MOM`s TO BE

OPSS!…SAYA HAMIL…APA PERLU SAYA BUAT???

pregnancy test.jpg

Assalamualaikum…

Berjumpa lagi kita di ruangan entry yang baru ni, dan…harini, hana teruja sangat nak bercerita tentang topik ni.

Biasalah bila kita disahkan pregnant kan, mesti akan timbul pelbagai rasa..bercampur-campur. Rasa gembira, excited, teruja nak beritahu family. Tapi kadang-kadang kita akan timbul rasa cemas dan gelisah. 😉

Sama macam hana dulu mula-mula dapat tahu hana pregnant kan, memang happy sesangat. Tapi dalam masa yang sama, timbul rasa cuak, rasa takut, rasa macam tak senang nak duduk sebab terfikir nanti muntah-muntah tak? Badan nanti sakit-sakit tak? Nanti kene buat ape ye? Boleh pegi shopping tengok baju baby tak? Anak nanti perempuan ke lelaki… hana macam teruja. Semua macam nak tahu tau… macam-macam yang difikirkan sampai stress tak tahu nak buat apa dulu  biasalah kan first time happy sebab pregnant :p

Jadi harini hana terfikir nak sharekan beberapa tips yang perlu anda  lakukan selepas disahkan hamil 😛

JADI, APA YANG PERLU DILAKUKAN SELEPAS DISAHKAN HAMIL??

BERSYUKUR 

syukur

Pertama-tama sekali kita sebagai manusia, seharusnya memanjatkan rasa syukur kepada Tuhan yang memberikan nikmat merasai pengalaman kehamilan. Buatlah solat hajat dan rajin-rajinlah berdoa agar dimudahkan urusan sepanjang tempoh kehamilan sehingga selepas melahirkan. Berdoa juga agar ibu dan anak dalam kandungan walaupun baru dua hari, 🙂

Doa juga agar ibu dan anak sentiasa sihat dan dijauhi dari sebarang penyakit yang sekarang ni macam-macam dah wujudkan.

Kepada bakal ibu yang akan melahirkan anak, rajinkan diri untuk berzikir dan membaca surah-surah amalan sepanjang kehamilan agar didengari oleh anak di dalam kandungan. Amalan ini juga membantu bakal ibu sentiasa dalam keadaan positif sepanjang kehamilan dan dimudahkan sewaktu bersalin nanti. 😛

CARI INFO KEHAMILAN 

Selepas dah tahu yang anda bakal melahirkan anak, perkara yang paling utama adalah dapatkan maklumat dan info-info yang akan ibu lalui sepanjang kehamilan dari trimester pertama sehingga trimester terakhir kehamilan. Ini penting untuk ibu hamil mengetahui kondisi badan dan keperluan badan dan janin sepanjang tempoh kehamilan.

Tapi kat mana nak cari info-info tersebut??, alaa, sekarang dunia di hujung jari aja…anda boleh layari google dan blog-blog berkaitan kehamilan. Kalau rajin, anda boleh beli majalah-majalah berkaitan ibu hamil seperti majalah pa&ma di kedai buku yang berhampiran anda atau paling senang, ikuti sahaja blog ini. In shaa Allah blog ini akan sharekan pelbagai info dan pengalaman ibu hamil dan pelbagai info yang berkaitan dengan ibu dan simanja anda.

MEMBUAT BUKU MERAH 

bukumerah_ibumengandung.jpg

Buku merah????… ya..memang masa mula-mula Hana pregnant kan, sume orang dok sibuk tanya da buat buku merah?  Hana jadi terpinga-pinga bila di ajukan soalan tu.. jadi, Hana tanya semula, buku merah tu macam passport ke? Berdekah-dekah kawan Hana ketawakan Hana. Sampai ade yang cakap, “ ko ingat nak gi honeymoon balik ke??”.. Kureng asam kan…tak apa lah.. asalkan sekarang Hana dah tahu buku merah tu buku apa.

Buku merah ni sebenarnya istilah untuk buku rekod kesihatan ibu 🙂 kebiasaannya nurse dekat kelinik akan sebut buku merah.

Macamana nak dapatkan buku merah ni???

Kebiasaannya, untuk bakal ibu yang telah sah kehamilan, pergilah bawa diri ke klinik yang berhampiran anda dan maklumkan kepada pihak klinik bahawa anda hamil. Nanti anda akan menerima sebuah buku rekod yang tertera butiran-butiran diri anda dan suami serta keputusan ujian pemeriksaan antenatal. Untuk bakal ibu yang pertama kali hamil, bawalah sekali suami anda ketika membuat pemeriksaan doktor. Sebab, masa pertama kali check up ni, kene ambil darah kita dan darah suami kita. Jangan lupa bawa kad nikah atau sijil nikah. Tapi kalau dah pernah hamil sebelum ni, boleh je bawa buku merah masa kehamilan yang lepas.

