DOKTOR ANDA

MUNTAH BAYI : APA YANG NORMAL, APA YANG TIDAK?????

5-tahap-penting-perkembangan-bayi

Assalamualaikum dan Hi semua 😀 bertemu lagi kita dalam entry terbaru ini dan selamat datang kepada pengunjung baru blog ini 🙂

Sepanjang beberapa minggu ini, Hana telah menguruskan perkara baru. Mungkin bagi anda tidak baru, tetapi bagi Hana yang baru masuk dalam dunia keibubapaan dan mengalami situasi ini, makanya hari ini Hana teruja untuk memberi perkongsian untuk tajuk di atas 🙂

BAYI SAYA MUNTAH. ADAKAH INI NORMAL? berfikir

Baru-baru ini, anak Hana muntah-muntah. Ini membuatkan Hana risau kerana, biasanya kalau Hana yang muntah, Hana boleh mengadu pada mak Hana. Mak Hana banyak beri bantuan sepanjang Hana demam muntah-muntah dulu. 😥

Tapi itu beberapa puluh tahun yang lalu. Tetapi, beberapa puluh tahun kemudian, Hana pula yang menghadapi situasi ini, tetapi anak Hana yang kena. Cemas juga Hana. Tapi, selepas merujuk Mak dan doktor, barulah lega sedikit. 😎

Bayi yang muntah dengan kekerapan pada minggu-minggu awal kelahiran adalah perkara biasa (kata doktor. Itu yang buat Hana lagi rasa cuak) O_o . Hal ini adalah kerana bayi sebenarnya sedang menyesuaikan diri terhadap penyusuan dan tumbesaran bayi (barulah lega bila doktor cakap macam tu hihi..). Sebenarnya, kata Doktor, kita boleh tahu perbezaan sama ada bayi kita muntah atau hanya jeluak (mengeluarkan semula susu dengan jumlah yang sedikit). Muntah akan menakutkan bayi anda, jadi mungkin bayi akan kita akan mengangis. Ini betul-betul Hana baru tahu 🙂

m-2

Semua perkara dari mabuk kereta hingga ketidakcernaan boleh menyebabkan bayi muntah. Tangisan yang berpanjangan atau batuk juga boleh membuatkan bayi muntah. Oleh itu, bayi anda mungkin akan kerap muntah dalam tahun-tahun pertamanya. Sekarang, baru Hana faham kenapa kalau baby nangis je mesti muntah-muntah. Kalau demam je mesti muntah dan kalau lepas menyusu pun muntah.

Muntah selalunya akan berkurangan dalam masa enam sehingga 24 jam selepas ia bermula tanpa sebarang rawatan tertentu selain dari perubahan dalam diet. Sekiranya bayi  sihat dan berat badannya bertambah, kita tidak perlu risau.

“JADI, BILAKAH SAYA PERLU RISAU” berfikir

Semasa beberapa bulan pertama bayi, muntah besar kemungkinan disebabkan oleh masalah penyusuan seperti terlebih menyusu

Selepas beberapa minggu, ia mungkin di sebabkan oleh virus dalam perut walaupun muntah adalah tanda jangkitan dalam sistem pernafasan, saluran kencing atau telinga.

Apabila bayi semakin membesar, muntah mungkin adalah simptom penyakit yang lebih serius. Jika berlaku perkara-perkara atau tanda-tanda dibawah,  jangan teragak-agak untuk menghubungi doktor anda :

      

[+] Sakit yang teruk pada bahagian abdomen

[+] Abdomen membengkak

[+] Lesu atau meragam yang teruk

[+] Kekejangan

[+] Muntah berterusan yang teruk atau muntah berterusan selama lebih 24 jam

[+] Tanda-tanda penyahidratan termasuk mulut yang kering, kurang air mata, ubun-ubun mengecut    dan kurang buang air kecil (menggunakan kurang dari enam lampin sehari)

        

Selain itu,  kebiasaanya kalau anak kita muntah, kita akan tengokkan. Mungkin kita akan nampak sedikit darah atau hempedu (bahan berwarna hijau) dalam muntah bayi. Sedikit darah di dalam muntah selalunya tidak perlu dirisaukan. Ini boleh berlaku apabila kekuatan muntahnya menyebabkan koyakan kecil dalam saluran darah melepasi esofagus.

Muntah bayi juga mungkin berwarna sedikit merah kerana bayi anda telah menelan darah daripada luka di mulutnya atau hidung berdarah dalam masa enam jam sebelumnya.

