KANAK KANAK

RAHSIA KEJAYAAN POTTY TRAINING

Assalamualaikum semua 🙂

Diharapkan semua pengunjung kali ini berada dalam keadaan sihat dan lebih bersemangat untuk membaca kisah yang sangat memberi inspirasi sekali.

 

Hana suka membaca satu cerita mendidik anak yang sangat memberi motivasi dan semangat untuk diri sendiri. Jadi hari ini, Hana akan kongsikan kisah ini kepada anda semua. Jom kita kongsi kejayaannya! 🙂

………………

 

Apabila anak mencapat usia 2 tahun, latihan ke tandas @potty training merupakan satu cabaran besar buat pasangan ibubapa. Saya akui, bukan mudah untuk melalui cabaran ini. Ia memerlukan KESABARAN yang sangat tinggi, praktikal yang sangat KONSISTEN, KEYAKINAN terhadap kemampuan anak dan KERJASAMA daripada pasangan.

 

Sekiranya tertinggal salah satu dari 4 perkara di atas, maka proses melatih anak untuk ke tandas akan menjadi LEBIH sukar. Bunyinya macam menakutkan kan? Hehehe…saya hanya mahu anda sebagai ibubapa yang ingin melatih anak ke tandas, mempunyai persiapan mental yang kuat sebelum berdepan dengan cabaran ini.

 

Apa yang telah saya lakukan sewaktu melatih anak sulung saya ke tandas, sehingga dengan izin Allah swt, dia berjaya melakukan kurang daripada 30 har?.

Saya akan cuba pendekkan cerita ini supaya menjadi artikal.

  1. Sebelum saya memulakan hari pertama potty training, saya telah menunaikan solat sunat 2 rakaat memohon kepada Allah swt agar membantu saya melatih anak ke tandas kurang daripada 30 hari.

Saya yakin, dengan bantuan Allah swt sahaja, misi ini akan berjaya dan memang benar, apabila saya ceritakan matlamat saya pada Allah swt dan memohon pertolongan daripadaNya, semuanya akan menjadi lebih mudah dan alhamdulillah misi ini berjaya, walaupun saya baru melakukannya untuk pertama kali.

 

  1. Saya telah kuncikan ruang yang digunakan untuk solat pada waktu siang. Semua karpet dan tikar yang ada di rumah juga telah siap-sedia digulung pada pagi tersebut dan ia tidak akan dibuka sehingga anak saya 100% potty trained

 

Ini dilakukan untuk memelihara kesucian dan memudahkan proses pembersihan, memandangkan rancangan saya adalah untuk menanggalka lampin anak sepanjang hari tersebut.

 

3 TEKNIK MUDAH KEJAYAAN POTTY TRAINING KURANG 7 HARI

 

Teknik #1: Menanggalkan lampin

 

Misi pertama kita adalah untuk menyedarkan anak, bahawa terdapat satu “proses” yang sedang berlaku di bahagian perkumuhannya. Tekniknya adalah; tidak memakaikan lampin sepanjang hari (tetapi, seluarnya mesti dipakai ya, ibu-ibu, anak-anak soleh tidak boleh diajar bertelanjang, kerana ia akan mengikis perasaan malu)

 

Apabila dia terbuang air kecil untuk pertama kali di dalam seluarnya, reaksi yang mungkin anda terima adalah; melihat air mukanya yang terperanjat, ataupun menjerit memanggil anda kerana seluarnya telah basah, atau mungkin berlari ke tandas sambil berciciran “airnya” di sepanjang perjalanan.

 

Haa…sebab itulah semua carpet dan tikar mesti digulung terlebih dahulu ye. Jadi, mudahlah untuk kita bersihkan kotorannya. Dan, pastikan, anda tidak menunjukkan wajah yang marah, sedih, atau berputus asa kepada anak tatkala dia terkucil di luar tandas. Malah, inilah peluang BESAR anda untuk mengajarkannya, apabila terasa hendak membuang air kecil, pergilah tandas. Berikan senyuman dan dorongan kepadanya, serta tunjukkan yang anda yakin pada kemampuannya

 

Apabila anak anda telah “sedar” tentang proses ini (meskipun anda terpaksa mengelap kotorannya beberapa kali..huhu), dia akan LEBIH CEPAT belajar dan mudah dilatih untuk ke tandas. Maka percayalah anda telah pun selangkah ke arah kejayaan!

