Uncategorized

BACA INI JIKA ANDA FOBIA MINUM SUSU TAPI ANDA PERLU AMBIL SUSU SEBAGAI DIET HARIAN.

whatsapp-image-2016-10-21-at-15-08-55

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂

Selamat datang kepada pengunjung-pengunjung blog Arroushd :).

Pernahkah anda mempunya kawan atau famili yang mengalami masalah fobia terhadap susu? Atau anda sendiri mengalami masalah ini? Jika ya, Jom baca apa yang Hana sharekan ni 🙂

Milkophobia iaitu masalah orang yang mempunyai fobia terhadap susu. Hari ini, Hana nak ceritakan satu lagi kisah inspirasi tetapi isinya adalah mengenai orang yang fobia dengan susu dan cara dia servive untuk minum susu 🙂

*****

Fobia ini berlaku pada akhir 2008, dimana, masa tu saya telah menjalani pembedahan berkaitan kenser dan ketika itu, saya sedang menjalani proses penyembuhan  dari pembedahan. Jadi, doktor telah memberi saya satu ubat untuk mengatasi rasa sakit.

Namun, ubat tersebut telah memberi efek alergi kepada kulit saya. Ia menyebabkan timbulnya benjolan-benjolan seperti terkena ulat bulu di sekitar permukaan kulit badan saya. Sangat pedih dan gatal. Setelah merujuk kepada doktor yang merawat saya,  doktor telah mengdiagnosis dan memaklumkan bahawa saya ada alergi terhadap susu.

Jadi untuk mengatasi masalah alergi tersebut, saya disarankan oleh doktor untuk minum susu.

Sebenarnya, dulu saya boleh je minum susu, cuma setelah menjalani pembedahan kenser, saya jadi sukar untuk minum susu. Saya bersyukur kerana mempunyai famili yang sangat memberi support kepada saya.

Pernah masa dalam wad, kawan saya berikan susu untuk saya minum, tapi susu tu susu segar. Jadi, saya cuba  minum 1 hari sekali. Tapi setiap kali saya minum, saya akan muntah. Esoknya minum lagi dan muntah lagi sampai seharian..bayangkan, saya mengalami muntah-muntah sampai lembik…dah tak boleh masuk apa-apa dalam perut.

Sejak itu, saya berhenti minum susu, sampai sekarang. Lagi menambahkan masalah bila saya tengok atau tercium bau susu, saya akan terus rasa loya dan mual. Orang cakap “kembang tekak” sampai satu peringkat saya larang orang sebut perkataan susu. Sebab, setiap kali orang sebut je susu, saya akan terbayangkan macam mana saya muntah-muntah dan lembik rasa nye.

Kalau anda di tempat saya macam mana? Boleh ke nak teruskan? Tak boleh kan? Anda mesti bersetuju dengan saya untuk part ni 🙂

Di sebabkan terlalu fobia sangat dengan susu, saya buat tak endah sahaja pada sesiapa yang beri nasihat untuk ambil susu. Sampai ada orang dok bebel pada saya, nanti nak ada anak nanti macam mana? Nanti anak tak cukup nutrisi?..bla..bla..bla..”

Dan terima kasih kepada yang baik hati yang memberi support kepada saya walaupun saya banyak sangat buat perangai sebab nak elak ambil susu huhu.. semua mereka lakukan untuk saya cepat sembuh walau dengan apa cara sekali pun 🙂 dengan pertolongan orang-orang di keliling saya, beberapa minggu lalu, saya mulai berniat untuk menyembuhkan masalah fobia saya terhadap susu (yang sangat menyiksa ini).

Lama tau saya fikirkan tentang masalah saya ni. Pertimbangan yang saya lakukan sangat banyak iaitu:

  1. Saya ingin memebri anak saya minum susu ibu secara eksklusif kepada anak saya nanti
  2. Nanti kalau nak masaka atau buat kuih yang bahannya perlu ada susu? Ini sangat penting
  3. Nanti dapat hadiah yang lumayan kalau saya berjaya mengatasi masalah fobia susu ini dari keluarga saya

JADI, SAYA MULAKAN TARGET SAYA IAITU :

Tak perlu berjaya minum susu dulu…tapi cukup untuk berani melihat dan memegang segelas susu putih hihi 🙂

ANTARA USAHA-USAHA YANG DILAKUKAN UNTUK MENGATASI MASALAH FOBIA INI:

  1. Melihat gambar susu putih, di TV atau di internet setiap hari semakin lama durasi masanya untuk melihat sekeping gambar susu atau melihat orang minum susu.
  2. Beli santan instant, masak pakai santan instant
  3. Memujuk diri menyatakan bahawa saya tidak perlu minum susu putih. Saya hanya perlu berani untuk pegang dan melihat segelas susu sahaja.
  4. Berusaha untuk tidak membayangkan hal yang menjijikkan tentang susu. (ini memang part paling susah bagi saya)

PROGRESS

Last month :

  1. Akhirnya saya sudah berani melihat susu selama seminit (tanpa rasa geli ewww)
  2. Beli santan instan dan alhamdulillah last week dah boleh masak (masak bubur kacang hijau

Paling tak sabar sekali…nak tunggu hadiah paling besar nanti dari famili huhu… 🙂

Alhamdulillah, ini juga boleh di jadika tips untuk anda di luar sana yang mempunyai masalah fobia terhadap susu .

Sampai di sini sahaja, in shaa Allah, Hana akan sharekan lagi beberapa cerita dan info-info menarik untuk anda 🙂

Advertisements

2 thoughts on “BACA INI JIKA ANDA FOBIA MINUM SUSU TAPI ANDA PERLU AMBIL SUSU SEBAGAI DIET HARIAN.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s