KANAK KANAK

BOLEHKAH SAYA BERIKAN ANAK SAYA MAKANAN SELAIN SUSU?

whatsapp-image-2016-11-12-at-13-03-12

Assalamualaikum dan Hi semua 🙂 selamat datang kepada pengunjung entry blog arroushd 🙂

.

.

Hari ini, topik yang seronok untuk dibincangkan bersama anda. Sedang anda melayan kerenah si manja anda dan melihat keletahnya, anda pastinya tidak sabar nak melihat perkembangan terbaru anak anda 🙂

.

Masa Hana tengah jaga sikecil, Hana dah mula fikirkan bila nak beri anak Hana makan. Ada orang pesan, beri makan anak masa dia dah mula tumbuh gigi lah, ada yang cakap lepas 1 tahun lah dan sebagainya. Jadi Hana confius sekejap hihi.
.

Jadi, untuk elakkan kekunfiusan ini berlarutan, Hana cuba cari maklumat melalui google dan cuba bertanya kepada beberapa pakar yang berkaitan. Jadi disini Hana akan kongsikan maklumat ini bersama anda 🙂 jika ada sebarang info lain, boleh share di komen ya 🙂

.

Bagi anda yang bergelar ibu bapa baru, anda mungkin melihat anak anda sudah mula memasukkan sesuatu ke dalam mulutnya. Mungkin juga anda akan tertanya-tanya

“ cukupkah hanya beri susu sahaja kepada anak saya? ” .

.

Sebenarnya bayi anda tidak memerlukan makanan lain selain susu sehingga usianya menjangkau usia enam bulan. Kementerian kesihatan menyarankan supaya anda menyusu badan secara exklusif sehingga bayi anda berusia enam bulan. Selepas enam bulan, susu badan sahaja tidak dapat memberikan nutrien yang secukupnya terutamanya zat besi.

Mengapa Perlu Menunggu Enam Bulan Sebelum Memberi Makanan Lain? berfikir

 

Hana juga pernah tertanya-tanya kenapa perlu selepas enam bulan? Hana juga pernah tengok ramai je orang yang beri anaknya susu formula atau puri masa anak mereka kecil lagi. Tidak sampai enam bulan.

.

Sebenarnya, lebih selamat bagi bayi jika anda menunggu sehingga usia enam bulan sebelum memberinya makanan pejal. Setelah dia berumur enam bulan, anda dapat mengurangkan risiko bayi anda dari :

  • Menerima jangkitan melalui makanan kerana sistem penghadamannya ketika ini lebih matang.
  • Mengalami reaksi alahan terhadap makanan kerana sistem pertahanan badannya (sistem imun) lebih kuat

.

Daripada merisiko kan anak Hana dari perkara-perkara yang tidak terduga, lebih baik Hana mengikut saranan doktor dan bersabar :p. Sampai waktunya dan anak Hana sudah bersedia menerima makanan pejal, in shaa Allah Hana akan berikan.

.

Jika anda di luar sana mengambil keputusan untuk memperkenalkan makanan pejal kepada anak anda di usia empat hingga enam bulan, di sini sedikit tips yang Doktor berikan iaitu elakkan memberi makanan yang mungkin memberi reaksi alahan. Makanan seperti ini termasuklah :

 

  • Susu lembu dan produk tenusu
  • Apa-apa makanan yang mengandungi gluten iaitu protein dalam bijirin seperti gandum, barli dan rai
  • Buah-buahan sitrus dan jusnya
  • Ikan dan kerang
  • Telur

Anda di anjurkan untuk mendapatkan nasihat dari doktor atau pakar kanak-kanak sekiranya anda perlukan nasihat mengenai pemakanan anak anda. Ini sangat penting terutamanya jika anak anda dilahirkan pramatang kerana anak anda perlu bercerai susu pada masa yang berbeza daripada bayi yang cukup bulan.

 

Macamana Nak Tahu Bayi Saya Sudah Sedia Untuk Mengambil Makanan Bayi? berfikir

 

Ketika anak Hana usianya kira-kira enam bulan, dia dah mula macam capai mainan, mula gigit-gigit mainan, dan mula nak masukkan sesuatu dalam mulut. Boleh kata, setiap benda dia pegang, suma dia masuk mulut. Kadang-kadang, berleterlah juga Hana ni kat baby Hana, walaupun dia tak faham apa-apa. Lucu juga tengok muka baby tercengang-cengang tengok ibu dia membebel haha!… :p

.

