DOKTOR ANDA

ALERGI SUSU ATAU INTOLERANSI LAKTOSA? KENALI PERBEZAANNYA

lactose-intolerance-vs-sensitive

Pernahkah anda mendengar istilah “intoleransi laktosa” dan “alergi Susu? Yup, intoleransi laktosa selalu disamakan dengan alergi susu, kerana selain berkaitan dengan susu, keduanya memiliki gejala yang hampir sama. Tetapi sebenarnya, mereka serupa tapi tidak sama.

 

‘Jadi apa beza kedua-dua penyakit ini?”

screen-shot-2016-02-02-at-12-32-17-pm

Sebelum kita menjawab persoalan ini, kita akan berkenalan dahulu dengan kedua-dua penyakit ini. Sudah kenal nanti secara automatik kita akan faham perbezaannya.

 

APA ITU ALERGI SUSU?

blog013food-allergy-vs-intolerance-800x582

Alergi susu merupakan respon abnormal dari sistem kekebalan tubuh terhadap susu dan produk-produk berasaskan susu. Susu lembu merupakan penyebab utama dari alergi susu, tetapi susu dari haiwan mamalia lain boleh juga menjadi penyebab kepada tindakbalas alahan.

Alergi susu akan berlaku ketika kekebalan tubuh tidak dapat menginterpretasikan atau bahasa mudah sebagai membaca kandungan protein di dalam susu sebagai sebatian yang berbahaya kepada tubuh, sehingga memicu reaksi alahan dan mempengaruhi banyak organ di dalam tubuh. Pengambilan susu dalam jumlah yang sedikit sahaja boleh menyebabkan reaksi alahan yang cepat dan parah. Reaksi boleh terjadi dalam beberapa waktu hingga beberapa minit setelah pengambilan produk susu.

Gejala alergi susu yang muncul secara langsung contohnya adalah mual, sesak nafas dan muntah. Setelah beberapa minit, gejala alahan boleh merebak menjadi cirit-birit, kekejangan perut, dan kegatalan pada kulit dan bengkak pada bibir. Sesetengah kes tertentu, gejala alergi boleh menyebabkan anaphylaxis iaitu reaksi alergi parah yang berpotensi mengancam nyawa. Untuk memastikan seseorang mengalami alergi susu, biasanya satu ujian alergi akan dilakukan oleh doktor atau pakar alergi.

 

APA ITU INTOLERANSI LAKTOSA?

lactose-intolerance-facts-and-education

Intoleransi laktosa merupakan kondisi ketidakmampuan seseorang untuk mencerna laktosa iaitu gula yang terdapat pada susu dan produk-produk tenusu kerana tubuhnya tidak menghasilkan enzim laktase dengan cukup. Tanpa enzim laktase, maka laktosa tidak dapat dicernakan dan menyebabkan gangguan pencernaan.

Tahap lactose intolerance masing-masing berbeza bergantung kepada jumlah enzim laktase yang dapat dihasilkan oleh tubuh. Oleh kerana itu, ada beberapa orang yang masih boleh mengambil makanan dengan kandungan sedikit laktosa, tetapi juga ada beberapa orang yang harus menghindarinya sama sekali.

Gejala dari intoleransi yang paling ketara adalah melibatkan saluran pencernaan seperti sakit perut, kembung, mulas, muntah dan cirit-birit. Untuk memastikan anda mengalami lactose intolerance, dapatkan diagnosis dari klinik berhampiran.

 

INTOLERANSI BUKAN ALERGI

 

Meskipun gejala dari intoleransi makanan menyerupai gejala alergi makanan, keduanya memiliki mekanisme yang berbeza. Reaksi alergi susu melibatkan reaksi kekebalan tubuh akibat protein susu, sedangkan lactose intolerance tidak melibatkan reaksi kekebalan tubuh, melainkan kerana kurangnya penghasilan sejenis enzim laktase yang berfungsi mencernakan laktosa pada susu.

Selain itu, pesakit alergi susu perlu menghindari semua makanan yang mengandungi susu kerana pengambilan protein susu walaupun sedikit sahaja boleh memberi tindakbalas terhadap kekebalan tubuh yang berbahaya. Manakala, bagi pesakit yang mengalami masalah lactose intolerance, mereka masih boleh mengambil susu dan produk olahannya dengan kandungan laktosa yang lebih sedikit. Penderita alergi protein susu secara umumnya terjadi kepada bayi dan kanak-kanak manakala, lactose intolerance secara umumnya terjadi kepada orang dewasa.

 

Alhamdulillah, sampai di sini sahaja perkongsian kita mengenai Lactose Intolerance dan Alergi Susu 🙂

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Arroushd Susu Kambing, klik di BAWAH

https://www.facebook.com/susu.kambing.arroushd/

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s