KANAK KANAK

GILAP BAKAT ANAK DARI KECIL

Assalamualaikum dan selamat datang kepada pengunjung baru Journey of Arroushd ini.

Oke, hari ini, Hana nak ajak semua pengunjung bersama-sama Hana untuk membincangkan mengenai tajuk ini. Iaitu menggilap bakat anak. Ia mungkin sesuatu yang remeh, dan mungkin sesuatu yang awal bagi anak anda.

Tetapi, pernah tak anda terfikir. Anak kita ni sebenarnya sangat unik. Secara umumnya setiap orang mempunyai keistimewaan masing-masing. Jadi kita sebagai ibubapa, jangan dipandang sangat tentang kelemahan anak kita. Tapi, fokuskan kepada apa yang diminati oleh anak kita sebenarnya.

whatsapp-image-2016-10-19-at-10-44-45

Telah menjadi tugas ibu bapa dalam membantu membentuk bakat semulajadi anak, jadi barulah mereka boleh berjaya dan melalui pengalaman baik dalam hidup.

Untuk mendidik kekuatan individu anak anda yang unik, ada beberapa perkara yang perlu anda perhatikan. Di sini saya akan selitkan beberapa cerita dahulu sebelum saya sharekan beberapa perkara yang perlu ditumpukan untuk kita kenalpasti kelebihan dan keunikan anak kita.

Dahulu, Maklang Hana selalu ceritakan apa dia buat untuk melihat bakat anaknya.

Nak tahu apa dia buat?

Maklang saya ini seorang kulinari. Jadi dia akan pergi kerja awal pagi dan balik sama ada petang atau malam, bergantung kepada jadual tugasannya.  Anaknya dijaga secara bergilir dengan suaminya dan dibantu oleh nenek mereka. Kadang-kadang, saya juga suka pergi bertandang ke rumah maklang saya sebab nenek ada di sana.

Walaupun Maklang dan suaminya sibuk dengan tugasan harian dan karier, tetapi mereka tidak melupakan tanggungjawab terhadap keluarga. malah, mereka sangan kreatif dalam mendidik anak.

Satu hari, Maklang saya pulang, bawa hadiah untuk anak-anaknya. Anaknya ada 4 orang dan semuanya lelaki. Jadi, Maklang beri sorang satu mini kabinet. Sorang satu dapat. Jadi Maklang bagitahu, nanti setiap kali dah main, simpan barang dalam tu ye.

Semua menuruti. Sampailah berbulan-bulan. Satu hari, masa hari raya kan, Maklang kumpulkan anak-anaknya dan melihat barang-barang yang disimpan oleh anaknya. Ada yang simpan barang mainan seperti kereta, ada yang simpan pensil banyak, ada yang simpan wayar-wayar, mentol lampu, dan sebagainya. Maklang senyum je.

Dulu memang saya tak faham satu pun. Pelik lagi adalah. Sebab Maklang saya tak marah pun anaknya kumpul barang-barang tersebut. Malah Maklang pesan, simpan baik-baik.

Tahun demi tahun, maklang membesarkan anaknya dan setiap orang mengikut haluan masing-masing. Ada yang jadi engineer, ada yang ikut Maklang jadi kulineri dan ada yang menjadi doktor.

Satu hari, maklang buka cerita mengenai ajar anak dan asah bakat anak. Maklang  kumpulkan balik barang anaknya dan tunjuk pada saya. Lalu dia berkata. “dari sini, maklang tahu apa minat anak-anak maklang dan akhirnya mereka menjadi seperti apa yang mereka gambarkan dari mula”

Lalu, fahamlah saya, salah satu cara nak korek bakat anak adalah melalui permainan anak. Lihat anak cenderung kepada apa. Dari situ kita boleh nilai anak kita jenis kreatif, berseni, atau jenis ikut logik akal? Dan dari situ, asahlah bakat anak supaya mereka tahu apa yang mereka nak dan apa yang mereka akan capai nanti. Dorong mereka, jangan halang minat mereka.

Jadi, di sini, Hana nak sharekan beberapa tips untuk perkongsian bersama.

