KANAK KANAK · Uncategorized

TIPS MELATIH DAYA TUMPUAN KANAK-KANAK

tumpuan-kanak-kanak-800x416

 

“Anak saya tak sampai tahap hiperaktif…tapi dia punya daya tumpuan mudah terganggu. Bila buat satu-satu kerja, dia mudah beralih untuk buat kerja lain tanpa habiskan kerja yang sebelum ni…”

 

“Tadi, masa nak ambil dia di sekolah, cikgu cakap, bila cikgu mengajar dan meminta anak murid menulis buku, anak saya tulis kejap je. Lepas tu dia leka buat benda lain….”

 

Memang menjadi kerisauan seorang ibu jika anak mereka sukar fokus atau menumpukan perhatian kepada sesuatu perkara atau pembelajaran. Sama jugalah pada Hana sebab Hana juga pernah mengendalikan kanak-kanak yang mengalami masalah kurang daya tumpuan.

Jadi untuk mengatasi masalah ini, Hana membuat sedikit rujukan dan cuba melaksanakannya. Ternyata ia memberi kesan yang positif kepada anak-anak tersebut J

Nak tahu bagaimana??

.

Jom BACA di bawah  🙂

 

Kanak-kanak sering tidak dapat memberi tumpuan terhadap sesuatu perkara. Walaupun tidak dianggap sebagai penyakit, ia tetap membimbangkan ibu bapa. Tidak guna si kecil itu dipukul atau dimarahi sebaliknya cuba cara berikut yang disarankan oleh Pensyarah Fakulti Psikologi, Universiti Chung San, Prof Gao Ting Kok.

 

Katanya, daya tumpuan kanak-kanak boleh mula dilatih sejak mereka berusia satu hingga dua tahun. Apabila bercerita, pastikan cerita berkenaan pendek, bahasanya pula berkaitan dengan kanak-kanak selain penggunaan gambar warna-warni.

whatsapp-image-2016-10-19-at-10-44-45

Untuk kanak-kanak berumur antara tiga hingga empat tahun, mulakan aktiviti mudah misalnya mencantum gambar. Kanak-kanak berumur lima hingga enam tahun pula boleh di minta melengkapkan sesuatu kerja dalam jangka waktu ditetapkan.

 

Kanak-kanak juga boleh mengulangi cerita yang lebih kompleks yang sudah diceritakan kepada mereka.

 

Apabila mereka sudah memasuki bangku sekolah, latihan perlu ditekankan kepada mempelajari matlamat pembelajaran lebih khusus dan memupuk minat yang lebih stabil.

 

Anak juga perlu lebih kerap melakukan kerja rumah kerana ia boleh membantu menguatkan daya tumpuan.

 

Di peringkat sekolah menengah pula, mereka akan mengalami perubahan biologi dan psikologi menyebabkan emosi mudah terganggu.

 

Justeru, apabila anak-anak tidak dapat memberi tumpuan, usah marahkan mereka dengan nada suara yang tinggi. Sebaliknya, ibu bapa boleh melakukan aktiviti yang membantu meningkatkan daya tumpuan mereka seperti bermain pingpong dan badminton.

iq

Menurut Profesor Gao, Kajian menunjukkan ping pong dan badminton membolehkan tumpuan diberi pada objek yang bergerak untuk jangka masa yang panjang sekali gus menjadikannya cara yang baik untuk meningkatkan daya tumpuan secara berterusan.

 

Sekiranya anak tidak dapat menumpukan perhatian yang lama ketika pembelajaran, cuba kaedah berikut :

  • Lakukan beberapa aktiviti yang saling tidak bercanggah misalnya mempelajari perkataan bahasa inggeris ketika menggosok gigi
  • Pilih persekitaran lebih sunyi untuk tujuan pembelajaran
  • Jika keadaan mengizinkan, kunyahlah gula-gula getah. Mengikut kajian psikologi terkini, mengunyah gula-gula getah boleh membantu meningkatkan daya tumpuan untuk jangka masa panjang

 

 

Untuk anak-anak begini, kenalah ibubapa rajin sedikit. Sebelum dia bersekolah lagi kita boleh bermula.

 

Di sini, Arroushd Susu Kambing akan berikan anda sedikit TIPS UNTUK MENINGKATKAN TUMPUAN ANAK ANDA  🙂

 

  • Mulakan dengan buku bergambar, dan kemudian beralih kepada membaca untuknya. Ini melatih kemahiran mendengar
  • Minta anak anda warnakan gambar. Pilih gambar yang dia suka. Galakkan dia supaya menghabiskan kerja mewarna. Tapi jangan lah gambar yang besar/ complicated sangat. Sesuaikan dengan usianya
  • Puji jika anak anda dapat duduk diam dan sudahkan kerjanya
  • Berikan anak anda permainan seperti puzzle, dominos dan blok seperti lego. Permainan sesuai gambar (patching picture) pun bagus untuk meningkatkan daya tumpuan.
  • Bila anak dah penat, beri dia rehat dan sambung sesi belajar/bermain.
  • Duduk di belakang anakanda supaya dia tahu anda ada, dan dia kurang rasa nak pergi tempat lain dan terganggu
  • Tentukan waktu untuk tidur yang tetap. Ikut jadual.
  • Sediakan anak anda segelas Arroushd Susu Kambing diwaktu pagi dan sebelum tidur. Susu Kambing membantu meningkatkan daya tumpuan dan perkembangan minda anak anda.

legoi

 

semoga info ini memberi manfaat kepada anda semua para ibu-ibu 🙂 in shaa Allah di lain masa akan ada lagi pelbagai info dari Hana untuk anda 🙂

 

Jangan lupa amalkan secawan Arroushd Susu Kambing untuk mendapat khasiat yang baik untuk perkembangan anak anda 🙂

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s