KANAK KANAK

TIPS PERSEDIAAN SEBELUM ANAK KE TADIKA

Pejam celik mata, rupanya dah nak hujung disember kan?. Lagi beberapa hari je lagi dah nak masuk tahun baru. Tahun 2017 merupakan tahun yang bakal mengalami perubahan yang banyak untuk ramai keluarga. Terlalu banyak perancangan. Namun, kita hanya mampu merancang. Jadi atau tidak, Tuhan yang menentukannya.

Sebagai first mum yang pertama kali menghantar anak ke sekolah, saya ingin kongsikan tips dan pengalaman saya sendiri dan juga ia sebagai panduan berguna untuk andadownload-1

DAFTAR TADIKA 5-7 BULAN LEBIH AWAL

Kebanyakan sekolah tadika membuka pendaftaran lebih awal. Jadi anda pun kena rajinkan diri untuk follow up bila tarikh daftar sekolah anak.

YURAN TADIKA

Yuran sekolah tadika kadangkala boleh jadi lebih mahal dari sekolah rendah atauoun menengah. Selain itu, sekolah tadika swasta adalah lebih mahal. Jika ibubapa kurang budget, pilihlah sekolah tadika milik kerajaan.

BIASAKAN BERJUMPA ORANG

download

Untuk membiasakan anak dengan persekitaran dan orang baru, cuba biasakan mereka untuk berjumpa orang baru atau bermain dengan anak0anak lain seusia mereka

Bagi anak yang sudah mula memahami perbualan, anda boleh mula memberitahunya tentang taska. Mungkin anda boleh memberitahu bila mereka akan pergi, apakah yang akan dibuat di sana, pukul berapa anda akan datang menjemputnya dan macam-macam lagi. Dedahkan mereka dengan cerita yang seronok hingga menjadikan mereka bersemangat. Yang penting, jangan lupa beritahu mereka bahawa anda tetap sayangkannya walaupun terpaksa berjauhan seketika

CUBA TINGGALKAN SECARA BERKALA

Jika sebelum ini, anak anda tak pernah berpisah atau berenggang dengan anda, inilah masanya untuk anda mencuba.

Lakukannya secara berkala dengan meminta pertolongan suami, keluarga, atau sesiapa yang anda percayai. Mulakan dalam tempoh 10 minit, 30 minit, 1 jam dan seterusnya

Dengan latihan ini, anak anda akan belajar bahawa ibu akan sentiasa datang kembali walaupun mereka ditinggalkan

MEMBACA BUKU CERITA

hqdefault

Membaca buku cerita adalah salah satu cara untuk anda menyampaikan mesej kepada anak dengan berkesan

Tema ‘separation anxiety’ boleh didapati secara meluas melalui buku bergambar kanak-kanak. Rata-rata, ia mengisahkan bagaimana si ibu akan meninggalkan si anak buat sementara waktu dan akan kembali semula. Apabila anak memahami tentangnya, anda boleh selalu mengingatkan kisah ini semasa hantar anak ke taska kelak

BERMAIN LAKONAN (PRETEND PLAY)

pretend-and-play-post-office

Selain membaca, anda juga boleh melakonkan babak pergi sekolah seperti bermain ‘cikgu-cikgu’, ‘makan di sekolah’, ‘bermain dengan cikgu ‘dengan anak. Dengan cara ini, mungkin anak akan lebih memahami situasi tersebut apabila tiba masanya

Mudah saja. Sediakan prop seperti meja dan kerusi untuk duduk atau ruangan khas yang dianggap seperti sekolah. Kemudian, lakonlah watak masing-masing. Boleh juga ajak suami sekali!

BAWA ANAK MELIHAT TASKA

tadika

Bawa anak melihat taska dan kenalkan kepada persekitarannya. Selalunya, setiap taska akan mengendalikan ‘open day’ di mana ibu bapa berpeluang melihat kesesuaian dan mengetahui lebih lanjut tentang taska tersebut secara mendalam.

Setelah ‘open day’ tersebut, anda juga boleh lalu-lalang atau membawa anak bersiar-siar dari jauh untuk memberi ‘feel’ kepadanya jika mereka nampak teruja. Tetapi ingat, jangan terlalu memaksa atau ‘over-excited’ hingga menakutkan mereka pula.

MULAKAN RUTIN TIDUR YANG KONSISTEN

Dalam tempoh 1-2 bulan sebelum hantar anak ke taska, anda sudah boleh mulakan rutin tidur dan bangun pagi secara konsisten.

Ini penting kerana anak akan kurang meragam apabila mereka cukup tidur dan cukup makan. Pastikan anda menyediakan sarapan yang berkhasiat untuk bekalan tenaga mereka di sekolah nanti. Sediakan segelas Arroushd Susu Kambing untuk anak anda setiap hari. Bayangkan, apabila anak lewat bangun, anda tidak akan sempat memberinya sarapan dan si anak menjadi keliru apabila keadaan menjadi kelam-kabut. Apabila hantar anak ke taska dalam keadaan ini, kemungkinan besar, mereka akan terus mengamuk dan menangis.

3dbox2

BEKALKAN BARANG KESAYANGAN ANAK

Barang kesayangan anak seperti mainan yang biasa dipegang, selimut kesukaannya dan mungkin bekas makanannya perlu dibekalkan kepada pihak taska

Sekurang-kurangnya perlu ada salah satu agar  dapat membantu anak lebih cepat berasa ‘familiar’ dengan persekitaran tersebut

KETAHUI TEKNIK UCAPAN ‘SELAMAT TINGGAL’

Cara ucapan selamat tinggal yang paling berkesan ada 2 ciri iaitu ‘short&sweet’

Ini bermaksud, anda perlu memberi perhatian semasa mengucapkannya, tetapi jangan terlampau panjang hingga menjadikan anak berasa gelisah

Cukuplah sekadar memberitahunya ‘Mama akan kembali’ dan ‘Mama sayang kamu’. Yang lain-lain bolehlah anda beritahu sejak di dalam kereta lagi ya

JANGAN BERPATAH BALIK

walking

Salah satu kesilapan besar ibu bapa adalah dengan ‘berpatah balik’ kerana tak sampai hati melihat si kecil meraung. Anda perlu bersendirian tetap konsisten kerana anda telah memberitahu anak bahawa anda hanya akan datang mengambilnya [ada waktu tertentu.

Apabila anda ‘patah balik’, ketahuilah bahawa anda menjadikan keadaan menjadi lebih rumit buat si anak. Mereka akan keliru dan menganggap bahawa setiap kali menangis atau menjerit, ibu bapa akan cepat datang.

Makan, kuatkan hati anda dan lambaikan tangan sambil tersenyum. Walaupun sedih, jangan sesekali menangis di hadapan si kecil. Ini akan menjadikan mereka lebih emosional dan sukar diuruskan pada hari yang mendatang

BERIKAN MASA

Setiap ibu bapa perlu membuat persediaan mental dan fizikal dalam proses hantar anak ke taska. Jangan letak expectation yang terlalu tinggi dan jangan pula marahkannya sekiranya anak belum dapat menyesuaikan diri.

Sampai di sini dahulu untuk tips anak ke tadika. in shaa Allah, jika ada info lain yang menarik, Hana akan sharekan lagi di sini 🙂

Assalamualaikum 🙂

Advertisements

2 thoughts on “TIPS PERSEDIAAN SEBELUM ANAK KE TADIKA

  1. Fantastic beat ! I would like to apprentice while you amend
    your website, how can i subscribe for a blog website? The
    account aided me a acceptable deal. I had been tiny bit acquainted
    of this your broadcast offered bright clear idea

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s