Sebenarnya, bila bayi anda dah mula menunjukkan tanda-tanda seperti itu, kebiasaannya, bayi anda nak bagitahu anda bahawa dia dah tak sabar nak rasa diet baru haha. Kebiasaannya, bayi akan menunjukkan beberapa tanda bahawa dia sudah sedia untuk menerima makanan pejal seperti :

 

  • Bayi anda kelihatan lapar walaupun selepas disusukan
  • Pertambahan berat badan bayi anda menjadi perlahan
  • Bayi anda mahu mengunyah dan gemar memasukkan mainan atai objek lain ke dalam mulutnya
  • Bayi anda kelihatan tertarik dengan apa yang anda makan dan mungkin cuba untuk mengambilnya dan memasukkannya ke dalam mulutnya sendiri

 

Oke, masa ni mesti anda semua dah excited kan nak beri bayi anda makanan pejal. Dah terfikir nak beri bubur ke, nak beri puri ke nak beri jus ke roti ke kan?. Tapi, sebelum kita excited lebih jauh lagi, stop sekejap, jom baca ni dulu

.

Walaupun anak anda dah berikan tanda “Ibu, saya nak makan bende pejal” ,anda perlu ingat bahawa ini tidak bermakna, bayi anda sudah pandai duduk dan makan dengan garfu dan sudu. Sebenarnya, makanan pejal pertama bayi anda bukan pepejal. Malah, makanan awal untuk bayi anda sebolehnya bersifat cecair kerana makan adalah kemahiran yang dipelajari oleh bayi anda secara perlahan-lahan.

bayi-suap-131223b

Makanan awal yang sangat-sangat disyorkan oleh pakar, adalah berbentuk bijirin beras ditambah zat besi khas untuk bayi kerana makanan ini mudah dicernakan dan ia tidak menimbulkan sebarang alahan. Kementerian kesihatan juga amat mengesyorkan makanan awal bayi adalah bubur nasi yang di masak sendiri.

 

Anda boleh mula mencampurkan satu sudu kecil bijirin dengan empat atau lima sudu kecil susu badan atau susu kambing atau air masak sejuk. Anda boleh menggunakan sudu bayi tetapi, sesetengah pakar menyarankan supaya anda menggunakan jari sahaja. Pastikan ianya bersih. Caranya mudah saja iaitu cuit sedikit campuran bijirin dengan hujung jari dan suakan kemulut bayi anda.

 

Masa nak suapkan baby makanan kan kita dah excitedkan, siap buat semangkuk lagi nak beri makan. Kadang-kadang, kita dah setkan masa anak nak makan pukul berapa, kita dah sediakan banyak-banyak hihi :p. Memang tidak dinafikan perasaan tu. Tapi, jangan harapkan bayi anda untuk makan banyak pada satu-satu masa. Hal ini kerana, perut bayi anda sangat kecil dan hanya dapat di isi sedikit sahaja dan sebahagian besar nutrisinya akan terus datang daripada susu badan atau susu lain untuk beberapa bulan lagi. Maka, bersabarlah wahai ibu-ibu sekalian 🙂

 

 

Makanan lain yang disyorkan sesuai untuk anak berusia enam bulan ke atas adalah :

 

  • Buah-buahan seperti pisang, pir, epal yang di purikan
  • Sayur-sayuran seperti lobak merah, labu dan bunga kubis yang juga dipurikan

 

puri-epal                      puri

Anda juga boleh cuba sayur-sayuran berkanji seperti keledek dan kentang. Penting bagi anda untuk memberikan bayi anda makanan yang berperisa masin, disamping yang manis pada tahap ini supaya anak anda tidak hanya menggemari makanan manis sahaja. Awas, elakkan anak anda terkena diabetis ya 🙂

Selain itu, Hana suka nak syorkan juga pada anda semua, bila anak anda dah mula makan puri, jangan ditinggalkan susu. Lebih sesuai jika beri Arroushd Susu Kambing untuk anak anda. Campurkan dengan puri. Ia lebih enak dan menambah selera makan anak anda J tak percaya? Cuba lah dulu huhu. 🙂

 

3dbox2

 

Oke, sampai di sini sahajalah celoteh Hana pada kali ini. In shaa Allah, di lain masa, Hana akan kongsikan lagi pelbagai info menarik untuk anda semua 🙂

.

Stay tune dan Assalamualaikum.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s