 

gamer-mengatur-waktu-330x212

Teknik #2: Mengatur waktu ke tandas

 

Di dalam teknik yang saya gunakan ini, walaupun memang kita ‘sengaja’ mahu anak kita, sekurang-kurangnya pernah sekali terkucil di dalam seluarnya, tetapi dalam masa yang sama, kita turut melatih cara sebenar ke tandas.

 

Tetapkan masa, seperti; setiap 15 minit, ajak anak anda ke tandas untuk membuang air kecil. Bagi merangsang proses pembuangan air kecil berlaku, ajar anak bercangkung, basahkan kemaluan dengan air atau membuat bunyi seperti ‘shhh..’

 

Sekiranya anda dapati 15 minit adalah tempoh yang terlalu singkat untuk anak anda, maka anda boleh panjangkannya ke arah 20 minit atau 30 minit. Namun, selepas dipanjangkan tempoh tersebut, anak anda sempat pula terkucil di luar tandas, maka pendekkan kembali masa tersebut. 😉

 

Walaupun dia tidak mahu membuang apa-apa semasa berada di dalam tandas, tidak mengapa. Ajarkan anak cara-cara membersihkan kemaluannya dan ambil peluang ini juga untuk mengajarkan anak adab-adab ke tandas. Baca doa sebelum masuk ke tandas, masuk tandas guna kaki kiri, memakai selipar di dalam tandas, keluar tandas dengan kaki kanan dan lain-lain.

 

Lakukan teknik ini dengan suasana yang ceria dan menggembirakan. Elakkan paksaan atau meninggikan suara sewaktu mengajak anak ke tandas. Aktiviti ini mungkin agak memenatkan, tetapi yakinkan diri anda, bahawa sekiranya anda terus bersabar dan istiqamah melakukannya, maka anak anda akan CEPAT berjaya.

 

blog_bingung-memilih-hadiah-untuk-pasangan-baca-dulu-5-tips-ini-biar-nggak-bingung-lagi_825x355px

Teknik #3: Beri Ganjaran

 

Kanak-kanak sangat sukakan ganjaran. Mereka akan rasa lebih teruja untuk melakukan sesuatu sekiranya ada ganjaran. Ganjaran untuk latihan ke tandas perlu diberikan setiap kali anak anda “berusaha” untuk ke tandas (samada anda yang menyuruhnya, atau dia pergi sendiri ke tandas).

 

Cuba perhatikan betul-betul, saya highlightkan di sini adalah ganjaran untuk USAHA, bukan untuk hasil. Bukan mudah untuk anak kita menguasai sesuatu kemahiran. Oleh sebab itu, kita sebagai ibubapa harus menghargai usahanya, walaupun usaha yang tidak mendatangkan hasil. Lebih banyak penghargaan diberi atas usaha, maka LEBIH CEPAT lah usaha itu membuahkan hasil.

647b060880b2b8edbdcec51d7a3114c1

Antara elemen ganjaran yang selalu di prektikkan di serata dunia ialah menampaklakn pelekat sticker berwarna warni untuk ditampalkan di dinding rumah dan tuliskan di bahagian headline “BERJAYA!!” (Contoh: Ammar BERJAYA!!)

 

Setiap kali anak keluar dari tandas, bacakan headline tersebut dengan nada yang gembira. Lihat wajahnya, dan anda akan dapati dia tersenyum bangga melihat kejayaannya.

 

Kemudian, ajak anak tampal bintang-bintang kejayaan di atas jadualnya. Katakan padanya, sekiranya bintang-bintang ini penuh sampai ke ruangan ini, ummi akan berikan hadiah. (janjikan hadiah yang disukainya). Pasti ia akan lebih teruja untuk menambah koleksi bintang-bintangnya.

 

Yakinlah, dengan KESABARAN yang tinggi, praktis yang KONSISTEN, KEYAKINAN terhadap kemampuan anak, KERJASAMA daripada pasangan dan DOA yang berpanjangan, anda dan anak anda akan berjaya melalui latihan ini LEBIH CEPAT daripada jangkamasa yang ditetapkan.