  1. Jangan tengok pada ‘masalah’ dan cuba ‘membetulkannya’ tak kira sama ada dirumah atau pun di sekolah. Kita biasanya akan fokus kepada apa kesilapan yang disebut oleh anak.

Tidak semua orang boleh menjadi bagus dalam semua perkara, jadi lebih awal anda kenal pasti kelebihan anak, lebih bagus kerana ia akan memudahkan anda memahami faktor menarik semulajadi anak anda supaya mudah untuk anda membimbing mereka berdasarkan minat mereka.

  1. Fokus kepada aktiviti anak yang paling digemari. Ini boleh dikenalpasti melalui permainan yang anak anda selalu main atau sayang. Seperti Maklang, dia akan perhatikan minat anaknya melalui barang yang disimpan didalam kotak hadiah yang diberikan kepada setiap anaknya.

Selain itu, contohnya, jika dia gemar bermain permainan lego, maka anda boleh memintanya membina objek yang pelik dan sukar. Tapi jangan memberi tanggapan yang tinggi terhadap anak. Fahami tentang proses belajar. Dengan cara ini, anda akan membantu anak anda menjadi lebih kreatif kerana otaknya berfikir dan ototnya aktif bekerja.

  1. Bina rangkaian “rakan kongsi”. Bukan hanya anda berdua sahaja yang ditemui oleh anak anda setiap hari. Malah mereka mungkin akan berjumpa dengan adik-beradik, datu dan nenek, saudara-mara, pengasuh dan orang-orang terdekat dengan mereka. Bina rangkaian dengan mereka agar mereka dapat membantu mengesan bakat yang dimiliki oleh anak. Dengan cara ini, ia membantu anda untuk mengesan bakat yang dimiliki oleh anak anda kerana, mungkin orang lain dapat memerhatikan beberapa aspek dan kerektor anak yang mungkin ibubapa terlepas pandang. Seterusnya anda dapat memberi fokus kepada apa yang diminati oleh anak anda.
  1. Beri perhatian tanpa sempadan. Perhatikan beberapa permintaan anak terhadap perhatian ibu bapa kepada apa yang mereka lakukan. Anak-anak Cuma mahukan perhatian dari ibubapa untuk membesar dengan lebih berkeyakinan.

Bagaimana untuk memberi keyakinan kepada anak? Elakkan dari memarahi atas kesilapan kali pertama mereka. Nasihatkan dengan tegas dan beri kata-kata semangat agar mereka lebih yakin untuk membetulkan kesilapan mereka. Selain itu, kata-kata ibubapa merupakan salah satu perangsang semangat positif kepada anak. Kerana itu, kita sebagai ibubapa dinasihatkan supaya  sabar dan sentiasa positif dalam melayani kerenah anak.

  1. Biasakan beri masa menunggu jawapan daripada anak. Gandakan masa anda menunggu apa yang anak fikirkan tentang sesuatu soalan. Apabila anda mula melatih diri untuk lebih mendengar apa yang ingin disampaikan oleh anak, dan mengesan apa yang mereka inginkan, maka komunikasi dua hala antara anda dan anak anda akan menjadi lebih lancar. Selain itu, ia akan mengeratkan hubungan diantara anda dan anak anda.
  1. Jangan harap perubahan sekelip mata. Matlamat sebagai ibubapa adalah untuk memastikan anak-anak hidup dengan bahagia dan gembira serta mencapai sesuatu yang boleh dibanggakan. Jika anda sedang dalam proses mengubah tabiat anak-anak kepada yang lebih positif, elakkan menjangka ia berlaku dalam sekelip mata. Ia memerlukan masa dan ibubapa, jangan cepat berputus asa.

Alhamdulillah, setakat ini sahaja yang boleh Hana kongsikan. In Shaa Allah, di lain masa, kita akan kongsikan lebih lagi mengenai tips dan panduan ibubapa dan anak-anak.

Jangan lupa, dalam asyik membimbing anak, berikan juga mereka makanan yang seimbang dan jangan lupa, sediakan segelas Arroushd Susu Kambing di waktu pagi dan di waktu malam sebelum tidur.

Sekian dulu, Assalamualaikum. 🙂

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s