Jangan malu dengan doktor yang merawat anda jika anda di minta untuk memberi maklumat kesihatan serta latar belakang sejarah kesihatan keluarga anda. Perkara ini sangat penting kerana ia akan mempengaruhi pemeriksaan antenatal anda.

Lepas tu, nurse akan bagi appointment. Ikut je tarikh yang diberikan untuk appointment tesebut. Kalau nak tahu, nanti setiap kali buat check up, kene ready untuk checkup darah dan air kencing. Tujuannya adalah untuk check sama ada air kencing kotor atau tidak dan darah untuk check HB darah rendah atau tidak. Selalu ibu-ibu akan sangkut pada HB rendah. Tapi jangan biarkan sahaja sebab HB rendah ni bahaya..boleh membawa maut kepada ibu dan janin

JAGA DEHYDRASI 

8-bahaya-dehidrasi

Nantikan masa di trimester pertama atau masa awal kehamilan, kebanyakkan bakal ibu akan mengalami mual dan muntah-muntah. Mesti ramai tertanya kenapa kita boleh mengalami alahan masa pregnant kan.

Sebenarnya perubahan hormon berlaku adalah di sebabkan peningkatan hormon semasa mengandung. Ia mungkin berlanjutan untuk trimester pertama. Tapi ada sesetengah ibu pernah sampai bersalin pun dia alahan. Ada juga ibu hamil yang sepanjang kehamilan dia langsung tidak mengalami alahan. Itu semua bergantung kepada kondisi badan kita.

Bagi bakal ibu yang mengalami alahan dan muntah-muntah, dinasihatkan ibu-ibu hamil untuk banyakkan minum air tau. Kalau dulu, masa Hana pregnant kan Hana sendiri tak lalu nak minum air putih sahaja. Jadi, Hana cuba tukarkan air putih tu, jadi air jus. Asalkan badan tidak terhidrat. Hana juga amalkan minum Arroushd Susu Kambing. Sebab, ia mengandungi segala protein dan mineral yang diperlukan oleh ibu yang hamil walaupun susu itu untuk anak-anak, tapi dah tekak ni suka dengan susu tu, jadi Hana minum ia jadi hidangan utama.

Ni dia kotak Arroushd Susu Kambing pada sesiapa yang nak tahu 🙂

13266129_610300572459527_1515142245935906821_n

Lagi satu, kenapa Hana tekankan tentang air di sini, sebab, nanti masa kalian pregnant, air ni sangat-sangat penting untuk elakkan diri dari kene sembelit. Ya Allah kalau kene sembelit ni, Tuhan sahaja yang tahu kan. Dah lah mual dan muntah-muntah, sembelit lagi. Nanti badan makin lesu dan hilang tenaga. Jadi pastikan badan kita sentiasa ada air untuk elakkan dari apa-apa masalah yang tidak diundang berlaku.

MAKANAN TAMBAHAN 

healthy-food-list-for-kids_rawangpost

Dulu masa mula-mula hamilkan, memang Hana dah rasa macam pregnant tapi tak nak jumpa doktor tau, sampailah sorang officemate ni, tanye, dah start ambil folic asid tak? Hana punya lah tercengang, maklumlah kita ni memang tak rajin nak amek tahu pasal ubat. Kalian jangan jadi macam Hana pulak. ;p

Ni Hana nak share ni. Bakal-bakal ibu amat di galakkan untuk mengambil makanan tambahan seperti asid folic dan obimin untuk kehamilan kerana ia membantu perkembangan janin dan membantu ibu semasa kehamilan.

Ambil juga minuman dan makanan yang penuh serat seperti bijiran penuh, roti wholemeal dan segelas Arroushd susu kambing setiap pagi, tengah hari dan malam. Ia penting untuk tulang kita dan pertumbuhan tulang janin. Nanti in shaa Allah kulit anak-anak akan jadi sangat bersih dan cantik.

BERHENTI MENGAMBIL UBAT 

Jika anda sedang mengambil ubat doktor atas sebab anda mempunyai penyakit, maklumkan kepada doktor tentang kehamilan anda dan minta kepada doktor untuk berikan ubat alternatif yang lain sepanjang kehamilan ini.

Anda juga perlu pastikan bahawa semasa anda mengambil ubatan, ia mendapat kebenaran dan nasihat doktor sebelum meneruskan pengambilan sebarang ubatan kerana ada sesetengah ubat boleh memudaratkan kandungan anda. Jadi sebaiknya, berbincang dengan doktor mengenai ubat dan ingat, vitamin bukan ubat. Vitamin adalah suppliment tambahan untuk tubuh anda 🙂

Oke, sampai di sini dahulu entry kali ini. In shaa allah akak akan kongsikan lagi info-info mengenai dunia kehamilan dan dunia si manja anda. Jangan lupa ya untuk amalkan Arroushd susu kambing sebagai menu hidangan anda ya 🙂

Assalamualaikum…

Advertisements

One thought on “OPSS!…SAYA HAMIL…APA PERLU SAYA BUAT???

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s