DOKTOR ANDA

PENTINGNYA TAHU JANGKA HAYAT BOTOL SUSU ANAK ANDA

plastic-recycle-symbols-chart-check-if-safe

 

 

Tengah bancuh susu anak, entah kenapa tiba-tiba teringat,

 

“ Eh, berapa lama eh boleh tahan satu botol susu ni…takkan pakai lama-lama?

 

Pernah tak terfikir benda yang sama?

Apa efek bahaya guna botol susu terlampau lama kepada anak-anak?

Tahu tak?

Rupanya bahaya tau guna botol susu yang dah lebih 3 bulan. Tambah lagi yang banyak calar balar kat bahagian dalam botol tu. Calar balar tu akan keluarkan toksid dan akan membahayakan kesihatan anak kita. Cuma kalau yang botol BPA Free tu paling maksimum pun 6 bulan je tahan.

 

Sebelum ini, saya tidak pernah tahu sebenarnya botol susu anak ada jangka hayat yang tertentu. Sebelum ini, saya guna botol susu sehingga kelihatan kabur dalam jangkaan setahun. Lamanya? Saya guna banyak botol, sentiasa bertukar-tukar tapi yang lama masih digunakan..

 

Di pasaran terdapat botol susu yang mengandungi BPA dan free BPA

 

Apa itu BPA?

BPA ni sebenarnya singkatan daripada Bisphenol A. Bisphenol A ini adalah bahan kimia industri ditambah ke dalam botol susu polikarbonat anak-anak kita. Kenapa? Kerana untuk mendapatkan botol lebih keras dan kelihatan cantik lutsinar, polikarbonat pula sejenis plastik diproses untuk membuat botol-botol susu.

Bisfenol A (BPA) ni bahaya terhadap keluarga kita (bayi terutamanya)

 

BPA adalah sejenis bahan kimia yang terdapat dalam plasik polikarbonat dan resin epoksi. Plastik polikarbonat yang jernih dan tahan lasak ini digunakan dalam pelbagai produk pengguna antaranya botol susu bayi, botol air mineral, bekas makanan dan juga dalam teether bayi

Resin epoksi pula digunakan untuk menyaluti lapisan dalam hampir semua makanan dan minuman dalam tin

 

 

Kenapa botol yang mengandungi BPA bahaya untuk anak-anak?

 

Apabila kita masukkan air panas ke dalam botol, BPA akan bertindakbalas dan meresap masuk ke dalam susu anak-anak kita, ini akan menyebabkan gangguan sistem hormon.

 

Di antara label yang ada dibawah botol jika ia ada BPA :-

 

bpa-3

KESAN BPA KEPADA MANUSIA

Bisfenol A (BPA) ni bahaya terhadap keluarga kita (bayi terutamanya)

 

BPA adalah sejenis bahan kimia yang terdapat dalam plasik polikarbonat dan resin epoksi. Plastik polikarbonat yang jernih dan tahan lasak ini digunakan dalam pelbagai produk pengguna antaranya botol susu bayi, botol air mineral, bekas makanan dan juga dalam teether bayi

Resin epoksi pula digunakan untuk menyaluti lapisan dalam hampir semua makanan dan minuman dalam tin

 

 

 

JANGKA HAYAT SUSU BOTOL :-

 

Jika botol susu yang ada BPA, jangka hayatnya 3 ke 6 bulan, manakala free BPA jangka hayatnya lebih panjang

 

Faktor botol anak perlu di tukar segera :-

 

Kesan Calar Pada Botol :

 

Kesan calar dalam botol anak juga perlu diperhatikan, jika mempunyai banyak kesan calar, kita wajib tukar botol anak tau sebab dah ada defect, bila dah ada defect mungkin botol itu tidak selamat di gunakan sebab ada pembebasan toksik atau chemical. Jadi….apalagi? jom cek botol susu anak kita J

 

STERILIZED :

 

Sebenarnya penggunaan sterilized ini sebenarnya mengurangkan jangka hayat botol, contohnya jika botol boleh digunakan 6 bulan, mungkin boleh guna 4 bulan. Salah satu sebab lain kerana ia melibatkan haba yang tinggi.

 

WARNA BOTOL :

 

Jika botol anak anda kelihatan kekuningan, warnanya sangat berbeza berbanding di awal kita beli dulu dan dah pudar, wajib tukar botol.

 

BAU :

 

Jika botol sudah berbau tak best walaupun dah basuh, juga perlu ditukar baru ye ibu-ibu. Contoh bila kita bau botol ni, rasanya sampai buat kita rasa pening dan loya. Haa…kesian kat anak kita.

 

PENGGUNAAN SABUN :

 

Jenis cucian juga perlu diambil kira. Kenapa? Cucian sabun sebenarnya juga mempunyai chemical kecuali cucian yang berasal dari organik.

 

TIPS MENGELAKKAN BPA

 

Anda mungkin sukar untuk mengelakkan secara mutlak penggunaan produk yang mengandungi BPA ini, tetapi anda dapat mengurangkannya dengan mengambil langkah-langkah berikut :

 

[=] Jangan panaskan makanan atau minuman dalam plastik polikarbonat sama ada menggunakan ketuhar gelombang mikro atau pun direbus

[=] Kurangkan pengambilan makanan dalam tin, pilih yang segar atau sejuk beku. Jika mahu yang segera, pilih yang dalam botol kaca. Seboleh mungkin, gunakan bekas makanan atau daripada porselin, kaca atau keluli tahan karat terutamanya untuk makanan atau minuman panas

 

[=] berikan permainan yang selamat untuk anak anda. Lihat kod plastik di bawah permainan. Kod 7 adalah polikarbonat (elakkan juga kod 3 kerana ia mengandungi toksin)

[=] Jika mahu membungkus sup atau air panas dari penjual makanan, bawa bekas makanan atau minuman anda sendiri. Jangan gunakan plastik.

[=] jangan biarkan air botol mineral terjemur di dalam kereta kemudian anda minum.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s