BAYI ANDA

KENALI TINGKAHLAKU SI COMEL ANDA 

13730777_633551226801128_4674599141168870307_o

Assalamualaikum dan Hai semua pengunjung entry Life Journey Arroushd 😆

Harini Hana nak kongsikan serba sedikit mengenai tingkah laku si kecil. Memandangkan sekarang ramai di antara kita ibu-ibu yang berkerja dan tidak lupa juga dengan ibu yang duduk di rumah sepanjang masa 😀

PERKEMBANGAN SI KECIL SAYA! 

Kebiasaannya, ibu yang sepenuh masa menjadi suri rumah mungkin boleh melihat perubahan ketara dan melihat perkembangan si manja anda. Dari tidak boleh berguling, jadi boleh berguling. Dari meniarap, jadi merangkak dan dari merangkak, dah boleh berjalan

baby

PERKEMBANGAN FIZIKAL

Bila anak kita dah mula mendapat kaki istilah orang lama cakap, si comel ini akan menjadi sangat aktif, suka berlari dan melompat.  Sukar untuk duduk diam dalam jangka masa yang lama disebabkan mereka belum dapat mengawal otot-otot badan. Sebab itu, si kecil anda tidak melakukan sesuati aktiviti dalam tempoh yang lama.

.

.

Keadaan ini menyebabkan anda akan mula risau untuk tidak melihat mereka. Teralih sedikit pandangan, pasti akan ada sesuatu yang dibuat. Perasaan risau si ibu memang tidak dapat di elakkan 🙂 kerana si kecil anda masih kecil.

Solusinya ialah bawa mereka ke taman permainan selalu bagi melatih fizikal mereka di bawah pengawasan ibu bapa.

PERKEMBANGAN MENTAL

Dari segi perkembangan mental pula, si kecil ini mempunyai daya konsentrasi sangat rendah dan mudah jemu. Ini boleh di lihat jika permainan yang di berikan tidak menarik perhatian mereka, pasti panggilan kita tidak di balas, malah mereka akan cepat beralih dari satu permainan kepada permainan yang lain.

.

Peralihan dari satu permainan kepada satu permainan yang lain adalah di sebabkan perkembangan otak si manja anda. Di mana, si manja anda mempunyai sifat rasa ingin tahu yang sangat tinggi dan mempunyai pemikiran dan imaginasi yang cepat berkembang. Tetapi, di waktu ini, kosakata mereka juga masih terbatas.

perkembangan-bayi-usia-4-bulan-keatas

Solusinya ibu bapa perlu menjadi pendengar yang setia ke atas bebelan si comel anda. Anda boleh meningkatkan fungsi penggunaan 5 pancaindera mereka setiap hari supaya setiap deria terangsang dengan seimbang. Berikan mereka permainan yang melatih diri mereka seperti binaan blok atau permainan puzzle.

PERKEMBANGAN EMOSI

Si comel anda akan selalui merasai  dan menyukai suasana yang sudah dikenali dan takut jika dalam suasana asing. Sebagai contoh, kebiasaannya jika anak anda jarang bertemu dengan orang luar seperti rakan sekerja ayahnya atau saudara mara, pasti sukar untuk si kecil anda berenggang dengan anda. Tetapi, jika mereka sudah biasa dengan orang sekelilingnya, tiada masalah untuk si kecil anda untuk bermain bersama mereka.

Bagi memudahkan mereka menghilangkan perasaan takut dan curiga, bawalah mereka bergaul dengan orang lain dengan lebih kerap dan lama-kelamaan rasa takut itu akan hilang dengan sendiri.

PERKEMBANGAN SOSIAL

tahap-perkembangan-bayi-0-3-bulan

Si manja anda di usia awal 2 tahun hingga 4 tahun mula mempunyai sikap berdikari dan ingin berkawan yang tinggi. Sifat ego mula wujud dalam diri mereka yang sangat banyak ‘menentang’ dalam setiap arahan ibu bapa dan seringkali mengatakan tidak. Sikap mereka ketika ini merupakan satu tindak balas bagi mereka mengetahui perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan.

Bagi menangani hal ini, ibu bapa perlu mengingatkan mereka berulang kali dan menegur mereka dengan penuh kasih sayang. Pelukan dan hubungan baik melalui rakan sosial mampu melembutkan sikap egoistik dalam diri mereka. Selain itu, ajarkan si manja anda untuk bersikap saling berkongsi dan mesra bersama rakan sekeliling mereka. Sifat ini akan membantu anak anda menjadi lebih mesra dan menjadi lembut hati terhadap rakan sekeliling mereka.

.

.

sekian dulu buat masa ini, in shaa Allah Hana akan share lagi beberapa info berkaitan ibu dan anak in shaa Allah 🙂

.

Assalamualaikum 🙂

.

Advertisements

One thought on “KENALI TINGKAHLAKU SI COMEL ANDA 

  1. Incredible! This blog looks exactly like my old one!
    It’s on a totally different topic but it has pretty much the same page layout and design. Outstanding choice of colors!

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s