MOM`s TO BE

TIPS MENJELANG PERSALINAN

cropped-whatsapp-image-2016-10-12-at-12-32-321.jpeg

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pengunjung entry Journey Of Arroushd  ;p

Semoga sentiasa dirahmati Allah hendaknya 🙂

.

.

Inshaa Allah harini Hana akan sharekan tentang persediaan menjelang kelahiran. Maklumlah sejak dah nak due, macam-macam perkara dah mula di fikirkan.  Tapi kali ini, Hana taknak sharekan tentang persiapan baju dan sebagainya, tapi, Hana nak ceritakan tentang persiapan dari fizikal dan rohani untuk ibu-ibu seperti kita ni 🙂

.

Ibu hamil perlu membuat persiapan terutamanya ketika telah menjelangnya 9 Bulan atau 36 minggu ke atas.

.

walking

MENGUATKAN OTOT KAKI IBU

.

Dah menjelang 36 minggu ini, ibu perlu memperkuatkan otot-otot kaki ibu kerana dengan memperkuatkan otot kaki ibu, ia akan memudahkan ibu semasa proses bersalin nanti.

Cara untuk ibu menguatkan otot adalah, ibu boleh melakukan jalan santai atau melakukan aktiviti seperti bersiar, naik turun tangga secara perlahan, jalan-jalan window shopping.

.

.

minum-susu

ISTIREHAT YANG CUKUP

.

Bagi bakal ibu, sangat di sarankan untuk melakukan aktiviti yang ringan sahaja dan kurangkan melakukan aktiviti yang kurang penting agar ibu-ibu sekalian tidak cepat penat. Ibu juga disarankan untuk tidur cukup untuk mempersiapkan diri menghadapi proses-proses bersalin yang akan tiba bila-bila masa sahaja. Jadi, para ibu yang dikasihi sekalian, harus mendapat rehat yang secukupnya agar janin yang ada dalam kandungan ibu tidak stress. minum segelas Arroushd susu kambing sebelum tidur untuk mendapatkan tidur yang lena dan melegakan. selain itu, nutrisi di dalam arroushd susu kambing juga akan diperoleh oleh bayi anda di dalam kandungan.

13266129_610300572459527_1515142245935906821_n

.

MENGIKUTI SENAMAN KEHAMILAN

.

Senaman kehamilan atau beberapa kelas kemahiran menjelang kelahiran sangat di anjur untuk di ikuti terutamanya ibu bapa yang akan menghadapi kelahiran pertama. Kelas-kelas seperti ini dapat membantu ibu dan pasangan menghadapi saat kelahiran bayi anda dalam keadaan yang tenang dan bersedia.

.

Selain itu, senaman sepanjang kehamilan juga membantu melancarkan proses bersalin ibu dan ibu tidak akan merasa takut lagi untuk menghadapinya.

.

MENGAWAL EMOSI

.

Ketika menghadapi saat-saat menjelang kelahiran, para ibu disarankan agar mengawal keadaan diri ibu. Cuba untuk bertenang, rilex dan kurangkan memikirkan perkara-perkara yang berat. Kerana ia akan membuatkan ibu mudah stress dan ini akan mengganggu kandungan ibu. Amalkan minum aroushd susu kambing kerana ia sangat-sangat membantu ibu untuk tenang dan rilex. Segelas susu mampu membantu mengendurkan urat saraf badan ibu.

.

BANYAKKAN ZIKIR

.

Bagi ibu yang beragama islam, lazimi lidah ibu untuk membaca zikir-zikir harian sepanjang minggu-minggu terakhir kehamilan ini. Disarankan amalkan perkara seperti berikut :

  • Lailahailla anta, subhanaka inni kuntum minadzolimin
  • Kerapkan bersujud bagi yang mampu. Sebaiknya ketika solat
  • Minta maaf dengan semua orang terutamanya kepada suami dan ibubapa.

Amalkan doa di bawah :

doa-mudah-bersalin

semoga ia membantu ibu-ibu di luar sana untuk menghadapi kelahiran nanti in shaa Allah :). sehingga berjumpa lagi di entry yang lain.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s