereka si kecil hanya merelakan apa yang saya lakukan. Dalam pada itu, saya iringi dengan kata-kata pujian. Bagus, good, wow, awesome. Oke buat lagi

 

Waktu ini, mereka sebenarnya sudah separa bangun. Bagaimana nak tahu…lepaskan mereka sebentar sambil beri arahan. Angkat kaki contohnya. Biasanya saya akan bantu mengangkat kaki mereka rapat ke perutnya. Selepas saya bantu beberapa kali, saya uji tahap kesedarannya. Saya kata, “ok, sekarang buat  sendiri pula. Angkat kaki kanan, mula satu, dua, tiga….sepuluh. apabila mereka mula menunjukkan pergerakkan sendiri, saya terus kata, wah…bagus…teruskan…good boy, good girl

 

Beralih ke mata. “umar buka mata, tutup balik. Bagus (puji terus kalau lihat matanya ada pergerakan) buka mata lagi, tutup balik. Bagus. Kenapa saya suruh tutp balik? Ideanya kita jangan buat sekaligus. Kita buat sikit-sikit. Mahu dia buka mata terus, mesti bermula dengan buka mata sedikit. Kita buat sikit-sikit. Mahu dia buka mata terus, mesti bermula dengan buka mata sedikit. Mahu mereka buka mata lama, mesti bermula dengan buka mata sekejap.

 

Itulah yang saya ulangkan 2 atau 3 kali. Sehingga saya lihat mata mereka sudah buka sepet-sepet, walaupun tak buka penuh. Macam biasa, saya mukana dengan pegang kelopak mata mereka dahulu, selepas beberapa kali barulah saya suruh mereka buat sendiri.

5# DARI BARING, SAYA MINTA MEREKA DUDUK PULA

 

Saya kira perkataan duduk lebih ‘POWER’ berbanding bangun. Duduk ini jelas dapat dibayangkan. Tapi kalau bangun ia macam kabur. Persoalannya bangun yang bagaimana? Berdiri ke apa ni? Drastik betul. Dari tidur mahu bangun terus? Bukankah sukar? Kacau betullah..ini perkataan yang biasa bermain dalam kepada saya bila dikejutkan dengan perkataan bangun. Tak tahulah Tuan/Puan bagaimana.

 

Satu lagi duduk adalah fisiologi orang yang sudah bangun, bukan fisiologi orang tidur. Memang ada orang tertidur sambil duduk. Namun perubahan paling dekat sebelum berdiri adalah duduk. Perasan atau tidak, saya sebenarnyak banyak bantu anak saya bangun bermula dari merubah fisiologi sedikit demi sedikit. Dari pusing badan, goyang kaki, goyang tangan, genggam tangan, buka mata, duduk dan akhirnya terus aktif!

 

Alhamdulillah, teknik ini nampaknya mudah dan berkesan.selalunya bila mereka dah duduk, bukaan mata mereka semakin luas, mulut pun sudah mula tersenyum. Terus saya cakap “Assalamualaikum….selamat pagi…mari peluk ayah..”

 

Melompat mereka bangun berebut nak peluk ayah. Bila begitu, itu tandanya mereka dah bangun 90%. Saya pun main golek-golek ata katil bersama mereka. Geletek, gelak ketawa sama-sama sampai masanya untuk buka lampu bilik master bedroom.

 

Akhir sekali saya baca doa bangun tidur bersama-sama mereka. Kesemua langkah ini saya lakukan sedikit demi sedikit dan rata-ratanya memakan masa tidak sampai 30 minit pun. Jika dah biasa buat 15 minit pun jadi. Bunyi macam lama kan? Namun, seronok dan puas. Mungkin akan ada orang kata, kalai begitu baik tak payah. Makan masa yang lama juga. Pada saya tidak mengapa lama pun. Ini merupakan pelaburan masa dan kualiti bersama anak-anak.

 

Jika mahu dikejutkan awal, bermulalah awal. Itu sahaja. Jika tidak, kita boleh teruskan stres, marah dan lihat anak-anak meronta-ronta bangun pagi.

.

kemudian saya akan pastikan anak-anak saya minum segelas Arorushd Susu Kambing semasa bersarapan kerana ia membantu dalam tumbesaran anak-anak 🙂

.

anda nak juga beri anak anda Arorushd Susu Kambing? nak tahu, sekarang Arroushd Susu Kambing ada offer sampel percuma .

 

whatsapp-image-2017-01-26-at-15-10-19

click bawah

http://www.wasap.my/60196331455

http://www.wasap.my/60196331455

http://www.wasap.my/60196331455

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s