KANAK KANAK

TANTRUM ANAK, PUNCA DAN CARA MENGATASI

Assalamualaikum dan selamat datang kepada semua pengunjung-pengunjung Blog The Journey of Arroushd  🙂

 

Pernah tak rakan-rakan mommies semua mengalami keadaan dimana anak kita menangis, mengamuk, menjerit tiba-tiba lepas tu lama betul. Kan?

 

Pernah tau, satu hari ni. Sebenarnya dah biasa dah anak saya ni menangis panjang dan lama. Tapi agak sukar lah bila masalah ini berlarutan dan akan timbul seminggu dua kan. Ia akan mengganggu emosi kita sendiri.

 

Kadang-kadang ia akan berlaku jika anda berada di SHOPPING, atau kedai runcit…ini memang tempat hotspot bagi anak-anak. Terutamanya anak-anak kecil. Mana taknya. Dekat kedai runcit, benda pertama dia boleh nampak adalah GULA-GULA atau PERMAINAN.

 

Maka, akan keluarlah suatu suara..”mama..nak mainan..” dan kalau tidak di tunaikan, mula lah akan ada tantrum ini…di sebabkan taknak berlarutan panjang, maka, saya turuti sahaja kemahuannya.

 

Sampailah, satu hari ni, saya menziarahi seorang rakan saya ni. Anak dia masa tu dalam usia 3 tahun begitu. Masa tu dia sangat marah. Entah apa yang menyebabkan dia marah. Berguling-guling, menendang, serta berteriak.

 

Yang mengherankan saya adalah rakan saya ini, santai dan bersahaja. Siap bawa saya minum di luar rumah. Anaknya dibiarkan.

 

Jadi, saya cuba tanya rakan saya.mengapa dia biarkan sahaja? Biasa saya akan pujuk dia sampai reda. Pelan-pelan rakan saya berkata. Itulah namanya tantrum…

 

Tak lama kemudian anaknya diam dengan sendiri. Senangnye! Mana taknya, lihat maknya tiada, terus dia diam. Mungkin tercari-cari mana maknya. Rakan saya senyum sahaja melihat saya.

.

Lalu dia bercerita. Katanya tantrum ini terjadi bila ibubapa, atau sesiap sahaja orang terdekat dengannya tidak menuruti kemahuannya. Mereka akan mula mengamuk. Mereka akan mengamuk sampai mereka dapat apa yang mereka nak.

 

Sebenarnya, pada usia kanak-kanak, perilaku tantrum merupakan perilaku yang wajar dipamerkan oleh anak-anak. Tetapi, ibubapa harus berhati-hati apabila keadaan tersebut berterusan sehingga anak menginjak usia sekolah atau usia 6-12 tahun. Kerana, bila tantrum masih terlihat sampai usia tersebut, ada kemungkinan, anak mengalami masalah jiwa yang disebut Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD). Sebaiknya, apa yang seharusnya dilakukan oleh ibubapa?

 

Jadi, untuk mengatasi masalah perilaku tantrum anak ini, terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan, dan ia patut dipelajari terhadap situasi yang sedang dialami oleh si anak.

 

[=] BERTENANG

 

Pertama-tamanya, anda sendiri harus bertenang. Waktu ini handa perlu tenangkan diri, kerana, jika anak mula mengamuk, ibubapa, jangan ikut mengamuk atau memarahinya. Takut nanti, kalau kita marah, nanti kuat dia menangis. Lagi teruk amukan dia.

 

Cuba buat muka relax sahaja. Tentu nanti anak yang mengamuk akan berfikir sendiri dan berkata dalam hati, “Eh, takkan mak tak marah pulak ni…”. ini namanya reverse psychology

 

[=] CUBA  PUJUK

 

Usaha dahulu memujuk dengan cara yang baik. Pegang atau dukung dengan lembut dan mesra. Itu petanda anda bersedia untuk bekerjasama dan mendengar segala masalah yang sedang dihadapi oleh anak anda.

 

Korek rahsianua. Tanyakan kenapa dia marah. Anak sangat suka bila ada orang beri perhatian. Jika dia mengamuk, itu tandanya dia mahukan perhatian!

 

[=] ALIHKAN FOKUS ANAK

 

Andaikata masa kita pergi ke hypermarket atau kemana-mana kedai, contohnya seperti Giant atau Tesco dan anak kita sudah menunjukkan tanda-tanda dia menginginkan sesuatu. Lebih-lebih lagi bende tu mengarut. Bila kita tak penuhi hajatnya, dan mencetuskan tantrumnya,

 

Apa nak buat???

 

Cepat-cepat alihkan perhatiannya. Fokuskan pada perkara yang lain. Pujuk akan ambil masa. Bawa dia ke bahagian lain tapi jangan alihkan fokus dengan memberi smart fon anda kepada mereka. Sangat berbahaya.

 

[=] SISTEM GANJARAN (REWARD SISTEM)

 

Jika anak mula mengamuk, berikan dia pilihan, sama ada dia mahu bersikap baik dan tidak dimarahi anda. Katakan kepadanya jika dia bersikap baik, anda akan menjanjikan sesuatu seperti menonton televisyen atau membaca bersama.

 

Kalau dia betul-betul inginkan benda yang sudah lama diidamkan, tentu sekali dia akan ikut kata kita.

 

[=] BIARKAN SAHAJA

 

Kes ini selalunya terjadi bila anak nampak lolipop. Dia akan berkeras mahukan gula-gula. Jika pujukan tidak menjadi dan anak kita terus menghentakkan kaki atau berguling di atas lantai, biarkan dia.

 

Namun, pastikan keadaan sekelilingnya selamat dari barang-barang yang berbahaya. Bila anak penat, dia akan berhenti. Ibubapa perlu pantau juga semasa anak berguling.

 

[=] NASIHAT

 

Anak yang mengamuk tidak akan mengamuk sepanjang hari. Dia pasti penat juga akhirnya. Pada waktu begini, kita belailah dia dan katakan kepadanya bahawa apa yang dia lakukan sebentar tadi adalah salah dan dia akan lebih disayangi jika dia bersikap baik dan mendengar kata.

 

[=] BERSIFAT TEGAS

 

Sesekali kita kena bertegas dengan anak. Jika dia mengamuk, katakan bahawa waktu mainnya akan dipendekkan. Biar dia belajar bagaimana perasaan marah dan kecewa. Terangkan dengan jelas mengapa tindakan itu anda ambil.

 

KESIMPULANNYA

Bolehkan anak kecil memahami apa yang dikatakan oleh kita?

Sudah tentu. Walaupun mereka kecil, mereka tahu ketika mana ibubapanya marah, sayang, gembira, benci mahupun kecewa. Selalulah berkomunikasi dengan anak dan berbual dengan mereka tentang apa yang mereka dan anda suka. Nasihat yang berpanjangan akan mengurangkan Temper Tantrumnya.

 

Selamat mencuba! 🙂

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s