KANAK KANAK

6 PENYAKIT BIASA DIALAMI SI MANJA

Assalamualaikum.. 

Setiap bakal ibu bapa perlu tahu asas pengetahuan kesihatan bayi yang bakal lahir termasuk penyakit niasa yang dialami oleh bayi. Panduan ini perlu diketahui supaya anda dapat bertindak dengan betul jika serangan penyakit berlaku terhadap bayi anda. Jadi harini Hana akan sharekan pengalaman Hana mengenai penyakit-penyakit yang biasa di alami oleh anak-anak masa kecil…

whatsapp-image-2016-10-12-at-10-24-31

DEMAM

whatsapp-image-2016-10-12-at-10-24-33

Satu gejala, atau petunjuk pada masalah lain. Biasanya bila anak demam, ia berpunca dari jangkitan cirus atau bakteria. Ia adalah sebahagian dari mekanisme pertahanan badan. Namu, jika demam anak anda tinggi, ia boleh menyebabkan sawan. Jika ia kerap berlaku, dikhuatiri akan merosakkan sistem saraf otak bayi dan akan mengganggu tumbesaran si kecil.

Jadi….

Pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari..

Supaya panasnya badan keluar…ikut sunnah nabi…Nabi kita pesan supaya, semasa mandi, jirus air dari kaki hingga ke kepala perlahan-lahan…

mengapa?

kerana, mengikut istilah sains, haba akan mengalir dari tempat panas, ke tempat sejuk untuk capai keseimbangan. Darah dalam badan kita akan di pam ke arah kawasan yang sejuk dalam badan kita untuk capai keseimbangan suhu badan.

Berikan anak anda minum Arroushd Susu Kambing kerana ia membantu meningkatkan sistem imunisasi badan anak anda.

SAWAN

Sawan boleh berlaku di sebabkan oleh suhu badan yang terlalu tinggi hingga mencecah 40 darjah selsius. Sekiranya ia terjadi sekejap dan tidak berulang (kurang dari setengah jam), ia tidak berbahaya. Namun, jika sawan panjang dan berulang dalam tempoh 24 jam, ia boleh menyebabkan kerosakan pada otak dan gangguan perkembangan anak anda. Anak anda mungkin mengalami kompilasi seumur hidup.

SELSEMA

whatsapp-image-2016-10-12-at-10-24-36

Anak yang mengalami masalah ini akan berasa hidung tersumbat dan berhingus. Tanda-tanda lain seperti sakit tekak, batuk, rasa tidak selesa dan susah tidur yang menyebabkan dia merengek kerana tidak selesa. Masalah ini biasanya disebabkan oleh jangkitan virus.

.

Tetap ibu-ibu  dinasihatkan untuk memandikan anak 3 kali sehari….supaya, bila mandi, lendir itu akan mudah keluar.
.
.
Namun, ramai ibu-ibu  diluar sana yang biasakan anak demam dan selsema, mereka tidak mandikan mereka. Ini akan menyebabkan kuman berkumpul dan mengakibatkan anak akan berkahak dan mengalami selsema.
.

Jika anak anda selsema, pastinya dia tidak selera nak makan kan…jadi, ibu-ibu soleha sekalian jangan bimbang…anda hanya perlu berikan mereka makanan yang ringkas seperti roti, bubur
.
.
Jangan lupa, sediakan anak anda Arroushd Susu Kambing 2 gelas sehari agar anak anda mendapat khasiat dan nutrisi yang seimbang dalam badan walaupun kurang selera makan.

BATUK

whatsapp-image-2016-10-12-at-10-24-34

Batuk adalah satu refleksi sihat yang membantu mengeluarkan lendir dari saluran pernafasan. Pada masa yang sama, batuk juga merupakan refleksi pertahanan tubuh manusia apabila berlaku ketidakseimbangan sistem badan.ia perlu dipandang secara serius jika anak mengalami demam yang kuat, sukar bernafas dan warna kahak berubah menjadi kuning atau hijau. Ia boleh mendedahkan kanak-kanak kepada pelbagai jenis jangkitan saluran pernafasan yang boleh mengancam nyawa jika ia dibiarkan berterusan.

Jika anak anda batuk-batuk dengan kerap, sapukan minyak telon atau minyak yuu yee dibelakang badan anak anda dalam jam antara pukul 1-3 pagi, in shaa Allah, kahaknya cepat beransur baik.
.
.
Jika minyak tersebut terlalu panas untuk anak, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum diurut di belakang badan anak.

.

Berikan anak minum Arroushd Susu Kambing sebelum anak tidur agar anak dapat tidur lena

CIRIT – BIRIT

masalah-penyakit-diare

Sekiranya anak anda mengalami cirit-birit, dia akan membuang air besar lebih kerap daripada biasa. Ia berlaku kerana ia mengalami jangkitan virus. Ia akan menjadi bahaya disebabkan kekurangan air yang teruk boleh menyebabkan kompilasi dan kematian.

MASALAH KULIT

Kulit bayi memang sangat sensitif dan sangat berisiko menghadapi pelbagai jenis infeksi. Jikakeradangan kulit dibiarkan berterusan, akan menyebabkan  wujud masalah penyakit kulit kronik. Impetigo sejenis jangkitan kulit akibat bakteria yang mungkin berkembang apabila ruam seperti ekzema telah dijangkiti. Biasanya ia menyerang pada bahagian kulit tangan dan kaki. Ia sering menyerang anak-anak terutamanya jika kebersihan anggota badan kurang diberi perhatian.

EKZEMA

cara-rawat-atau-hilangkan-ruam-susu-lampin-bayi-dengan-cepat-dan-selamat

Masalah ekzema pula menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Kesan penyakit ini pada kanak-kanak boleh dilihat pada bahagian pelipat pada lutut dan siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala. Biasanya mula timbul antara usia tiga bulan hingga dua tahun.

RUAM LAMPIN

Biasa dialami oleh bayi dan kanak-kanak berusia dua tahun ke bawah. Bayi akan mengalami keradangan kulit terutama pada bahagian punggung, kemaluan, celah kangkang dan bahagian dalam paha. Ia berlaku disebabkan beberapa faktor seperti lampin tidak kerap ditukar atau kesan-kesan sabun yang tidak dibalas dengan betul.

Semoga perkongsian ini dapat membantu ibu-ibu di luar sana untuk mengenalpasti keadaan anak-anak anda.

Jumpa lagi, assalamualaikum 🙂

Advertisements

One thought on “6 PENYAKIT BIASA DIALAMI SI MANJA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s