MOM`s TO BE

AMALAN KETIKA HAMIL DAN MELAHIRKAN

whatsapp-image-2016-10-27-at-15-28-14

Assalamualaikum dan selamat datang semua pembaca ke entry kali ini 🙂

Alhamdulillah….Setelah di perkenankan oleh Allah S.W.T dengan memberikan khabar gembira apabila sedikit masa lagi, anda dan pasangan bakal bergelah “ibu ayah”, “mama papa”, “mommy daddy” dan apa sahaja gelaran yang pastinya memberikan satu rasa yang sama iaitu teruja dan gembira. Sama juga macam Hana masa first time dapat berita tentang kehamilan ini 🙂

Akan tetapi, ingatlah rasa bahagia yang dirasai itu haruslah disemai sekali dengan rasa tanggungjawab kepada amanahNya

Dulu, ibu Hana selalu berpesan mengenai amanah dan tanggungjawab ibu. Hal demikian kerana, didikan kepada anak-anak bukanlah bermula apabila mereka telah dilahirkan ataupun sesuai dengan umurnya untuk dihantar ke taska dan tadika. Didikan kepada anak-anak haruslah bermula sejak dari alam rahim ibu lagi agar anak yang dilahirkan nanti berakhlak mulia peribadinya.

Mendidik anak di dalam kandungan boleh dilakukan dengan pelbagai cara, antaranya ialah :

1

MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH PILIHAN

Membacakan ayat-ayat kalam Allah s.w.t khususnya, surah Al-Fatihah yang boleh menenangkan hati dan menguatkan daya ingatan bayi, surah yusuf untuk memperoleh anak yang cantik luar dan dalamnya, surah luqman untuk mendapatkan anak yang cerdik akal dan jiwa serta beberapa lagi surah yang bermanfaat diamalkan sepanjang tempoh kehamilan.

BANYAK BERSABAR

Ibu Hana juga sentiasa berpesan pada Hana,

“Ibu dituntut agar sentiasa menjaga akhlak ketika hamil”.

Ketika mengandung, ibu haruslah lebih banyak bersabar, bersikap baik kepada orang sekeliling agar tingkah laku yang baik ini akan mempengaruhi sikap anak yang bakal lahir nanti.

Sentiasa tenang dan gembira. Keadaan emosi yang tenang dan bahagia adalah rangsangan kepada pembinaan otak bayi dalam kandungan. Bayi yang sihat dan bijaksana banyak dipengaruhi oleh keadaan ibunya ketika hamil.

Jadi bak kata Nora Danish dalam cerita Puteri

“So…Kita Enjoy!” J

Ibu Hana minta Hana sentiasa

TENANG

POSITIF

AKTIF

Jangan lupa juga, ibu-ibu, bakal ibu, perlu perbanyakkan amalan berselawat kepada Nabi Muhammad. Semoga nanti ibu-ibu di mudahkan sepanjang kehamilan dan semasa melahirkan in shaa Allah  🙂

2

BERKOMUNIKASI

Komunikasi sangat penting bila kita ini bergelar makhluk Allah. Mula ajak bayi berbicara walaupun di awal kehamilan, mulalah berkomunikasi dengan bayi anda seawal dan lakukanlah dengan cara berhemah dengan mengusap-ngusap perut dan nada suara yang lembut dan gembira. Usapan ini merupakan salah satu isyarat komunikasi dengan anak di dalam perut ibu. Kita akan mula mendapat momen tindak balas dari anak dalam kandungan semasa di trimester kedua…bestnye moment tu! J

Selain itu, biasakan bayi dalam perut mendengar perkara-perkara yang baik seperti ayat Al-Quran, zikir dan sebagainya. Perdengarkan si kecil dengan memasang CD atau kaset berunsurkan islam dengan harapan mudah-mudahan semasa setelah dilahirkan dan membesar, mudahlah dia mempelajari dan menghafal Al-Quran. Selalunya, bayi akan menendang-nendang perut  ibunya sebagai respon kepada rangsangan itu.

PERANAN BAPA

Bakal bapa juga perlu memainkan peranan dengan menyapa si kecil yang berada dalam perut insan tersayang. Apabila si kecil mengenali suara orang tuanya, maka ia memudahkan proses rangsangan yang lain agar otak si kecil tumbuh dengan bijak dan cerdas.

4

APA IBU MAKAN, ANAK JUGA AKAN MAKAN

Bayi di dalam perut mendapatkan makanan daripada apa yang dibekalkan oleh ibunya. Maka, diet ibu ketika hamil sangat penting kerana apa yang di makan  oleh ibu, itulah juga yang akan di makan oleh bayi. Jika sumber dan khasiatnya baik, maka baiklah budi pekerti bayi yang akan dilahirkan nanti.

Buah kurma adalah buah yang disarankan oleh Rasulullah, malah, baginda pernah bersabda,

“ Berilah makan kurma wanita yang sedang hamil pada bulan-bulan terakhir kehamilannya supaa anaknya menjadi anak yang penyabar dan suci..”

TUTUP AURAT

Ketika detik melahirkan, jagalah sebaik mungkin aurat anda. Jika berpeluang untuk memilih doktor yang akan menyambut kelahiran bayi anda. Sebaiknya pilihlah doktor yang sama jantina agar aurat masih lagi terpelihara daripada lelaki yang bukan muhrim.

Kalau anda berdekatan dengan Bangi, boleh dapatkan khidmat doktor perempuan di Hospital Bersalin Az-Zahrah di Seksyen 9 Bangi J

Kelengkapan di sana pun selesa dan memuaskan J

PERSEKITARAN POSITIF

Walaupun bayi masih kecil, perlihatkanlah keadaan dan situasi  yang menyenangkan dan bukannya mewujudkan suasana yang tegang kepada si kecil. Oleh itu, keharmonian rumahtangga dan hubungan suami isteri haruslah dijaga dengan sebaik mungkin setelah bergelar ibu dan ayah.

Persekitaran yang positif akan memberi kesan yang baik dalam membentuk akhlak anak-anak. Dalam masa yang sama, hubungan baik dengan ahli keluarga terdekat juga akan menjadi panduan buat anak-anak. Sekiranya ibu bapa mereka mempunyai hubungan baik dan erat dengan keluarga, maka mereka akan mencontohi perkara tersebut dan seterusnya akan mengamalkan dalam kehidupan seharian kelak.

In shaa Allah sekadar ini sahaja buat masa ini, lain kali, Hana akan buat perkongsian lagi di entry yang akan datang. Tunggu tau 🙂

     

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s