Tetapi, hubungi doktor anda jika masih terdapat darah dalam muntahnya atau jika jumlah muntah bertambah banyak. Doktor mungkin mahu melihat sampel muntah jika ia mengandungi darah atau hempedu. Jadi, walaupun ia bukan suatu tugas yang mudah, anda perlu mengambil sedikit sampel untuk simpanan. Hempedu hijau mungkin menunjukkan usus tersumbat, satu keadaan yang memerlukan rawatan segera. (setakat ini, anak Hana belum macamtu lagi. Tapi Hana perlu bersedia selepas ini J )

Satu lagi keadaan yang memerlukan perhatian segera ialah muntah berterusan yang teruk pada bayi baru lahir dalam masa setengah jam selepas menyusu. Ini mungkin disebabkan oleh Stenosis pilorus, satu penyebab muntah yang jarang berlaku dan ini bermula apabila bayi anda berusia beberapa minggu tetapi boleh berlaku bila-bila masa sahaja sebelum dia mencecah usia empat bulan.

Bayi akan muntah apabila otot yang mengawal injap dari perut ke dalam usus telah menebal sehingga ia tidak akan buka sepenuhnya untuk kemasukan makanan. Masalah ini mudah di atasi dengan pembedahan kecil tetapi ia memerlukan rawatan perubatan segera

Jangan terlalu risau mengenai perkara ini. Lambat-laun anda akan terbiasa dengan perkara ini kerana setiap anak akan mengalami jatuh sakit.

m4

TAPI BAGAIMANA SAYA HARUS MENGHADAPI MUNTAH?”

Inilah persoalan yang Hana fikirkan masa Hana tidurkan anak Hana yang demam tu. Jadi, doktor syorkan begini…

Apabila bayi anda muntah, dia akan kehilangan banyak cecair. Penggantian cecair ini adalah penting supaya dia tidak akan ternyahhidrat. Berikan bayi anda larutan elektrolit (Larutan Penghidratan Semula Oral tetapi hanya doktor anda untuk sebarang cadangan lain) atau cecair jernih atau jus epal yang telah dicairkan. Semua ini mudah untuk diminum.

Pakar-pakar telah mencadangkan pelan berikut :

[+] Apabila bayi telah berhenti muntah, berikan bayi anda air atau larutan elektrolit dalam jumlah yang sedikit (jika ada) setiap setengah jam hingga 1 jam.

[+] Jika bayi boleh meminumnya tanpa dimuntahkan semula, berikan dia sebanyak 2 auns (50ml)larutan elektrolit berselang seli dengan 2 auns (50ml) cecair jernih setiap setengah jam

[+] Selepas dia berjaya minum dua dos tanpa muntah, tambah susu atau susu formula (biasanya Hana tambah Arroushd Susu Kambing dan anak Hana sangat berselera untuk minum) yang dicairkan dan tambahkan kuantiti setiap susuan sehingga 3 atau 4 auns (80-100ml) setiap tiga atau empat jam

Jika bayi kita sudah tidak muntah dalam masa 12 hingga 24 jam, anda boleh berikan anak anda diet biasanya semula tetapi berikan dia cecair yang banyak. Mulakan dengan makanan yang mudah dicerna seperti bijirin atau yogurt. Hana buat puri untuk baby. Puri ini, Hana campurkan sedikit susu untuk menambahkan selera makannya. Memang berselera. Mula-mula nampak lesu je. Selepas dua tiga suapan, dia dah mintak lagi. Selain itu, anda juga boleh cuba berikan cecair jernih beku seperti ais krim Malaysia jika anak anda telah menjangkau usia 12 bulan dan ke atas.

3dbox2

Tidur juga boleh menenangkan bayi anda kerana kandungan perut akan dikosongkan ke dalam usus semasa tidur. Ini akan mengurangkan rasa ingin muntah. Jangan berikan anak anda sebarang ubat tahan muntah (samada dipreskripsikan atau dibeli di kaunter) kecuali pakar pediatrik anda yang mempresripsikannya.

Sampai di sini sahaja info untuk kali ini. In shaa Allah pada entry yang akan datang, Hana akan sharekan lagi info-info yang lain 🙂

.

Stay tune dan jangan lupa berikan anak anda Arroushd Susu Kambing kerana ia mempunyai pelbagai khasiat dan membantu melengkapkan nutrisi badan anak anda sekeluarga 🙂

Assalamualaikum  🙂

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s