 

4 RAHSIA KEJAYAAN POTTY TRAINING

 

Rahsia #1: Kesabaran

 

Sabar itu adalah sebahagian daripada iman. Apabila kita dapat bersabar kerana menahan kemarahan, maka satu tingkatan iman di dalam diri kita akan naik pada ketika itu. Mengapa kita perlu bersabar? Ini kerana dalam kesabaran ada janji Allah swt “Innallaaha maa`s soobirin” (Sesungguhnya Allah swt bersama dengan orang yang bersabar ). Apabila Allah swt berjanji, pasti dan pasti Dia akan tunaikannya. Apabila kita bersabar (mengawal diri untuk marah) sewaktu mendidik anak, maka secara tak langsung, kita sedang menarik magnet kegembiraan ke dalam diri kita dan anak-anak. Apabila ibubapa mula meninggikan suara kerana marah, magnet kegembiraan akan hilang, dan magnet kesedihan mula menyelubungi jiwa ibubapa dan anak-anak. Nampaknya, kemarahan tidak akan memberi faedah kepada kedua-dua pihak (ibubapa & anak). Jadi, tiada jalan lain melainkan…..BERSABARLAH NAK

 

Pernah suatu ketika di zaman Rasulullah S.A.W, seorang sahabat (yang lebih jahil) telah membuang air kecil di dalam ruang solat. Apabila ternampak kelakuan itu, sahabat-sahabat lain mahu memarahi & menghalangnya. Tetapi, Rasulullah S.A.W dengan tenang telah berkata, biarkan dia selesaikan urusannya terlebih dahulu. Apabila sahabat yang masih jahil tadi selesai membuang air kecil, barulah Rasulullah S.A.W datang kepadanya dan memeberi nasihat dengan penuh hikmah.

 

Sampai ke tahap itu, kesabaran Rasulullah S.A.W ye. Sebagaimana yang telah kita maklumkan, berkat kesabaran itulah, Rasulullah S.A.W berjaya mendidik sahabat-sahabat sehingga menjadi umat yang sangat cemerlang (walaupun pada asalnya, mereka ini lebih teruk akhlak dan moralnya jika dibandingkan dengan umat di zaman ini)

 

Semoga kita juga dapat mencontohi kesabaran Rasulullah S.A.W dalam mendidik anak-anak. Yakinlah bahawa dalam kesabaran, ada kejayaan.

 

Amalan yang boleh dilakukan sepanjang melatih anak ke tandas:

 

Amalkan doa ini pada setiap masa : “Robbi yassir wa laa tua`ssir” (Ya Tuhanku, mudahkanlah dan jangan disusahkan)

 

Jika terasa hendak marah semasa berdiri, maka duduklah. Jika sudah duduk, tetapi masih tidak hilang kemarahannya maka baringlah. Dan jika dalam keadaan baring pun masih belum dapat menahan marah, maka berwudhuklah. Senyum pada anak, senyum dan senyum, sehingga magnet kemarahan dan kesedihan itu, hilang. Tarik magnet kegembiraan dengan senyuman atau ketawa, maka in shaa Allah, Allah S.W.T akan mengurniakan perkara yang terbaik untuk kita dan anak kita.

 

 

Rahsia #2: Konsisten

 

Anda perlu konsisten sewaktu melatih anak ke tandas. Maksudnya, tidak boleh dilakukan seperti ini ;

 

Hari 1 : Tidak pakai lampin

Hari 2 : Pakai lampin (sebab uminya dah penat)

 

No no and Big NO.

 

Atau seperti ini :

 

Ketika berada di rumah, tidak pakaikan lampin, tetapi apabila hendak keluar shopping, atau sewaktu berada dalam kenderaan untuk perjalanan yang jauh, anak di pakaikan lampin kembali. Ini juga tidak boleh.

 

Sekiranya anda mahukan latihan ini berakhir dan berjaya dengan cepat, maka anda perlu konsisten. Tidak kira walau apa pun yang berlaku. Satu amal yang sedikit, tetapi konsisten, lebih disukai oleh Allah S.W.T daripada amal yang banyak tetapi tidak istiqamah. Samalah juga dengan potty training.

 

Apabila ibubapa mula hilang konsistensi, maka anak anda akan terkeliru. Anak anda akan terfikir, “Apakah aku patut buang najisku di sini (diapers) atau di sana (tandas)?” “Kadang-kadang boleh buang dalam diapers, kadang-kadang tak boleh? Isy…mana satu yang betul…confuse..confuse..”

 

 

Rahsia #3: Keyakinan

 

Ini adalah TOP SECRET dalam kejayaan melatih anak ke tandas. Satu perkara yang dapat membawa kejayaan proses ini lebih cepat daripada biasa adalah dengan keyakinan.

