DOKTOR ANDA

CRADLE CAP,PUNCA DAN CARA MERAWATNYA…

Assalamualaikum, terima kasih kerana sudi singgah ke entry kali ini bersama Hana 🙂

Pernah tak anda dengar mengenai Cradle Cap atau kulit kepala berkerak? Hana pun memang tak pernah dengar mengenai Cradle Cap ini tapi lepas anak Hana lahir dan Hana alami situasi ini, baru Hana tahu apa itu Cradle Cap.

Anda perlu tahu terutamanya sekiranya anda merupakan ibu yang pertama kali hamil. Supaya anda tahu apa perlu anda lakukan jika menghadapi situasi ini. Jadi, Jom baca…semoga ia mungkin menjadi info berguna terutama untuk ibu yang pertama kali hamil 🙂
Cradle cap

 
Cradle cap adalah keadaan kulit kepala bayi anda bersisik atau kerak tebal kekuningan yang timbul di kulit kepala, alis, dan belakang telinga (dikenal juga sebagai dermatitis seboroik).
cradle-cap

 

  • APAKAH PUNCA CRADLE CAP

 

Cradle cap dipengaruhi oleh hormon androgen yang dibawa dari ibu ketika masih dalam kandungan. Hal ini menyebabkan kelenjar lemak menjadi aktif.

 

CARA MERAWAT CRADLE CAP

 

Kebiasaannya, “cradle cap” ini mudah hilang dalam beberapa minggu. Tetapi, kadangkala, ada sesetengah bayi yang mengalami masalah cradle cap ini lebih dari dua minggu. Jika ini berlaku kepada anak anda, ikuti langkah berikut :

 

  1. 15-30 selepas mandi, sapukan minyak zaitun atau baby oil pada kawasan yang mengalami cradle cap.
  2. Biarkan ia selama 15 minit atau lebih untuk memastikan minyak menyerap ke dalam kulit kepala.
  3. Cuci rambut bayi secara perlahan. Dalam masa yang sama, kupas sisik tersebut dengan lembut dengan menggunakan sikat rambut atau berus gigi secara lembut.
  4. Jika cradle cap ini berada di kawasan muka, gunakan kain lembab untuk membersihkannya. Hati-hati untuk area mata
  5. Gunakan shampoo bayi untuk mencuci rambut bayi seperti biasa.
  6. Pastikan tiada minyak pada kepala dan wajah bayiwhat-is-cradle-cap-800x500

 

Bolehkah Cradle Cap menyebabkan jangkitan?

 

Kadang-kadang ibu pasti akan risau melihat anak yang mengalami masalah cradle cap ini. Pasti akan cuba untuk menghilangkannya dan merawatnya. Selain itu, ibu juga akan risau mengenai jangkitan kerana bayi terlalu kecil untuk melawan jangkitan.

.

Pada keadaan tertentu, cradle cap juga boleh dijangkiti bakteria jika kebersihan kulit bayi tidak di jaga. Kulit bayi akan menjadi kemerahan dan menimbulkan lepuhan-lepuhan kecil kekuningan berisi nanah yang muncul pada kulit. Jangkitan ini terjadi kerana adanya bakteria Staphylococcus aureus, sejenis bakteria yang boleh menyebabkan ia menular dan harus dirawat dengan segera. Kebiasaannya, doktor akan memberikan antibiotik berbentuk krim untuk dioleskan pada kulit kepala si kecil selama beberapa hari

.

RAWATAN RUMAH

 

Lembapkan rumah Anda. Bayi dengan cradle cap sering memiliki gejala lain yang tberkaitan dengan kulit kering dan mudah meradang. Gunakan alat pelembap udara atau humidifier untuk menjaga kelembapan sehingga kulitnya tidak terlalu kering

 

Lembapkan kulit kepala bayi setelah mandi. Oleskan pelembap ketika kulit kepala masih sedikit basah dan hangat setelah mandi akan membantu mengunci kelembapan di kulit, dan mencegahnya menjadi kering dan bersisik. Gunakan losyen yang diformulasikan untuk kulit sensitif bayi.

 

Jaga pemakanan ibu & bayi. Dalam beberapa kes, cradle cap disebabkan oleh alergi terhadap susu formula bayi. Jika bayi Anda memiliki ruam merah pada wajahnya dan mengalami diare atau gejala alahan lain di samping cradle cap, mungkin anda perlu beralih kepada susu yang lebih sesuai untuk bayi seperti Arroushd susu kambing kerana Arroushd susu kambing mempu meningkatkan sistem imunisasi bayi. Selain itu, ibu juga perlu menjaga pemakanan kerana nutrisi yang diambil oleh ibu akan mengalir kepada bayi melalui penyusuan ibu.

.

Jom kita beralih dari susu formula kepada Arroushd Susu Kambing. Ia membantu sistem penghadaman anak anda menjadi lebih baik dan anak anda kembali menjadi ceria J

 

3dbox2

Nak tau info lanjut?
.
.
Segera whatsapp kami ke:
-> 019-6331455
-> 019-6331455
-> 019-6331455
.
.
#arroushdsusukambing
#testimoniarroushdsusukambing

#susukambinguntukkanakkanak

#Arroushdsusukambingenak

#susukambinglazat

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s