KANAK KANAK

6 KESILAPAN DALAM CUCIAN BOTOL SUSU

Assalamualaikum dan selamat datang kepada semua pengunjung-pengunjung the journey of Arroushd 🙂

.

oke, topik hari ini ada berkaitan dengan botol susu memandangkan bila kita sebagai mommy kan kita akan sentiasa beri anak kita botol susu atau standby kan botol susu anak bila kita di rumah atau ketika kita dalam perjalanan jauh.

.

di sini, Hana nak sharekan sedikit pengalaman Hana, dulu sebab asyik terfikir kenapa botol susu ni buruk je warna dia..tak macam masa mula-mula beli.

selain itu, Hana perasan kadang-kadang botol susu anak Hana ni kadang-kadang akan timbul mendakan susu. walaupun dah cuci banyak kali pun, ia akan tetap tak tangga.

.

lama punya lama mencari solusi dan membaca artikel, maka inilah hasil yang Hana jumpa dalam artikel 🙂

,

Jom baca bersama-sama 🙂

.

botol-susu

sedarkah anda, kita sebenarnya kita mungkin terlepas pandang terhadap kebersihan bekas makanan anak kita seperti botol susu, mangkuk makanannya, tempat makannya dan sebagainya. dan mungkin ini akan menjadi asbab mengapa anak kita selalu dijangkiti bakteria.. jadi di sini, Hana akan sharekan tentang kesalahan-kesalahan kita semasa membasuh botol susu.

1. Kesilapan membasuh botol 1 : Tidak Membasuh Botol Dengan Segera

Selepas menggunakan botol susu,kita tidak terus membasuhnya. Sesetengah dari kita, setelah anak minum susu kita hanya biarkan sehingga anak kita ingin minum susu seterusnya. Bila kita biarkan dalam jangka masa yang panjang, susu yang basi akan melekat di botol.

  1. Kesilapan Membasuh Botol 2 : Tidak Membuka Bahagian-Bahagaian Botol Susu

Ramai yang mengabaikan membuka setiap bahagian yan boleh dibuka ketika ingin membasuhnya. Ada sesetengahnya kerana hanya ingin membilas sebab tadi dah basuh, jadi basuh tanpa buka puting contohnya. Bila kita tidak membuka semua tempat yang boleh kita buka, mungkin susu-susu basi masih terlekat tanpa kita sedari dan dengan susu basi tersebut kita tambah dengan susu baru. Ini akan menyebarkan kuman pada bayi kita.

  1. Kesilapan Membasuh Botol 3 : Tidak Basuh Menggunakan Air Panas

Kadang-kadang ramai saja yang abaikan, basuh botol yang baru dibeli dengan air paip biasa dan tanpa menggunakan air panas

  1. Kesilapan Membasuh Botol 4 : Menggunakan Sabun Yang Tidak Sesuai

Penggunaan sabun juga amat perlu diambil berat, supaya botol anak kita tidak melekat bahan-bahan kimia yang merbahaya pada bayi

  1. Kesilapan Membasuh Botol Susu 5 : Tidak Membasuh Sinki

Ada sesetengahnya, hanya biarkan sahaja barang-barang dalam sinki contohnya pinggan mangkuk tanpa dicuci dan seterusnya membasuh botol susu anak. Ini mungkin akan dijangkiti bakteria dan kuman daripada barang-barang terbiar tersebut.

  1. Kesilapan Membasuh Botol 6 : Botol Yang Basah

Ketika botol masih basah, dan tanpa pengering atau lap botol sehingga kering, kita sudah menggunakannya. Hal ini untuk menghalang air mentah atau air paip yang melekat dibotol tadi termasuk dalam susu yang kita bancuh.

BAGAIMANA LANGKAH-LANGKAH YANG BETUL MEMBASUH BOTOL SUSU ANAK

  1. Basuh Botol Segera Selepas Digunakan
  • Mencegah susu basi bercampur di dalam botol
  • Basuh botol guna air panas untuk lebih efektif
  1. Kumpul Bahan-Bahan Untuk Mencuci
  • Semasa membasuh botol, menggunakan barang yang tepa amat membantu proses membasuh dengan baik

Apa yang kita perlu ketika membasuh botol ialah :-

  • Pemberus botol besar dan kecil, ini untuk membantu kita mencuci bahagian-bahagian yang kecil dengan mudah dan bersih
  • Cairan atau sabun pencuci yang sesuai dan tidak mengandungi bahan kinia dan tidak meninggalkan sisa-sisa sabun di dalam botol.
  1. Bersihkan Sinki Terlebih Dahulu
  • Sebelum kita mencuci botol susu, harus kita cuci sinki terlebih dahulu. Jangan mencuci botol susu jika terdapat banyak pinggan mangkuk dan sisa-sisa di dalam sinki. Ini kerana potensi bakteria dan kuman masuk ke dalam botol adalah tinggi. Boleh juga kita tuang air panas selepas mencuci sinki.
  1. Buka Bahagian-Bahagian Botol
  • Sebelum memulakan basuhan, kita perlu membuka setiap bahagian yang boleh kita asingkan. Botol, puting, tepat puting, tudung dan ada sesetengah botol susu boleh buka penutup bawah botol tu. Sila buka juga. Jika kita tidak membuka setiap bahagian itu, di khuatiri susu basi masih melekat dan tumbuhnya bakteri.
  • Seterusnya, bolehlah kita masukkan kedalam air sabun panas dan mencucinya dengan pencuci dan pemberus yang sesuai
  1. Menstrilkan Botol
  • Ada sesetengah pendapat, botol susu anak tidak perlu di stril kerap kali atau setiap kali penggunaab. Menurut Akademi Pediatrik Amerika (The American Academy of Pediatrics), mencuci botol dengan air sabun yang hangat cukup efektif untuk membersihkannya-selama air terseebut selamat untuk di minum. Namun demikian, mensterilkan botol baru sebelum digunakan untuk pertama kali, dan mensterilkan botol yang telah dicuci dengan air secara benar setiap kali selesai digunakan adalah penting.
  1. Biarkan Botol Betul-Betul Kering
  • Pastikan kita keringkan botol-botol di tempat yang baik dan tidak lembap kerana jika ada yang lembap ini akan membantu bakteria mungkin. Sebelum menggunakan juga pastikan botol itu kering ya.
  1. Cuci Tangan
  • Selepas mencuci botol, kita perlu mencuci tangan kita dan selepas membancuh susu juga perlu iaitu sebelum kita memberi susu dengan botol tersebut.

oke, sampai di sini dahulu perkongsian Hana kali ini, kita berjumpa di lain masa. stay tune dan Assalamualaikum 🙂

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s