 

  • Yakin pada Allah
  • Yakin pada diri sendiri
  • Yakin pada kemampuan anak

 

Dengan keyakinan pada Allah S.W.T, kita akan selalu berdoa, memohon pertolongan daripadaNya (walaupun untuk buat potty training untuk anak J) YA! Dalam apa jua keadaan sekalipun, berDOAlah pada Allah kerana itulah senjata paling kuat untuk orang-orang mukmin.

 

Yakin pada diri sendiri pula akan meningkat apabila keyakinan kepada Allah S.W.T diusahakan. Tiada keyakinan diri yang lebih hebat daripada merasakan yang Allah S.W.T sentiasa ada bersama-sama dengan kita. Dia sentiasa membantu kita dan Dia juga yang akan memberikan kejayaan buat kita.

 

Yakin pada kemampuan anak. Ini adalah bahagian yang mungkin agak sukar dalam latihan ini, namun ia boleh dibentuk. Menurut kajian, kanak-kanak adalah makhluk yang dilahirkan dalam keadaan mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Kita sebagai ibubapa lah yang akan mencorakkan keyakinan diri nya, sama ada mahu terus membinanya atau meruntuhkannya.

 

Apabila anak melihat ibubapa yakin terhadap kemampuan mereka, maka keyakinan mereka akan meningkat dengan pesat. Tetapi apabila anak melihat ibubapa hilang keyakinan pada kemampuan mereka, maka, keyakinan mereka akan menurun sedikit demi sedikit. Hal ini kerana kita adalah orang yang paling mereka sayangi di muka bumi ini. Sedikit sebanyak persepsi kita akan memberi kesan kepada jiwa mereka.

 

Berikan anak anda kata-kata yang positif. Sebagai contoh :

Apabila anak anda berjaya ke tandas “Yeay Aisyah dah berjaya!! Sayang anak mama…muahhh!!”

Sebelum keluar dari rumah “Emy akan cakap dengan mama bila terasa nak buang air kecil kan?” anak anda akan angguk kepala. “sayang anak mama…mmuahh!”

Apabila anak anda terkucil diluar tandas, “Tak apa Yana, nanti mama lap, Lain kali, kalau rasa nak buang air kecil, Yana lari je terus ke tandas tau. Mama yakin Yana boleh buat. Sayang Yana…mmuahh!”

 

** Pelukan, ciuman dan ucapan ibu bapa dapat meningkatkan keyakinan anak terhadap dirinya. Apabila anda yakin pada kemampuan anak, mereka akan cepat berjaya. Yakinlah kepada kemampuan anak anda dengan sepenuh hati, kerana apa yang dirasakan dalam hati, akan terpancar melalui perbuatan kita. Jangan biarkan anak kita nampak kita tidak yakin pada mereka.

 

 Rahsia #4: Kerjasama pasangan

 

Dalam apa jua proses pendidikan anak-anak, kerjasama pasangan merupakan success factor atau wow factor yang paling unggul. Ceritakan dan rancang bersama dengan pasangan anda, bagaimana untuk menjalankan latihan ini. Tetapkan masa yang sesuai, di mana anda dan pasangan sudah bersedia untuk melalui latihan ini.

 

Kerjasama ini bukan bermaksud pasangan anda mesti tolong menghadap sekali anak anda setiap waktu, (Tapi kalau dapat tolong sangat-sangat bagus dan alhamdulillah)

 

Kerjasama juga boleh diberikan dalam bentuk sokongan moralsecara lisan atau sekurang-kurangnya tidak menambah beban kerja untuk anda yang sedang menjalankan latihan untuk anak anda.

 

Teruja kan???

 

Serius, Hana juga jadi semangat dan termotivasi bila dengar cerita ni. Sebab tu Hana kongsikan untuk anda. Jadi, kita semua perlu sama-sama yakin tentang kemampuan anak kita. Semoga kita semua dapat buat potty training dengan anak kita ya 🙂

 

Sampai di sini sahaja ya. In shaa Allah lain kali, Hana akan share lagi cerita dan info-info yang boleh dijadikan panduan bersama. Stay tune semua 🙂

 

Assalamualaikum  🙂

Advertisements

2 thoughts on “RAHSIA KEJAYAAN POTTY TRAINING

  1. Great goods from you, man. I have understand your stuff previous to and you’re just
    extremely excellent. I really like what you’ve acquired here, certainly like what
    you are stating and the way in which you say it.
    You make it entertaining and you still care for to keep it sensible.
    I cant wait to read far more from you. This is really a terrific
    site. https://en.gravatar.com/barrysmeithg

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s